Selama ini macam mana cara kita peram buah. Simpan buah dalam guni, bungkus surat khabar atau letak saja dekat dapur sampai buah muda berubah warna dan tunjukkan tanda dah masak. Rupanya ada cara tepat macam mana nak peram buah bagi masak dengan elok.
Buah yang masak biasanya kita simpan dalam peti sejuk. Letak sekali dengan sayur-sayuran dalam satu bahagian rak peti. Rupanya cara ini salah ya puan-puan. Buah akan sebabkan sayur cepat rosak.
Fahamkan alasannya dan cara betul peram buah ini dikongsikan oleh Tuan Ashraf Shuib, penulis buku Jimat Dari Dapur dan usahawan pertanian, Abi Melon. Semoga selepas ini hasil buah yang diperam cantik kejadiannya.
“Saya suka makan buah-buahan tempatan. Kalau ke kedai buah, bukan semua buah yang dijual sedia untuk dimakan. Ada yang kena peram dulu.
“Kalau ada pilihan, saya akan beli sedikit buah yang masak dan sedikit buah yang belum masak. Makan buah yang masak dulu, dan peram buah yang belum masak.
Ads
“Jadi buah yang dibeli boleh dimakan dalam beberapa hari dan tak rosak.
“Dalam proses untuk masak, buah-buahan akan keluarkan gas ethylene. Lagi banyak gas yang dihasilkan oleh sesuatu buah, lebih cepat buah tu akan masak.
“Biasanya buah yang kena peram dulu adalah pisang, mangga, betik, ciku, avocado, kiwi dan nanas.”
3 Cara Peram Buah
Cara 1
Masukkan buah yang ingin diperam dalam beg kertas dan diletakkan bersama dengan sebiji pisang yang dah masak. Kemudian tutup beg kertas. Jika tiada beg kertas, boleh gunakan kotak. Jangan letakkan dalam beg plastik.
Ads
Periksa buah yang diperam tu setiap hari untuk elakkan terlebih masak.
Pisang masak cepat ranum kerana banyak keluarkan gas ethylene. Jadi, bila diletakkan bersama buah yang belum masak, buah tersebut akan cepat masak.
Selain pisang, boleh juga digantikan dengan epal kerana epal juga keluarkan gas ethylene yang banyak.
Cara 2
Basuh buah yang ingin diperam. Keringkan buah. Boleh lap dengan kain bersih atau tisu. Kemudian tanam keseluruhan buah di dalam beras. Periksa buah setiap hari.
Ads
Jangan lupa tengok dalam beras, nanti buah masak ranum, beras pula akan rosak.
Cara 3
Letak calsium carbide (kabat) atas kertas surat khabar. Renjiskan kabat dengan sedikit air. Bungkus calsium carbide dengan surat khabar. Apabila calsium carbide terkena air, ia akan membebaskan gas acetylene. Gas acetylene juga berfungsi seperti gas ethylene, mempercepatkan proses buah masak.
(*Calsium Carbide mengandungi arsenic dan phosphorus, yang dikhuatiri boleh menjejaskan kesihatan).
Tips
Peram dulu buah dan hanya letakkan buah yang sudah masak ke dalam peti sejuk. Suhu sejuk akan melambatkan pengeluaran gas ethylene dan buatkan buah masak tersebut tahan lama.
Asingkan sayur-sayuran dan buah-buahan sebelum diletakkan di dalam peti sejuk.
Buah yang diletakkan di dalam peti sejuk masih lagi akan keluarkan gas ethylene dan akan menyebabkan sayur lebih cepat rosak.
Sebak bila mana balu Allahyarham Abam, iaitu Noor Hidayah Mohd Ali ternampak kereta arwah suami di atas jalan raya.
Suatu ketika dahulu, kereta jenis Toyota Vellfire yang dilihat melintasi kenderaannya itu pernah menjadi milik mereka. Namun kini, selepas pemergian suami kenderaan itu hanya tinggal kenangan.
Kongsi Hidayah di media sosialnya, “Hanya tinggal kenangan, kereta arwah suami.”
Bila Hamzah dah besar, ini la kereta Ayah, Ayah pernah cakap kereta ni untuk kelesaan anaknya. In sha Allah doakan Bisness Ibu berjaya. Aamin..”
Biila mana arwah suami pernah maklumkan kenderaan sebegitu untuk keselesaan anak, Hidayah memasang tekad untuk lebih maju dalam perniagaan. Agar dia dapat memberikan keselesaan itu kepada satu-satu permata hatinya, Hamzah.
Ternampak Kereta Arwah Suami..
Dalam pada itu, Hidayah memohon agar anaknya Hamzah, mendoakan kejayaan perniagaan yang diusahakan.
“Ternampak kereta arwah suami BN 639 hanya tinggal kenangan Hanzah nanti doakan bisnes ibu berjaya boleh ibu beli kereta macam arwah ayah, ayah pernah kata untuk keselesaan anaknya.”
Dalam mencari rezeki untuk keluarga, Hidayah mengusahakan bisnes Sabun Daun Sukun.
Doakan Hidayah Besarkan Hamzah Jadi Anak Yang Baik
Perkongsian Hidayah itu mendapat simpati netizen yang turut merasai kesedihan ibu anak satu itu. Tak kurang juga, ada yang memberi kata-kata semangat kepadanya agar terus dimurahkan rezeki dan dapat membesarkan Hamzah menjadi anak yang baik.
Hidayah dan arwah Abam mendirikan rumah tangga pada 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Syed Uthman Hamzah Al Juffrey.
Kini Hamzah berusia dua tahun.
Allahyarham Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 10 Februari 2020 ketika usianya 32 tahun.
Pelakon Ashraf Muslim, yang juga bapa kepada empat orang anak ini berkongsi tip mendidik anak bongsunya baca Iqra. Jelas terpancar kesabaran bapa ini semasa mengajar Iqra di rumah.
Pesan Ahsraf tak perlu nak marah-marah anak kecil jika tersalah baca. Asalkan anak bongsunya Safiyyah selesa dengan pengajarannya.
Sememangnya mengajar anak kecil ini memerlukan kesabaran yang tinggi daripada kedua ibu bapa. Begini Ashraf kongsikan cara bertenang ajar anak mengaji.
“Kira boleh bacalah tu..” tulisnya yang turut berkongsi video Safiyyah membaca Iqra.
“Bukan senang nak ajar si Safiyyah yang 3 tahun ni. Tapi bila dia tengok abang-abang dan kakak dia baca, dia pun nak jugak. Itupun kita dah seronok.”
Tipnya Sabar, Tak Perlu Marah-marah Kalau Anak Salah Baca Iqra
Nak ajar anak baca Iqraq kena sabar dan bagi dia minat serta suka untuk baca. Jangan marah-marah anak-anak kalau salah baca. Bagi anak-anak selesa.
InsyaAllah road to read Al-Quran akan tercapai tak lama lagi. Nak sangat anak-anak cepat baca Quran supaya dia boleh jadikan amalan dia setiap hari.
Kepada mak ayah ingatlah tanggungjawab kita untuk mendidik anak-anak.
Didiklah dengan penuh kasih sayang dan janganlah sesekali berputus asa. Urus masa kita dengan baik bukan sahaja untuk kerja, tapi keluarga pun nak kena ada masa.
InsyaAllah barulah berjaya dunia dan akhirat.
Ashraf Muslim mendirikan rumah tangga dengan Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi. Perkahwinan bersama Noor Dayana dikurniakan cahaya mata lelaki, Anas.
Dan perkahwinan bersama Sakinah, diserikan dengan kehadiran, Sarah, Adam dan Safiyyah.
Tragedi kematian 6 anggota penyelamat bomba dalam operasi mencari dan menyelamatkan mangsa lemas di lombong Taman Putra Perdana, Puchong malam tadi cukup menyayat hati. Rakyat Malaysia diselubungi duka dan turut berkongsi rasa sebak serta simpati atas kehilangan keenam-enam wira negara ini.
Betapa besarnya pengorbanan mereka ketika menjalankan tugas, sehingga nyawa yang dipertaruhkan dan menjadi galang ganti.Ternyata mereka merupakan unit elit khas yang mempunyai kepakaran tersendiri, namun ajal menjemput bila tiba masanya dan ditakdirkan terpilih gugur sebagai seorang syahid. Satu kehilangan besar buat negara kita.
Pelakon Sharnaaz Ahmad Berkongsi Luahan Rasa
Pelakon Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad,32 merupakan antara selebriti yang sangat terkesan dengan kematian anggota penyelamat bomba ini. Mana kan tidak, pelakon ini pernah menimba pengalaman sebagai anggota penyelamat bomba sewaktu menjalani penggambaran drama bersiri 13 episod “Hero” pada tahun 2016 dahulu.
Membawakan watak Khalid didalam drama bersiri tersebut ketika itu, ayah kepada Jebat Jayden ini mengakui pernah bekerja, bergurau dan bergelak tawa dengan anggota penyelamat bomba yang terkorban ini. Pelakon ini turut menjelaskan anggota penyelamat yang terkorban adalah sangat terlatih dan mahir dalam misi menyelamat, namun ditakdirkan ajal menjemput ketika mereka menjalankan tugas.
“Saya pernah bekerja, bergurau, bergelak dengan mereka dan mereka adalah yang terbaik dalam unit di air Malaysia, mereka adalah unit elit khas.. dan kehilangan yang sangat terasa buat unit di air bomba malaysia.. dan mereka sangat terlatih dan mahir dalam misi menyelamat.. banyak kes mereka bersabung nyawa dan berjaya selamatkan.. tetapi kali ini mereka dijemput oleh Allah atas tugas mereka.”
Sharnaaz turut mendoakan kesejahteraan keenam-keenam anggota bomba ini dan mengharapkan mereka dikurniakan dengan kematian syahid yang paling indah.
“Saya sangat terkesan dengan kehilangan unit di air bomba malaysia.. mereka telah gugur dan syahid ketika melakukan kebaikan.. Semoga Allah luaskan kubur mereka dan jadikan kematian ini syahid yang paling indah buat ke enam-enam hero sebenar malaysia.. @jabatanbombadanpenyelamat telah kehilangan aset paling besar negara.”
Mingguan Wanita mengucapkan salam takziah pada ahli keluarga mangsa yang terkorban.Semoga roh mereka semua dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa-dosanya dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman & beramal soleh.
Amin Ya Rabbal Alamin
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.