Nak cantik tak semestinya kena pakai produk mahal-mahal, cuma pakai masker beras pun jadi. Untuk anda yang suka guna bahan alami, anda boleh cuba petua cantikkan kulit wajah oleh Puan Arieza Rieza ini, akhirnya kesan ke atas kulitnya sangat mengejutkan dan bertambah baik! Jom cuba dan ‘godek’ rahsia cantiknya…
Semua orang pasti nak cantik, kan?
Jom cuba pakai masker beras.
Kebaikan masker beras susu:
* Boleh mengurangkan minyak kt muka
* Kecilkan liang pori
* Anti penuaan
Ini bahan biasa kat rumah jadi akan ambil masa untuk recover balik wajah anda. Bukan macam produk luar yang ambil masa kesan seawal 3 hari.
Saya dah cuba hampir 2 bulan, alhamdulillah kulit muka dah baik. Sebelum ini kulit muka saya memang jenis sensitif. Selepas pakai masker basuh bersih-bersih dan perlu pakai apa-apa moisturizer yang sesuai dengan kulit muka.
Nak kulit muka cantik kena lah rajin. Kalau boleh pakai sehari 2 kali.
1. Kisar beras. Kalau boleh beras pulut banyak pun tak apa. BKisar halus ok.
2. Kemudian ambik 1 sudu makan beras yang sudah dikisar masuk dalam bekas dadih dan kemudian masuk susu full cream. Jangan cair sangat, kacau-kacau dan masuk dalam peti sejuk. Biar semalaman, boleh tahan sampai seminggu. Pastikan sentiasa tertutup.
Baki beras boleh simpan dalam bekas lain.