Benarkah, kehebatan seorang duda dan janda selalu diperkatakan dan menjadi rebutan ramai?? Mereka dikatakan mempunyai pengalaman dan aura yang makin hari makin mengancam. Maka tak hairanlah ada yang memilih duda dan janda dari teruna dan dara untuk dijadikan pasangan hidup.
Namun persepsi masyarakat, sering memandang serong pada golongan ini. Bila bergelar janda seringkali dilihat ‘bergetah’, tahu jaga badan, berpenampilan menarik untuk diri sendiri. Namun janda dikatakan sering ‘ditakuti’ oleh isteri orang kerana dianggap ‘perampas’, penghancur rumahtangga mahupun suka goda laki orang kerana gersang kasih sayang! Benarkah?
Adakah menyandang status duda atau janda masih menjadi taboo sehingga kini dan dilabel dengan macam-macam? Apa yang hangat dan menariknya duda atau janda ini? Adakah lebih baik memilih duda atau janda daripada suami atau isteri orang? Bagaimana pula penerimaan anak tiri dan keluarga ipar duai? Macam-macam yang dikupas dalam ‘Borak Kelamin’ episod 3 ini.
Untuk episod kali ini juga, Borak Kelamin berkongsi tentang topik ‘Janda Duda Rebutan’ dan Ifa Raziah tampil memberikan pendedahan ekslusif, perkongsian berdasarkan pengalaman beliau.
Meskipun perkahwinan ketiga mengecap bahagia dan bertahan 17 hingga kini, namun pendedahan 2 kali pernah bergelar janda sebelum ini membuatkan Ifa Raziah mengalir air mata apabila mengenangkan kepayahan dan dugaan sepanjang bergelar janda dahulu.
Ifa Raziah berkata lagi tidak mudah menjadi janda, macam ada dosa besar pula. Susahnya menjadi janda hanya mereka yang mengalami sahaja tahu.Hakikatnya tidak ada wanita yang mahukan penceraian.
Selain itu, turut berkongsi pengalaman pernah bergelar janda, Borak Kelamin bawakan pengalaman ‘Puan Nina’ dalam segmen Cerita Dalam Kain dan berkongsi pengakuan di sebalik tirai. Status janda pada dirinya rupanya menjadi ‘soft spot’ oleh bos dan satu kelebihan di tempat kerja. Apakah yang dimaksudkan ‘soft spot’? Adakah ini satu kelebihan, perkara yang boleh diambil kesempatan atau orang sekeliling pula yang ambil kesempatan? Malah bagi ‘Nina’ banyak godaan untuk menjadi lebih daripada ‘kawan’ datang dari suami orang. Segalanya didedahkan dalam segmen ini.
Di hoskan oleh Awal Ashaari dan Elly Mazlein, bersama tetamu undangan Pakar Motivasi Konsultansi Keluarga jemputan, Dr Hj Tengku Asmadi turut mengupas topik ini dengan lebih mendalam.
Memang menarik dan hangat. Banyak yang diperbincangkan dan boleh dijadikan pengajaran.Nak dengar kisah sebenar dan tahu lebih lanjut keseluruhan cerita daripada tuan punya diri, jangan lupa tonton BORAK KELAMIN sekarang!! Pada Isnin jam 9.00 malam di Astro Ria dan Ria HD dalam episod 3; Janda Duda Rebutan. Serta ulangannya pada Jumaat 12pm di saluran yang sama.
Jangan lupa #borakkelamin untuk sebarang pandangan, komen mahupun pendapat berkaitan topik menarik ini.