Mutakhir ini seram bila baca berita. Dari kisah pengasuh sampailah mak ayah dera anak-anak kecil bertebaran sampai sesak dada nak menghabiskan bacaan. Begitu kronikkah tahap tekanan mahupun depresi rakyat Malaysia?
Dan paling kritikal, apabila depresi menyerang diri, tindakan bunuh diri diambil sebagai jalan akhir. Ketika temubual bersama zayan.my Ustaz Don Daniyal Don Biyajid berkongsi pandangan tentang bagaimana mahu menangani depresi dalam diri kita.
Hadamkan betul-betul ya. Sebab seperti kata isteri mendiang vokalis Linkin Park, Chester Bennington yang ditemui mati bunuh diri, “depression don’t have a face”. Ya, depresi ini ‘tiada muka’. Ia tidak dapat dilihat pada wajah penderita.
Wajahnya ceria, reaksinya bahagia. Tapi jika dia bersendiri, depresi mulai merasuk diri dan jika tak dirawat awal, akan lebih bahaya menanti.
Kenapa Depresi Boleh Bawa Maut
Ini perkongsian Ustaz Don tentang tindakan vokalis kumpulan Linkin Park Chestor Bennington yang mengambil jalan akhir bunuh diri ketika menangani tekanan dalam hidupnya.
Ujar Ustaz Don, vokalis ini antara idolanya suatu ketika dulu. Tindakan sebegitu turut memberi kesan kepadanya yang membuatkan dia berfikir banyak kali.
√ Kenapa dia ambil keputusan macam itu? Sedangkan dia ada anak-anak yang ramai.
√ Apa yang ada dalam fikiran dia?
√ Apa yang membuatkan itu adalah jalan yang terbaik?
Kredit foto : klankosova.tv
Punca 1 : Akibat Buta Hati
Bukanlah cara terbaik untuk mencari jawapan ataupun membuat sesuatu kebaikan dengan cara kita memandang ke Barat atau memandang ke Timur. Sebaliknya kita kena tanya iman kita.
Ads
“Apa iman nak kata tentang isu macam ini. Rupanya dalam Islam, benda tak nampak macam ini sebenarnya PENTING.”
“Buktinya Allah beritahu di awal-awal Al Quran lagi. Allah katakan ini pada mereka yang beriman (percaya) kepada perkara-perkara ghaib.”
“Kita cuba tak kecilkan skop itu dengan membincangankan tentang iman saja; tentang iman kepada Allah mahupun Malaikat. Tapi kita nak beriman juga bahawa Allah menciptakan manusia dengan sebaik-baik penciptaan.”
“Antara ciptaan manusia itu adalah ‘benda’ yang duduk dalam diri kita ini. Yang kita tak nampak iaitu PERASAAN.. HATI.”
Dengan kata lainnya, apabila tindakan bunuh diri itu diambil bermakna, dia sebenarnya bukan bukat mata, tapi buta hari.
“Sebagaimana lirik lagu Cold Play berjudul Fix You, “You get what you want, but not what you need” begitulah halnya dengan dia yang tak dapat nak memenuhi spa yang dia mahu.”
Sedangkan dia sendiri tak tahu apa sebenarnya yang dia mahu. Nak hidup bahagiakah? Mahu duit banyakkah? Atau hati tenang?
“Jadi itu punca utama, dia dapat dan dia sangka benda yang dia dapat itu selari dengan apa yang dia mahu.”
Ads
Punca 2 : Tak Mahir Dalam Ilmu Qada’ Dan Qadar
Ujar Ustaz Don lagi, tekanan depresi ini berlaku bila mana seseorang itu tak mahir dalam ilmu qada’ dan qadar.
“Pernahkan dalam sejarah manusia, dia dapat satu ‘benda’ yang dia tak mahu. Dan peristiwa ini dirakam dalam Al Quran.”
“Contohnya, Siti Maryam. Adakah dia mahukan anak? Sudah tentu dia tak mahu, kalau dia mahu tentulah dia berkahwin. Kalau mahu.. dia juga akan bahagia bila mana malaikat Jibril datang beritahu ‘Maryam kamu ini mengandung anak lelaki’.
Sebaliknya, ini yang Maryam kata, “Macam mana aku boleh mengandung, walau tiada lelaki sentuh aku pun.” Maknanya dia tak mahu anak.
Tapi bila Allah kata Maryam mengandung, Allah kata jadi, jadilah.
Dan disebabkan hari ini masyarakat kurang ilmu qada’ dan qadar tadi, dia tak faham macam mana dia nak hubungkan semua itu. Maka, bila jadi sesuatu dia cepat sangat untuk alami depresi.
“Kita doa kepada Allah, mudah-mudahan kita semua ini jangan termasuk golongan orang sebegitu. Dan kalau ada orang yang sebegitu melihat kita, mudah-mudahan Allah sembuhkan dia dari penyakit depresi tadi.”
Ads
Ahn Sojin, antara artis Korea yang alami depresi dan akhiri hidupnya dengan bunuh diri. / Kredit foto : serumpi.com
vokalis Linkin Park, Chester Bennington membunuh diri akibat depresi.
Inilah 2 Solusi Yang Islam Ajar Untuk Tangani Depresi
Pertama : Mesti Kena Kenal Pencipta Diri
Dia kena duduk bertafakur. Fikir sejenak dalam diri. BERHENTI SEKEJAP. Jangan terus berlari tak tengok kiri dan kanan.
Waktu bertafakur inilah fikir, “Siapa yang ciptakan aku.” “Apa tujuan aku diciptakan atas muka bumi.” “Adakah aku hanya semata-mata pelakon di atas pentas dunia.”
Pergi majlis ilmu dan dengar.
Sebaik saja selesai proses bertafakur, Islam ajar pula step kedua.
Kedua : Mesti Kena Ada Teman
Tak perlu ambil contoh jauh-jauh, ambil yang agama lain boleh terima, Islam pun boleh terima. Kisah Nabi Musa yang minta pertolongan dari Allah.
Kata Nabi Musa, “Ya Allah tolong jadikan kepada aku teman.”
Nampak.. Nabi Musa yang hebat, ‘ganas’ lagi kuat, yang satu batu sepuluh orang angkat baru terangkat sedangkan dia angkat saja sorang-sorang itu pun meminta kepada Allah.
Jadi, siapalah kita ini untuk tiada teman dan guru. Kena ada kawan, kena ada guru untuk membimbing kita.
“Pi berkawan.. jangan duduk sorang-sorang.”
“Sebab depresi ini tiada muka. Dia duduk dalam hati. Sebab itu Chester, walaupun dia ada keluarga dan anak-anak. Tapi dia boleh bunuh diri. Kenapa? Sebab sakitnya duduk dalam hati.”
Excited sangat deko rumah sampai ramai terlepas pandang ada perkara-perkara yang kita lakukan boleh mengundang dosa. Sebenarnya ada adab untuk deko rumah cara Islam.
Perkara Yang Mengundang Dosa
Jangan main bantai je tanpa sebarang panduan, bimbang nanti mengundang keburukan bukannya kebaikan. Hadam perkongsian PU Azman atau lebih mesra dengan panggilan Cik Man. Semoga menjadi panduan untuk kita semua ye.
1-Tidak Berlaku Pembaziran
Dalam al-Quran ada sebut pembaziran saudara syaitan. Walaupun duit banyak bukan bermaksud boleh membazir sesuka hati. Duit yang membazir tu sepatutnya diinfak atau disedekahkan. Jangan berlebihan menghias, besederhana lebih baik.
2-Tidak Menyimpan Sesuatu Yang Berbentuk Patung
Patung yang diukir. Ada yang upah orang ukir patung keluarga atau sebarang patung, malaikat tak masuk rumah. Sudah pastinya patung yang diukir ini untuk diagungkan, takkan patung tu nak disepah-sepah.
Mestilah diletak di satu tempat supaya orang pandang, wow cantiknya indahnya rumah kau eksklusifnya agungnya. Tu bahaya lah ye. Jangan kerana nilai seni sesuatu perhiasan kita pejam mata bab dosa.
3-Tidak Berniat Untuk Menunjuk/ Riak, Ia Boleh Mengundang Dosa
Tak berniat nak menunjuk-nunjuk pada orang luar. Bila tetamu datang, suruh tetamu tour the whole house. Jom tengok bilik saya, banyak perhiasan saya beli dari Jerman.
Sampai ke jamban perginya. Mangkuk jamban pun diperbuat daripada emas, so benda-benda macam ni pembaziran dan mengundang riak. Betulkan nawaitu, jangan diraih perhatian dan pujian manusia.
4-Jangan Menghias Rumah Dengan Sesuatu Yang Menyerupai Budaya Agama
Jangan ikut budaya agama non muslim seperti menghias rumah dengan patung berhala dan seumpamanya. Kita jangan mudah terpengaruh, niat tak menghalalkan cara.
Islam tak larang untuk kita menghias kediaman atau rumah tapi ada adabnya. Kita mesti ikut garis panduan yang ditetapkan Islam. Insya-Allah rumah kita lebih indah dan tenang.
Kesimpulannya, deko rumah biarlah dengan ilmu. Kalau rasa was-was, rujuk pada yang pakar. Sebaik-baiknya hiaslah rumah dengan dekorasi Islamik. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Telur dadar dimakan dengan nasi putih dan kicap sahaja pun sudah mampu membuka selera.Bahan asas bagi membuat telur dadar juga cukup mudah iaitu telur ayam, garam, bawang merah dan cili merah/hijau.
Namun begitu, seringkali juga telur dadar yang dihasilkan kelihatan leper, tidak cantik dan berminyak-minyak. Sebenarnya, ada beberapa kaedah dan tip yang boleh dicuba untuk memastikan telur dadar kelihatan gebu,lembut dan sedap bagaikan didalam iklan di kaca tv.
Antaranya:
1.Tambah Mayonis
Tambah satu sudu besar Mayonis didalam bancuhan telur dan pukul sebati.Ia akan membuatkan telur dadar menjadi gebu,lembut dan bertambah enak.
2.Pukul Telur Dengan Lebih Lama
Pecahkan beberapa biji telur kemudian pukul telur dengan lama sehingga kembang, kemudian barulah dimasukkan apa sahaja bahan yang digemari.
3.Tapis Telur Yang Telah Dipukul
Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul telur sehingga menjadi kembang. Setelah itu tapiskan telur tadi untuk menapis buih-buih yang ada pada telur. Selepas itu barulah dimasukkan bahan-bahan yang lain.
4.Masukan Sedikit Air
Pecahkan telur di dalam mangkuk dan masukkan sedikit air. Kemudian pukul hingga kembang dan goreng.
5.Tambah Perahan Limau Nipis
Pecahkan telur, masukkan sedikit garam dan perahan limau nipis, pukul seketika sehingga kembang. Tunggu minyak betul- betul panas, kemudian tuangkan telur dari jarak yang agak tinggi, seperti kaedah membuat teh tarik, kemudian kecilkan api dan tunggu sehingga masak sebelum terbalikkannya. Hasilnya telur dadar akan kelihatan lebih gebu dan sedap.
6.Tambahkan Serbuk Penaik
Boleh juga menambahkan sedikit serbuk penaik didalam bancuhan telur dan pukul sebati.Ia akan membuatkan telur dadar menjadi gebu,lembut, cantik dan bertambah enak.
Selamat Mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sejahat-jahat adik beradik tetap dari rahim yang sama, jangan hanya pandang keburukan semata. Sesungguhnya, jangan selalu lihat keburukan, sejahat adik-beradik mereka tetap dikandungkan dari perut dan rahim yang sama iaitu ibu kita.
Sejahat-jahat Adik Beradik Tetap Dari Rahim Yang Sama, Jangan Hanya Pandang Keburukan Semata
Dalam sebuah keluarga, pasti ada adik-beradik yang senang dan tak kurang juga hidupnya diuji susah. Nasib dan takdir manusia ini tak sama biarpun adik-beradik.
Namun jangan sesekali melihat kekurangan adik-beradik sebaliknya hargai mereka seadanya kerana kita pernah hidup susah, senang bersama, berkongsi itu dan ini sejak kecil.
Kongsi Mohamad Izanie, seburuk-buruk adik beradik, dia tetap darah daging kita, sehina-hina adik beradik dia tetap keluarga terdekat kita, sejahat-jahat adik beradik dia tetap dikandungkan dari perut yang sama dan benih yang sama.
Jangan selalu lihat keburukan adik-beradik sehingga lupa pada kebaikannya. Kerana adik-beradik tetap adik beradik cuma dilahirkan berlainan nasib dalam hidupnya.
Ada yang susah ada yang senang, jangan kita bangga sekiranya kita lebih baik dari adik-beradik yang lain kerana suatu hari nanti semua akan berbalik.
Jangan kita angkuh dan sombong kepada adik -beradik yang kurang bernasib baik kerana mereka yang akan tolong susah payah kita satu hari nanti tanpa kita sangka.
Jangan terlalu berkira akan harta dan duit yang kita ada kerana harta dan duit tak akan kekal selamanya.
Pernahkah kita terfikir siapa yang angkat jenazah kita kelak??
Atau pernahkah kita terfikir siapa keluarga terdekat kita yang membungkus mayat kita kelak ??
Adakah harta boleh tolong kita ketika mayat dibungkus kelak? Tidak.
Adik-beradik kita sejahat mana pun dia, dia tak akan jijik menyentuh mayat kita walaupun dihina buruk dan jahat di mata kita.
Jangan terlalu benci akan adik-beradik kerana adik beradik tetap adik beradik.
Berkatnya rezeki dari tali persaudaraan adik-beradik.
Semoga kita selalu ingat siapa diri kita, kita hanya hamba yang hina di mata Allah.
Semoga kita dilembutkan hati dari perasaan benci kepada sesama adik-beradik mahu pun kepada manusia lain.
Setiap kali berkecil hati dengan sikap adik-beradik, cuba kenang kembali saat-saat mak ayah masih kecil. Betapa bahagia hidup kita suatu ketika bersama adik-beradik. Hargailah dan sayangilah adik-beradik selagi mereka masih ada.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...