Benarkah, kehebatan seorang duda dan janda selalu diperkatakan dan menjadi rebutan ramai?? Mereka dikatakan mempunyai pengalaman dan aura yang makin hari makin mengancam. Maka tak hairanlah ada yang memilih duda dan janda dari teruna dan dara untuk dijadikan pasangan hidup.
Namun persepsi masyarakat, sering memandang serong pada golongan ini. Bila bergelar janda seringkali dilihat ‘bergetah’, tahu jaga badan, berpenampilan menarik untuk diri sendiri. Namun janda dikatakan sering ‘ditakuti’ oleh isteri orang kerana dianggap ‘perampas’, penghancur rumahtangga mahupun suka goda laki orang kerana gersang kasih sayang! Benarkah?
Adakah menyandang status duda atau janda masih menjadi taboo sehingga kini dan dilabel dengan macam-macam? Apa yang hangat dan menariknya duda atau janda ini? Adakah lebih baik memilih duda atau janda daripada suami atau isteri orang? Bagaimana pula penerimaan anak tiri dan keluarga ipar duai? Macam-macam yang dikupas dalam ‘Borak Kelamin’ episod 3 ini.
Pendedahan Ekslusif Ifa Raziah
Untuk episod kali ini juga, Borak Kelamin berkongsi tentang topik ‘Janda Duda Rebutan’ dan Ifa Raziah tampil memberikan pendedahan ekslusif, perkongsian berdasarkan pengalaman beliau.
Ads
Meskipun perkahwinan ketiga mengecap bahagia dan bertahan 17 hingga kini, namun pendedahan 2 kali pernah bergelar janda sebelum ini membuatkan Ifa Raziah mengalir air mata apabila mengenangkan kepayahan dan dugaan sepanjang bergelar janda dahulu.
Ifa Raziah berkata lagi tidak mudah menjadi janda, macam ada dosa besar pula. Susahnya menjadi janda hanya mereka yang mengalami sahaja tahu.Hakikatnya tidak ada wanita yang mahukan penceraian.
Ads
Status Janda Jadi ‘Soft Spot’ Majikan
Selain itu, turut berkongsi pengalaman pernah bergelar janda, Borak Kelamin bawakan pengalaman ‘Puan Nina’ dalam segmen Cerita Dalam Kain dan berkongsi pengakuan di sebalik tirai. Status janda pada dirinya rupanya menjadi ‘soft spot’ oleh bos dan satu kelebihan di tempat kerja. Apakah yang dimaksudkan ‘soft spot’? Adakah ini satu kelebihan, perkara yang boleh diambil kesempatan atau orang sekeliling pula yang ambil kesempatan? Malah bagi ‘Nina’ banyak godaan untuk menjadi lebih daripada ‘kawan’ datang dari suami orang. Segalanya didedahkan dalam segmen ini.
Ads
Di hoskan oleh Awal Ashaari dan Elly Mazlein, bersama tetamu undangan Pakar Motivasi Konsultansi Keluarga jemputan, Dr Hj Tengku Asmadi turut mengupas topik ini dengan lebih mendalam.
Memang menarik dan hangat. Banyak yang diperbincangkan dan boleh dijadikan pengajaran.Nak dengar kisah sebenar dan tahu lebih lanjut keseluruhan cerita daripada tuan punya diri, jangan lupa tonton BORAK KELAMIN sekarang!! Pada Isnin jam 9.00 malam di Astro Ria dan Ria HD dalam episod 3; Janda Duda Rebutan. Serta ulangannya pada Jumaat 12pm di saluran yang sama.
Jangan lupa #borakkelamin untuk sebarang pandangan, komen mahupun pendapat berkaitan topik menarik ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Fatin Afeefa Nikah, Bella Doakan “Semoga Rumahtangga Dibina Kekal Bahagia Hingga ke Jannah”. Tahniah diucapkan buat pelakon yang juga sebelum ini bergelar ibu tunggal, Fatin Afeefa.
Dalam diam ibu kepada dua cahaya mata itu telah memilih jejaka dikenali sebagai Aliff Awang pada majlis pernikahan secara tertutup yang dipercayai diadakan di Putra Glass Hall, Subang Jaya.
Fatin Afeefa Nikah
Fatin dan Aliff bergelar suami isteri kira-kira jam 8.40 malam tadi dengan sekali lafaz.
Namun hingga kini Fatin masih berdiam diri dan belum membuat sebarang kenyataan. Walau bagaimanapun menerusi akaun Instagram Bella Astillah mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin.
“Nothing as beautiful as seeing you being loved effortlessly by the right person @fatinafeefa Alhamdulillah.
“Congratulations! May you two make a beautiful life together, which is full of love, compassion, and purity! I wish you both great happiness!
“Semoga rumahtangga yang dibina kekal bahagia hingga ke Jannah inshaAllah..
“What a beautiful couple mashaAllah..
Bella doakan Angah bahagia selamanya”.
Untuk rekod terdahulu, Fatin pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013. Walaubagaimanapun, mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada 30 Mei 2017.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ivy Herra Sophia, 7.
Dalam pada itu, menerusi perkahwinan sebelum itu, Fatin mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian, 10.
Naik Seri Pengantin, Disolek Datuk Alha Alfa
Selain Bella, berita gembira itu turut dikongsi jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa.
“Fatin Afeefa, congrats dear (tahniah), thank you for having me (terima kasih kerana mendapatkan khidmat saya),” tulis Alha ringkas menerusi hantaran di Instagram (IG) miliknya yang turut memaparkan Fatin mengenakan busana serba putih.
Pasangan selebriti popular Bella Astillah dan Aliff Aziz pernah satu ketika menggemparkan dunia seni hiburan tanahair apabila berlakunya pergolakan dalam rumahtangga mereka dek kerana orang ketiga.
Malah kisah kecurangan Aliff membuatkan rumah tangga mereka retak namun pasangan ini selepas bercerai kembali rujuk. Ramai yang memuji ketabahan ibu kepada dua orang anak ini yang begitu teguh hatinya menerima kembali suami yang pernah berlaku curang pada dirinya.
Bella Sedih Wanita Yang Pernah Lalui Nasib Sepertinya
Seringkali kita terdengar mengenai isu curang di antara lelaki dan wanita. Lebih menakutkan, berlakunya juga kes perhubungan sulit antara suami dan isteri orang. Apakah punca perkara ini terjadi? Sekadar nak “have fun” atau terdapat tujuan lain?
Program TV Borak Kelamin di Astro Ria dan On Demand mengupas tajuk Skandal Lunch Time. Pelbagai kupasan menarik mengenai kisah curang pasangan suami isteri dibincangkan.
Apatah lagi kehadiran Bella Astillah juga memberi pesanan dan penerangan istimewa buat wanita di luar sana yang mempunyai pengalaman serta episod duka yang sama dengan dirinya pernah lalui.
“Saya kerap terima DM dari wanita yang mempunyai masalah yang sama dengan diri saya. Buat masa sekarang rasa sedih, sebab faham dengan perasaan wanita yang dicurangi,” ungkap Bella memulai bicara.
Nasihatkan Wanita, Jangan Dilayan Suami Orang
Bella yang juga bergelar pelakon ini juga secara eksklusif mengakui sewaktu berpisah dengan Aliff dirinya pernah didekati lelaki yang bergelar suami orang.
“Sebagai wanita seebenarnya kita kena ada pendirian yang tetap. Masa berpisah, ada suami orang yang dekat dengan saya. Pada waktu itu saya termenung, apa yang lelaki ini beritahu saya rasanya isteri dia tahu ke apa yang suami dia lakukan? Pelbagai persoalan berlegar di minda saya. Masa tu saya tengah dalam tempoh iddah. Sebenarnya kita sebagai wanita ada peranan, janganlah layan lelaki yang masih bergelar suami orang,” ungkap Bella.
Pengacara Borak Kelamin turut bertanya bagaimana Bella menjadi seorang yang begitu kuat, wanita yang berbadan genit ini menjelaskan keluarga memberi sokongan padu ketika dia mempunyai masalah.
“Mereka yang berperanan penting adalah keluarga. Mak saya selalu beri nasihat dan kata yang baik-baik. Jangan sampai kita kemurungan. Mungkin ada juga silap dalam diri kita yang kita perlu baiki dan tawakal,” jawab Bella.
8 Bulan Berjauahan Dengan Aliff Aziz
Dek kerana PKP, Bella akui kini dia dan suami terpaksa berjauahan. Aliff kini berada di Singapura.
“Lapan bulan tidak bertemu dengan Aliff, saya selalu nasihatkan Aliff fikirkan anak-anak, fikir orang tua. Apa yang saya lalui sebelum ini menjadikan saya seorang yang kuat,” terangnya.
Bella Suka Berterus Terang
Berbicara lanjut mengenai kisah dicurangi, Bella akui apa yang menimpa dirinya sebelum ini sememangnya amat menakutkan.
“Benda-benda ni pada Bella amat menakutkan. Bella percaya sekiranya kita ikhlas dan jujur dalam perhubungan Insyaallah, Allah akan beri petunjuk apa sahaja.
“Prinsip Bella, jenis yang tak suka terus serang. Kena ada bukti. Panggil depan-depan dan tunjukkan bukti.
“Daripada pengalaman Bella sememangnya berterus terang dan jumpa depan-depan dengan perempuan, lelaki dan famili semua ada. Tak suka di dalam telefon. Sebagai perempuan kita ada maruah tak perlulah berlebihan selagi lelaki tu tak bercerai.
“Aliff percaya luka bella sangat dalam. Aliff tak janji bulan bintang dia pun takut. Dia tengah baiki diri untuk menjadi suami dan ayah yang baik,” akhiri Bella.
Maafkan & Bina Hidup Baru – Puan Suzana
Salah seorang panel jemputan, Puan Suzana Ghazali, Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie turut menasihati dan memberi pandangan tentang isu ini.
“Bila ada orang ketiga, khususnya kalau orang tersebut masuk dalam perkahwinan bukan untuk berkongsi tetapi mendominasi. Paling sedih ada antara pasangan suami isteri yang berhadapan dengan masalah orang ketiga ini apabila suami melepaskan amarah pada anak,” kongsi Puan Suzana.
Bukan itu saja malah Puan Suzana juga menegaskn jika mempunyai masalah dalam rumah tangga jangan sesekali luahkan di media sosial.
“Bila ada maslah dengan pasangan jangan sesekali luahkan di media sosial. Jangan luah dengan mak ayah dulu,” ulasnya lagi.
Malah Puan Suzana juga berkongso jika wanita memberi peluang kepada suami, seharusnya berikan si suamo sokongan.
“Kalau ketika nak bagi peluang jangan ungkit kisah silam, kita kena support dia. Kena tarik dengan kita, kita dah maafkan memang tak boleh lupa tapi dah maafkan teruskan hidup dan bina yang baru,” kongsinya.
Nasihat Puan Suzana;
“Isteri jangan mengamuk dulu, kenal pasti mengapa suami suka wanita lain, paling penting kena kekal layan suami malah lebih baik dari sebelum ini. Jika anda sayang suami, pertahankan jangan undur diri. Usaha bersama dengan doa itulah cara kita menaglah. Mengalah kita itu Insyaallah supaya kita menang ke depan”.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
‘Berapa lama dan kerap anda dan pasangan melakukan hubungan intim?’Mungkin pertanyaan ini agak sensitif bagi pasangan suami isteri. Tapi, itulah yang perlu suami isteri tahu kendalikan supaya tidak berlaku ‘kelambu dingin’. Sehingaakan boleh mencari punca pergaduhan dalam rumah tangga.
Kelambu dingin, ia boleh berlaku kepada sesetengah pasangan apabila diri rasa penat, letih, ‘mati putik’ bagi isteri dan ‘mati pucuk’ bagi suami. Keadaan inilah boleh membawa kepada hubungan intim yang tidak ‘seronok’. Kadang-kadang, bila lama berkahwin pun, hubungan intim makin kurang dan rasa dingin saja.
Dalam hal ini, hubungan intim suami isteri bukanlah diletakkan sebagai satu keutamaan tapi sebenarnya adalah kunci dalam rumah tangga. Namun, ia juga boleh menjadi salah satu masalah dan pergaduhan yang boleh sampai ke tahap perpisahan bila ada masalah ‘kelambu dingin’.
Mengupas tentang lebih lanjut ‘Kelambu Dingin ini, Ahmad Fadzli Abd Aziz, Pengasas Bijak Emosi Dan Kaunselor Keluarga telah diundang dalam rancangan ‘Borak Kelamin’ untuk menceritakan tentang permasalahan dan jalan penyelesaian untuk mengembalikan kelambu dingin menjadi lebih hangat buat pasangan suami isteri.
Kebanyakan masalah ‘kelambu dingin’ berlaku kerana sikap pasangan itu sendiri. Baik suami mahupun isteri. Boleh jadi juga, masalah kesihatan fizikal dan mental yang dialami itu membuatkan hormon libido rendah dan seterusnya tiada keinginan untuk ‘bersama’.
Ada beberapa tanda yang biasa dialami oleh pasangan bila berlakunya ‘tiada keinginan’ bersama, contohnya suka mengasingkan diri, mugnkin sebab depresi, pengambilana ubat atau boleh jadi masalah di tempat kerja.
“Ada sesetengah tempat kerja yang mana ketua atau orang sekeliling yang bercakap ‘sensor’. Inilah yang membuarkan pasangan mula tertekan, tiada keinginan dan menjurus kepada rendahnya libido”.
Fahami Keadaan Suami Atau Isteri
Semua ini berbalik kepada suami isteri itu sendiri. Dikatakan sudut pandangan lelaki dan perempuan berbeza terutamanya dalam hubungan intim suami isteri. Biasanya:
Perempuan – Dia kena love baru make love dalam menghangatkan hubungan intim.
Lelaki – Ada make love baru ada love.
Bagi suami, bila ‘tidak dapat’, mulalah berceritakan tentang tanggungjawab dan layanan. Sebab dikatakan keperluan dan keinginan hubungan intim lelaki seperti ‘makan’. Jika tidak diberi ‘makan’, emosinya tidak stabil dan mulalah rasa cepat marah. Jadi, di sinilah tugas isteri sebagai pengurus seksual suami.
Walau bagaimanapun, dalam hal ini, suami kenalah mainkan peranan untuk uruskan emosi isteri terlebih dahulu. Jangan hanya untuk kesoronokan seorang diri, kena fikir emosi isteri sendiri yang kadang-kala menolok kerana penat, letih uruskan kerja rumah dan sebagainya.
Kembalikan Kehangatan
Apa yang boleh dikatakan, dalam hubungan intim suami isteri dan mengelakkan berlakunya kelambu dingin, jangan malu untuk berbincang dari hati ke hati. Sebabnya keperluan hubungan intim suami isteri ini berbeza.
Cari penyelesaian, pendengan yang baik dan kongsi masalah. Paling penting adalah komunikasi antara suami isteri.
Dalam episod Kelambu Dingin ini juga, Ramona Zamzam turut diundang untuk berkongsi pendapat dan mungkin masalah ini juga pernah berlaku dalam rumah tangganya.
Antara perkongsian dan komen dalam Facebook Ddan Twitter Minguan Wanita.
Bagi yang ketinggalan untuk menonton sebelum ini, saksikan siaran ulangan pada setiap Jumaat jam 12.00 tengah hari di Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 124.
Jangan lupa saksikan Borak Kelamin yang disiarkan pada setiap hari Isnin, jam 9,00 malam di Astro Ria 104 dan Ria HD 124. Episod menarik pada minggu hadapan: Janda Duda Rebutan.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.