Alhamdulillah… selepas 7 hari ‘berkampung’ di hospital menjalani pembedahan ACL di bahagian lutut kirinya, akhirnya pengacara Aidid Marcello, 38, dapat pulang ke rumah memeluk anak-anaknya.
Aidid dipercayai mengalami kecederaan serius itu hingga menyebabkan bahagian ligamen anterior cruciate (ACL) pada lututnya putus ketika bermain bola beberapa hari lalu.
“2018-1980 = 38 tahun.
Alhamdulillah, aku dibesarkan di kampung membawa ke bandar, dari bujang sampai kahwin, Allah kuatkan semangat dan jaga kesihatan aku. Tapi hari ini dalam sejarah, akhirnya tangan aku ditusuk jarum dan merebahkan diriku di tilam hospital menunggu kurang lebih 21 jam sebelum lututku di perbaiki.
Doakan keselamatan saya ya… amin.”
Menerusi akaun Instgram miliknya, dia meluahkan rasa bersyukur kerana kembali pulih dan turut mengingatkan kepada orang ramai supaya buat medical checkup sebelum jatuh sakit tanpa diduga.
Aidid Marcello berkongsi detik cemas apabila tidak mampu membuang air kecil selepas menjalani pembedahan pada bahagian lutut kirinya pada Sabtu lalu.
Perkara itu berpunca akibat kesan sampingan ubat tahan sakit yang diberikan kepadanya namun keadaannya semakin pulih.
“Tiada apa yang lebih indah dan gembira bila dapat terbang semula kembali ke sarang bersama yg tercinta. Selama 7 hari di hospital, tak boleh jalan, semua benda buat atas katil… memang rimas.
Tq kepada semua yang sempat melawat, yang mendoakan saya kerana dugaan saya 7 hari kali ini sebenarnya lebih daripada yang saya bayangkan sehingga 2 kali saya dimasukkan ke OT untuk 2 perkara yang berbeza. Tapi selepas dikenangkan kembali apa yang sudah berlaku dan keputusan yang saya dapat, sebenarnya Allah MAHA mendengar dan MAHA mengetahui.”
“Dia curi masa saya sekarang kerana dia tahu ‘kita’ manusia hanya mampu berjanji dan terus berjanji denganNYA, tetapi selepas janji, kita masing-masing akan sibuk dengan urusan dunia kita yang tiada henti… sampai kita sendiri tak sempat periksa kesihatan diri kita.
Saya amat bersyukur dan berterima kasih kerana saya tahu DIA masih sayang saya. Nasihat saya kepada yang belum pernah buat full medical checkup, pergi lah buat k?”
Tulisnya lagi, kaki kirinya masih tidak boleh berpijak ke bumi sehingga tarikh 8/8/18, jadi sama-sama kita doakan moga Aidid Marcello kembali sihat dan pulih seperti sebelum ini.
Aamiinn.