Benarkah, kehebatan seorang duda dan janda selalu diperkatakan dan menjadi rebutan ramai?? Mereka dikatakan mempunyai pengalaman dan aura yang makin hari makin mengancam. Maka tak hairanlah ada yang memilih duda dan janda dari teruna dan dara untuk dijadikan pasangan hidup.
Namun persepsi masyarakat, sering memandang serong pada golongan ini. Bila bergelar janda seringkali dilihat ‘bergetah’, tahu jaga badan, berpenampilan menarik untuk diri sendiri. Namun janda dikatakan sering ‘ditakuti’ oleh isteri orang kerana dianggap ‘perampas’, penghancur rumahtangga mahupun suka goda laki orang kerana gersang kasih sayang! Benarkah?
Adakah menyandang status duda atau janda masih menjadi taboo sehingga kini dan dilabel dengan macam-macam? Apa yang hangat dan menariknya duda atau janda ini? Adakah lebih baik memilih duda atau janda daripada suami atau isteri orang? Bagaimana pula penerimaan anak tiri dan keluarga ipar duai? Macam-macam yang dikupas dalam ‘Borak Kelamin’ episod 3 ini.
Pendedahan Ekslusif Ifa Raziah
Untuk episod kali ini juga, Borak Kelamin berkongsi tentang topik ‘Janda Duda Rebutan’ dan Ifa Raziah tampil memberikan pendedahan ekslusif, perkongsian berdasarkan pengalaman beliau.
Ads
Meskipun perkahwinan ketiga mengecap bahagia dan bertahan 17 hingga kini, namun pendedahan 2 kali pernah bergelar janda sebelum ini membuatkan Ifa Raziah mengalir air mata apabila mengenangkan kepayahan dan dugaan sepanjang bergelar janda dahulu.
Ifa Raziah berkata lagi tidak mudah menjadi janda, macam ada dosa besar pula. Susahnya menjadi janda hanya mereka yang mengalami sahaja tahu.Hakikatnya tidak ada wanita yang mahukan penceraian.
Ads
Status Janda Jadi ‘Soft Spot’ Majikan
Selain itu, turut berkongsi pengalaman pernah bergelar janda, Borak Kelamin bawakan pengalaman ‘Puan Nina’ dalam segmen Cerita Dalam Kain dan berkongsi pengakuan di sebalik tirai. Status janda pada dirinya rupanya menjadi ‘soft spot’ oleh bos dan satu kelebihan di tempat kerja. Apakah yang dimaksudkan ‘soft spot’? Adakah ini satu kelebihan, perkara yang boleh diambil kesempatan atau orang sekeliling pula yang ambil kesempatan? Malah bagi ‘Nina’ banyak godaan untuk menjadi lebih daripada ‘kawan’ datang dari suami orang. Segalanya didedahkan dalam segmen ini.
Ads
Di hoskan oleh Awal Ashaari dan Elly Mazlein, bersama tetamu undangan Pakar Motivasi Konsultansi Keluarga jemputan, Dr Hj Tengku Asmadi turut mengupas topik ini dengan lebih mendalam.
Memang menarik dan hangat. Banyak yang diperbincangkan dan boleh dijadikan pengajaran.Nak dengar kisah sebenar dan tahu lebih lanjut keseluruhan cerita daripada tuan punya diri, jangan lupa tonton BORAK KELAMIN sekarang!! Pada Isnin jam 9.00 malam di Astro Ria dan Ria HD dalam episod 3; Janda Duda Rebutan. Serta ulangannya pada Jumaat 12pm di saluran yang sama.
Jangan lupa #borakkelamin untuk sebarang pandangan, komen mahupun pendapat berkaitan topik menarik ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Masalah seksual adalah cabaran yang sering dihadapi dalam perkahwinan, tetapi ia jarang dibincangkan secara terbuka. Walaupun dianggap sebagai topik yang sensitif, masalah seksual antara suami isteri boleh menjejaskan hubungan rumah tangga jika tidak ditangani dengan baik.
Keintiman fizikal merupakan salah satu asas penting dalam perkahwinan yang bahagia, dan sebarang gangguan dalam aspek ini boleh menyebabkan ketegangan emosi, ketidakpuasan, dan akhirnya menjejaskan keharmonian hubungan. Pelbagai persoalan mengenai borak kelamin ini diterjemahkan dalam drama pendek seeNI Original bertajuk Tasik Tandus Di Padang Pasir.
Tahukah anda, masalah di atas ranjang ini merupakan salah satu faktor kebanyakan pasangan suami isteri ‘menderita’ dalam diam. Bagi suami, masalah ereksi atau disfungsi ereksi (ED) merupakan salah satu masalah seksual yang sering dihadapi. Ia boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk usia, masalah kesihatan seperti diabetes atau tekanan darah tinggi serta masalah psikologi seperti kebimbangan dan stres.
Masalah ini bukan sahaja menjejaskan hubungan fizikal tetapi juga boleh menurunkan keyakinan diri dan menambah tekanan dalam perkahwinan.
Salah satu masalah seksual yang biasa dihadapi ialah kehilangan atau penurunan keinginan seksual. Ini boleh berlaku pada kedua-dua suami dan isteri. Faktor yang menyumbang kepada masalah ini termasuk tekanan hidup, keletihan, perubahan hormon, masalah kesihatan, atau ketidakpuasan emosi dalam hubungan.
Apabila keinginan seksual berkurangan, ia boleh menjejaskan hubungan intim antara suami isteri dan menyebabkan rasa terasing dan pasangan mula mencari haluan masing-masing.
Bagi suami, masalah ereksi atau disfungsi ereksi (ED) adalah salah satu masalah seksual yang sering dihadapi. Ia boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk usia, masalah kesihatan seperti diabetes atau tekanan darah tinggi, serta masalah psikologi seperti kebimbangan dan stres. Masalah ini bukan sahaja menjejaskan hubungan fizikal tetapi juga boleh menurunkan keyakinan diri dan menambah tekanan dalam perkahwinan.
Dalam mengatasi masalah ini, pelbagai produk di pasaran boleh membantu dan sebagai penyokong bagi pengalaman seksual yang lebih baik. Rangkaian produk yang ada termasuk pelincir prestasi dan gel kelewatan, direka khas untuk membantu lelaki melanjutkan prestasi seksual mereka, meningkatkan kepuasan diri dan pasangan.
Masalah Biasa Kaum Wanita
Kekeringan faraj pula merupakan masalah yang biasa dihadapi oleh wanita terutamanya selepas menopaus. Masalah ini boleh menyebabkan kesakitan atau ketidakselesaan semasa hubungan seks yang akhirnya mengurangkan keinginan untuk intimasi. Kekeringan faraj juga boleh disebabkan oleh perubahan hormon, tekanan, atau penggunaan ubat-ubatan tertentu.
Dyspareunia, atau kesakitan semasa hubungan seksual adalah masalah yang dihadapi oleh sesetengah wanita dan juga boleh dialami oleh lelaki. Bagi wanita, kesakitan ini mungkin disebabkan oleh kekeringan faraj, jangkitan atau masalah pada rahim dan ovari.
Kajian menunjukkan bahawa 56.1% wanita pascamenopaus di Malaysia mengalami masalah seksual, manakala 39.9% mengalami kekeringan faraj. Isu ini memerlukan perhatian kerana ia bukan sahaja menjejaskan kesihatan fizikal tetapi juga kesejahteraan emosi.
Wanita digalakkan untuk mengambil alih kesihatan seksual mereka dengan menggunakan produk pelincir yang direka khusus untuk membantu mengurangkan kekeringan faraj dan meningkatkan pengalaman seksual. Pelincir ini boleh membantu meningkatkan kelicinan semasa hubungan seks, mengurangkan rasa tidak selesa, dan membantu wanita menikmati hubungan intim dengan lebih selesa, sekaligus memberikan pengalaman yang lebih memuaskan!
Pelbagai rangkaian produk pelincir yang boleh didapati di pasaran dengan rekod keselamatan yang dipercayai. Ia seimbang dari segi pH dan tidak akan mengganggu kesihatan faraj wanita.
Bagi mereka yang mungkin merasa malu untuk membeli produk ini secara terbuka, usah bimbang kerana ia juga turut ditawarkan melalui kedai e-dagang rasmi, membolehkan pembelian dilakukan dengan selesa tanpa rasa malu.
Dengan adanya pilihan seperti ini, wanita boleh mengambil langkah yang lebih proaktif dalam menjaga kesihatan seksual mereka dan meningkatkan kualiti hidup.
Bagi lelaki pula, kesakitan boleh berlaku akibat masalah kulit, jangkitan atau keradangan pada alat kelamin. Kesakitan semasa hubungan seksual bukan sahaja memberi kesan kepada keintiman fizikal tetapi juga boleh menyebabkan ketegangan emosi.
Ejakulasi pramatang adalah masalah seksual di mana lelaki mengalami ejakulasi terlalu cepat semasa hubungan seks. Ini boleh menyebabkan ketidakpuasan kepada pasangan dan menjejaskan kualiti hubungan intim. Masalah ini sering menyebabkan rasa malu atau tertekan bagi suami, yang seterusnya menjejaskan keyakinan dalam hubungan seksual.
Bagi masalah seksual yang berpunca daripada masalah kesihatan seperti disfungsi ereksi atau kekeringan faraj, rawatan perubatan mungkin diperlukan. Terdapat pelbagai rawatan yang boleh membantu mengatasi masalah-masalah ini, termasuk ubat-ubatan, terapi hormon, atau penggunaan pelincir faraj.
Masalah seksual adalah perkara biasa dalam perkahwinan, tetapi ia bukanlah masalah yang tidak boleh diselesaikan. Dengan komunikasi yang baik, bimbingan profesional, dan produk yang betul seperti rangkaian penyelesaian kesihatan intim produk tertentu, pasangan boleh membina semula hubungan mereka dan menguatkan ikatan yang ada.
Jangan ketinggalan menonton Tasik Tandus Di Padang Pasir, drama pendek seeNI Original yang dibawakan oleh Durex. Dengan membuka perbincangan dan menawarkan penyelesaian yang sebenar, Durex terus menjadi rakan yang dipercayai dalam meningkatkan kualiti hubungan intim pasangan berkahwin di Malaysia.
Saksikan semua episod drama melalui aplikasi seeNI ini.
Ramai yang gemar melihat hubungan mesra pasangan selebriti popular Azad Jasmin dan Eira Syazira. Azad merupakan seorang suami yang suka menyakat dan berperawatakan ceria. Namun sebenarnya dalam mengharungi rumah tangga banyak rintangan yang dilalui mereka, tanpa diketahui orang luar.
Apatah lagi dugaan seorang isteri pada zaman digital ini. Telefon bimbit menjadi peneman setia. Tak disangka ada kejadian yang membuatkan isteri tersentuh hati apabila si suami leka dengan telefon bimbit.
Curahan Hati Eira Syazira & Azad Jasmin Dalam Borak Kelamin
Begitulah juga curahan hati Eira dan Azad dalam Program TV Terbaru dari Mingguan Wanita iaitu Borak Kelamin yang disiarkan pada setiap hari Isnin jam 9 Malam di Astro Ria dan Astro Ria HD bermula semalam (1 Mac).
Air mata Eira turut berlinang apabila mendengar curahan hati suami yang memohon maaf di atas kekhilafannya selama ini yang terlalu ralit dengan telefon bimbit.
Sibuk Dengan Telefon Bimbit, Tanpa Sedar Abaikan Isteri
Menerusi episod pertama yang dikendalikan oleh hos hebat Elly Mazlein dan Awal Ashaari, Borak Kelamin mengupas topik hangat Off Handphone, Sentuhlah Pasangan.
Dek kerana terlalu sibuk dengan telefon bimbit, tetamu jemputan Azad menerangkan berlakunya satu kejadian di mana tanpa sedar dia sudah melukakan hati isteri kesayangan.
“Memang ada kejadian sebab telefon bimbit! Perkara ini berlaku dua hari lepas, mungkin saya rasa saya abaikan dia. Pada waktu itu, saya dengar bunyi dentuman pintu, saya biarkan saja ingatkan angin.
“Namun kejadian sebenarnya ialah Eira baru saja buka dan kemudian tutup pintu kemudian dia keluar dan balik ke Putrajaya.
“Paling Eira sedih, dia cakap dia dah sampai kat Putrajaya tapi saya masih dengan handphone dan dia beritahu, saya mesti ingatkan dia masih berada dalam bilik.
“Saya mula perasan bila pergi ke tandas dan bila buka pintu bilik isteri tak ada,” luah Azad yang begitu kesal kerana telah menguris hati isterinya.
Azad Kena Sindir, “Lauk Handphone Asam Pedas”
Azad juga akui dek kerana tuntutan kerja yang bergantung pada digital dan handphone pada masa kini membuatkan dia terleka. Namun hal yang berlaku memberi kesedaran kepada dirinya.
“Saya memang jenis yang melekat dengan Eira, jadi pelik bila dua hari lalu dia keluar saya tak sedar. Tak pernah berlaku pada kami.
“Semuanya digital sekarang ni , jadi memang handphone kena sentiasa di tangan, 24 jam.
“Kadang tu Eira sindir dan cakap, apa kata makan asam pedas, masukkan handphone sekali. Jadilah lauk Handphone Asam Pedas,” kongsi Azad.
Azad juga menyatakan dia sebenarnya seorang bapa yang begitu menyayangi anak-anak dan tiga anak mereka juga begitu akrab dengan dirinya.
“Anak saya lebih sayang saya dari Eira. Nampaklah Eira makan hati bila dia diam. Dia tunjuk macam dia ok kena faham sebab itu anak dia. Bangun tidur, daddy. Anak pertama dan ketiga sama. Memang saya nampak Eira makan hati harap Eira faham sebab kami tak pernah sebut dan bincang tentang hal ini,” ujar Azad yang turut memohon maaf pada isterinya secara terbuka.
Eira Menangis & Peluk Suami
Eira yang ketika itu tiba-tiba muncul di studio, sambil menangis memeluk suaminya.
“Dalam perkahiwnan turun dan naik, orang nampak kami happy tapi Azad tanggungjawab dia tak pernah lupa terutamanya pada anak-anak. Pada Eira suami isteri ini ibarat burung ada dua kepak.
“Kalau kuatnya sayap itu dia akan terbang tinggi. Tapi kalau salah satu sayap patah tak mampu terbang. Apapun yang berlaku Eira ok sebab Eira memang faham dia dan terima kasih untuk segala-galanya.
“Azad ni jenis yang lebih sensitif dari Eira. Dia tak boleh tengok Eira sedih, Eira tak nak tunjuk Eira terasa atau sedih. Ira tak boleh tengok dia sedih. Yang penting tanggnjawab yang dia lakukan pada anak-anak. Apa pun dia tetap utamakan anak-anak.
“Dalam rumah tangga bukan susah nak jaga pasangan. Eira belajar dari arwah Mummy. Di mana dulu arwah Mummy selalu pesan jaga hati, perut dan tempat tidur. Yang penting saya tahu apa yang dia buat dan dia tahu apa yang saya buat, Eira memang ingat pesan tersebut,” kongsi Eira.
Salah seorang panel jemputan, Puan Suzana Ghazali, Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie turut menasihati dan memberi pandangan tentang isu ini.
“Hubungan kelamin suami isteri kena ada sama-sama suka. Macam Eira kategori tak menganggu suami.
“Isteri yang suami sibuk dengan handphone, pergilah goda suami habis-habis. Pergi cari suami!
“Isteri kena main peranan dalam mengatasi masalah ini. Wanita diberikan sifat kasih sayang yang tinggi. Dia kena usahakan. Suami ni ada keseronokan yang lain,” terang Puan Suzana.
‘Berapa lama dan kerap anda dan pasangan melakukan hubungan intim?’Mungkin pertanyaan ini agak sensitif bagi pasangan suami isteri. Tapi, itulah yang perlu suami isteri tahu kendalikan supaya tidak berlaku ‘kelambu dingin’. Sehingaakan boleh mencari punca pergaduhan dalam rumah tangga.
Kelambu dingin, ia boleh berlaku kepada sesetengah pasangan apabila diri rasa penat, letih, ‘mati putik’ bagi isteri dan ‘mati pucuk’ bagi suami. Keadaan inilah boleh membawa kepada hubungan intim yang tidak ‘seronok’. Kadang-kadang, bila lama berkahwin pun, hubungan intim makin kurang dan rasa dingin saja.
Dalam hal ini, hubungan intim suami isteri bukanlah diletakkan sebagai satu keutamaan tapi sebenarnya adalah kunci dalam rumah tangga. Namun, ia juga boleh menjadi salah satu masalah dan pergaduhan yang boleh sampai ke tahap perpisahan bila ada masalah ‘kelambu dingin’.
Mengupas tentang lebih lanjut ‘Kelambu Dingin ini, Ahmad Fadzli Abd Aziz, Pengasas Bijak Emosi Dan Kaunselor Keluarga telah diundang dalam rancangan ‘Borak Kelamin’ untuk menceritakan tentang permasalahan dan jalan penyelesaian untuk mengembalikan kelambu dingin menjadi lebih hangat buat pasangan suami isteri.
Kebanyakan masalah ‘kelambu dingin’ berlaku kerana sikap pasangan itu sendiri. Baik suami mahupun isteri. Boleh jadi juga, masalah kesihatan fizikal dan mental yang dialami itu membuatkan hormon libido rendah dan seterusnya tiada keinginan untuk ‘bersama’.
Ada beberapa tanda yang biasa dialami oleh pasangan bila berlakunya ‘tiada keinginan’ bersama, contohnya suka mengasingkan diri, mugnkin sebab depresi, pengambilana ubat atau boleh jadi masalah di tempat kerja.
“Ada sesetengah tempat kerja yang mana ketua atau orang sekeliling yang bercakap ‘sensor’. Inilah yang membuarkan pasangan mula tertekan, tiada keinginan dan menjurus kepada rendahnya libido”.
Fahami Keadaan Suami Atau Isteri
Semua ini berbalik kepada suami isteri itu sendiri. Dikatakan sudut pandangan lelaki dan perempuan berbeza terutamanya dalam hubungan intim suami isteri. Biasanya:
Perempuan – Dia kena love baru make love dalam menghangatkan hubungan intim.
Lelaki – Ada make love baru ada love.
Bagi suami, bila ‘tidak dapat’, mulalah berceritakan tentang tanggungjawab dan layanan. Sebab dikatakan keperluan dan keinginan hubungan intim lelaki seperti ‘makan’. Jika tidak diberi ‘makan’, emosinya tidak stabil dan mulalah rasa cepat marah. Jadi, di sinilah tugas isteri sebagai pengurus seksual suami.
Walau bagaimanapun, dalam hal ini, suami kenalah mainkan peranan untuk uruskan emosi isteri terlebih dahulu. Jangan hanya untuk kesoronokan seorang diri, kena fikir emosi isteri sendiri yang kadang-kala menolok kerana penat, letih uruskan kerja rumah dan sebagainya.
Kembalikan Kehangatan
Apa yang boleh dikatakan, dalam hubungan intim suami isteri dan mengelakkan berlakunya kelambu dingin, jangan malu untuk berbincang dari hati ke hati. Sebabnya keperluan hubungan intim suami isteri ini berbeza.
Cari penyelesaian, pendengan yang baik dan kongsi masalah. Paling penting adalah komunikasi antara suami isteri.
Dalam episod Kelambu Dingin ini juga, Ramona Zamzam turut diundang untuk berkongsi pendapat dan mungkin masalah ini juga pernah berlaku dalam rumah tangganya.
Antara perkongsian dan komen dalam Facebook Ddan Twitter Minguan Wanita.
Bagi yang ketinggalan untuk menonton sebelum ini, saksikan siaran ulangan pada setiap Jumaat jam 12.00 tengah hari di Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 124.
Jangan lupa saksikan Borak Kelamin yang disiarkan pada setiap hari Isnin, jam 9,00 malam di Astro Ria 104 dan Ria HD 124. Episod menarik pada minggu hadapan: Janda Duda Rebutan.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.