2 Biji Tayar Hilang Dicuri, Gadis Nasihat Hati-Hati Parking Kereta Di KTM Teluk Pulai

Share

2 biji tayar kena curi, gadis nasihat hati-hati parking kereta di KTM Teluk Pulai. Kasihannya apabila tayar dicuri di tempat letak kenderaan, apatah lagi insiden ini berlaku di malam hari ketika diri seorang diri. Pastinya rasa panik dan tak tahu apa yang perlu dilakukan.

2 Biji Tayar Hilang Dicuri

Dalam video perkongsian di Tiktok mspetite, gadis ini menuju ke keretanya dan sangat terperanjat apabila 2 biji tayarnya hilang dicuri tempat letak kenderaan tersebut.Kejadian kecurian tayar tersebut dikatakan berlaku di Stesen Keretapi Teluk Pulai, Klang.

Ramai Kena Curi Tayar

Menurut gadis ini lagi, kes kecurian tayar ini bukan kejadian kali pertama. Ramai yang pernah mengalami insiden ini di kawasan ini.Malah turut menasihatkan supaya lebih berhati-hati apabila ingin meletakkan kenderaan.

Gadis ini juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada orang kampung yang datang membantunya dalam kejadian tersebut.

“Terima kasih orang kampung yang datang tolong, diorang cakap hari sebelumnya ada kereta Axia pun kena juga kat sini,” ujarnya.

Pasang ‘Special Lock Nut’

Selain itu, diruangan komen, ada yang turut menasihatkan supaya membeli ‘special lock nut’,

pasang sebiji setiap tayar.Ia bagi mengelakkan kejadian curi tayar ini mudah berlaku.

“Beli special nut, pasang sebiji setiap tayar. ade duit lebih pasang setiap tayar. tools bukak special nut tu simpan dalam kreta. senang nak cari.

Semoga Bermanfaat!

@mspetite__ Korang yang park kereta tuu hati-hati la ya..maafkan suara gelabahku yang bingit 🤧 doakan saya #curitayar #ktm #fyp ♬ original sound – N A M S
@mspetite__ Replying to @Shera hashim ♬ original sound – N A M S

Mesti Baca:Tayar Kereta Kempis, Begini Cara Beginner Tampal Sendiri Guna ‘Cacing’
Baca Lagi Di Sini:Tip Beli Tayar Kereta, Banyak Kemalangan Berpunca Daripada Kes Tayar Pecah
Artikel Menarik:Sebelum Nak Tukar Tayar Kereta, Teliti Dahulu 3 Perkara Ini Untuk Elak Ditipu

Mingguan Wanita: Semoga menjadi peringatan juga buat kita supaya meletak kenderaan ditempat lebih selamat dan terang bagi mengelakkan kejadian tidak diingini sebegini berlaku.

Sumber: Tiktok mspetite

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab