2 biji tayar kena curi, gadis nasihat hati-hati parking kereta di KTM Teluk Pulai. Kasihannya apabila tayar dicuri di tempat letak kenderaan, apatah lagi insiden ini berlaku di malam hari ketika diri seorang diri. Pastinya rasa panik dan tak tahu apa yang perlu dilakukan.
2 Biji Tayar Hilang Dicuri
Dalam video perkongsian di Tiktok mspetite, gadis ini menuju ke keretanya dan sangat terperanjat apabila 2 biji tayarnya hilang dicuri tempat letak kenderaan tersebut.Kejadian kecurian tayar tersebut dikatakan berlaku di Stesen Keretapi Teluk Pulai, Klang.
Ramai Kena Curi Tayar
Menurut gadis ini lagi, kes kecurian tayar ini bukan kejadian kali pertama. Ramai yang pernah mengalami insiden ini di kawasan ini.Malah turut menasihatkan supaya lebih berhati-hati apabila ingin meletakkan kenderaan.
Ads
Gadis ini juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada orang kampung yang datang membantunya dalam kejadian tersebut.
“Terima kasih orang kampung yang datang tolong, diorang cakap hari sebelumnya ada kereta Axia pun kena juga kat sini,” ujarnya.
Selain itu, diruangan komen, ada yang turut menasihatkan supaya membeli ‘special lock nut’, pasang sebiji setiap tayar.Ia bagi mengelakkan kejadian curi tayar ini mudah berlaku.
“Beli special nut, pasang sebiji setiap tayar. ade duit lebih pasang setiap tayar. tools bukak special nut tu simpan dalam kreta. senang nak cari.
Mingguan Wanita: Semoga menjadi peringatan juga buat kita supaya meletak kenderaan ditempat lebih selamat dan terang bagi mengelakkan kejadian tidak diingini sebegini berlaku.
Isteri pertama kongsi tip hidup berpoligami. Misya Mazlan yang juga madu kepada Marissa Dania anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi akui tidak akan mengganggu suami apabila tiba giliran suami bersama Marissa.
Tidak semua wanita reda dengan tindakan suami berkahwin satu lagi kerana dikhuatiri akan wujud pelbagai konflik seperti tiada keharmonian dan kerapuhan dalam rumah tangga yang dibina.
Hidup bermadu juga bukan mudah, namun terpulang pada kita untuk menambahkan lagi kesusahan tersebut atau berusaha untuk menjadikan ia lebih senang sedikit.
Isteri Pertama Kongsi Tip Hidup Berpoligami
Sebelum ini heboh tentang perkahwinan antara Marissa dan juga Aslam. Aslam merupakan suami kepada Umisya Mazlan atau lebih mesra disapa Misya Mazlan. Kini Misya sudah reda dan berdamai dengan takdir yang suaminya sudahpun menduakan dirinya.
Terbaru menerusi perkongsian menerusi siaran langsung di Tik Tok, Misya menjelaskan dirinya tidak akan berhubung dengan Aslam ketika giliran bersama madunya.
“Giliran sana (Marissa) atau giliran sini, abaikan sahaja. Lelaki ini cepat rimas.
“Kalau saya tidak mahu berfikir yang bukan-bukan, saya tidak akan hubungi Aslam. Itu tip saya, tidak hubungi atau tengok apa-apa. Abaikan.
“Tapi sekiranya saya nak keluar, saya beritahu. Kalau tak, memang saya tak hubunginya sebab tak suka kalau telefon nanti saya rasa macam nak tanya bukan-bukan.
“Tapi kalau macam saya nak keluar, saya beritahu dialah. Kalau tak, memang saya tak hubungi dia sebab saya tidak suka sebab kalau contact nanti saya rasa macam nak tanya bukan-bukan,” ungkapnya.
Bijak Kawal Emosi
Bukan itu saja malah menerusi rakaman video yang dimuat naik semula, Misya juga berkongsi tip mengawal emosi.
“Mengelakkan emosi dan pergaduhan, tak perlu tanya.
“Tip untuk mengawal emosi bila mana kita memilih untuk stay jadi kita kena terimalah kesan dan akibatnya.
“Tapi tengok keadaan jugalah, setakat ini tidak ada yang mengalah. Buat apa saya nak mengalah. Kita buat tak tahu, abaikan, abaikan dan abaikan.
“Saya pun tidak tahu kenapa perlu membanding-bandingkan sebab saya adalah saya dan dia adalah dia. Tak perlu nak bandingkan kami,” katanya.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dua beradik maut dilanggar, ibu kongsi arrwah sering bertanya bila mahu beli baju raya. Keterujaan menyambut aidilfitri dan bertanyakan bilakah mahu dibelikan baju raya ternyata pakaian dipakai lebih indah buat dua beradik Ahmad Zuhal Norazlan, 17, dan adiknya, Ahmad Marikh, 13 yang dijemput Allah dalam bulan Ramadan, ketika mahu menuntut ilmu dan di usia cukup muda.
Ternyata tiga lapisan kain berwarna putih menutup tubuh mereka, ianya lebih indah dari sepersalinan baju raya berwarna warni yang sering kita gayakan di Aidilfitri. Benarlah manusia itu hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan segala-galanya.
Dua Beradik Maut Dilanggar
Arwah Ahmad Marikh sering bertanya bilakah mahu membeli baju raya namun kerana ibunya belum gaji, hasrat itu nyata tertangguh.
Longlai diuji kehilangan dua anak sekaligus dalam sekelip mata, jelas Norzalifa Mohd Yusof, 35, dia dan suami merancang membawa anak-anaknya itu untuk membeli pakaian raya tambahan lagi Ahmad Marikh sering bertanyakan tema yang akan dipakai pada lebaran nanti.
Ibu Kongsi Arwah Sering Bertanya Bila Mahu Beli Baju Raya
Menurutnya, anak bongsunya itu dilihat teruja untuk membeli pakaian raya ketika mereka bersahur bersama.
“Adik (Marikh) paling gembira sering bertanyakan baju raya baru untuk dipakai nanti, tema apa. Masa itu saya belum gaji lagi dan minta dia bersabar.
“Tetapi saya memang ada hasrat nak bawa mereka pergi beli baju raya malam ini (Jumaat) selepas beberapa kali tertangguh.
“Adik cakap seronok sebab lagi seminggu nak raya dan dia beritahu perlu pakai baju raya ketika sambutan raya di sekolah nanti,” katanya ketika ditemui di Tanah Wakaf Perkuburan Islam Kampung Perik, Enggor di sini.
Tetapi hasrat itu tidak tercapai apabila keduanya dijemput Allah SWT pagi Jumaat semalam ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kilometer 38 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar berhampiran Taman Desa Salak.
Dalam nahas jam 7.12 pagi itu, Ahmad Zuhal Norazlan, 17, dan adiknya, Ahmad Marikh, 13, masing-masing pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Beluru di sini, mengalami kecederaan parah dan maut di lokasi kejadian.
Memetik laporan Sinar Harian, Norzalifa yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah sekolah di Kuala Kangsar berkata, kedua anaknya itu sering menaiki motosikal untuk ke sekolah yang terletak sembilan kilometer dari rumah mereka, Kampung Salak Stesen di sini.
“Saya keluar dahulu untuk ‘punch card’ barulah mereka keluar pergi sekolah. Sepatutnya mereka berkonvoi bersama anak ketiga, Ahmad Musytari, 16, tetapi hari ini dia tidak mahu pergi sekolah.
“Baru beberapa minit sampai, rakan telefon beritahu anak kemalangan dan telah pun menghembuskan nafas terakhir.
“Saya bergegas balik dan lihat mereka terbaring sudah bertutup dengan kain putih. Tak sangka walaupun susah nak terima tapi kami sekeluarga reda,” katanya.
Tambah Norzalifa, kedua-dua anaknya itu sangat rapat dan menyifarkan mereka sebagai anak yang ringan tulang membantu keluarga.
“Mereka tidur bersama walaupun sering bercakaran setiap kali jumpa. Ada sahaja gaduhnya tetapi keletah merekalah yang menceriakan kami.
“Raya nanti tiada persiapan pun dibuat melainkan kuih raya yang sempat kami buat bersama-sama,” katanya.
Terdahulu, jenazah dua beradik disolatkan di Masjid Kariah Salak, Kampung Perik oleh kira-kira 200 jemaah selepas solat Jumaat sebelum dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Wakaf Perkuburan Islam Kampung Perik, Enggor di sini.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, kemalangan berlaku apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda dari arah Kuala Kangsar ke Ipoh telah memasuki simpang kanan secara mengejut, menyebabkan berlaku pelanggaran dengan motosikal Honda EX5 mangsa yang datang dari arah bertentangan.
“Nahas itu menyebabkan penunggang dan pembonceng motosikal parah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kenderaan terbabit melarikan diri.
“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan politrauma dengan kecederaan leher atau patah serviks,” katanya.
Tambah beliau, polis berjaya menahan pemandu kenderaan pacuan empat roda berusia 50-an berkenaan sekitar jam 1.20 tengah hari oleh anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Polis Salak di sebuah kebun.
“Suspek yang bekerja sebagai kontraktor itu telah ditahan dan ujian awal saringan air kencing mendapati keputusannya adalah negatif.
“Kita juga telah mengambil sampel darah suspek untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi siasatan lanjut. Kenderaan suspek turut dirampas,” katanya.
Menurut beliau, permohonan reman akan dibuat pada Sabtu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
“Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mak-mak memang suka simpan lauk basah banyak-banyak dalam peti, senang nak masak dan lebih bersih masak sendiri. Sedap pun sedap!
Tetapi kalau tak kena cara, stok yang disimpan itu cepat busuk dan tak segar. Nak tahu macam mana cara yang betul simpan sayur dan lauk ikan basah, anda boleh cedok idea Puan Cik CA ini…
Cara Simpan Sayur
Sayur tak perlu basuh cuma simpan dalam bekas yang lapik tisu dapur jenis yang kuat serap air dengan kedap udara. Tak perlu lembabkan pun. Bila nak guna baru basuh bersih rendam 3-5 minit dengan air garam bagi hilang kotor.
Insyaallah tahan segar berminggu. Kalau nampak tisu pada bahagian bawah lembab dah sbb air turun terutama timun, tomato, cili, sila tukar tisu. Guna tisu dapur yang kuat sikit serap airnya. 2 lapisan dan lipat ea. Ini cara CA.
Simpan Lauk Ikan
Ikan keli nak buang hanyir basuh dengan gandum dan buang darah pekat. Sama juga ikan lain. Darah pekat yang melekat pada celah-celah tu gosok. Baru tak hanyir.
Nasib baik CA giliran sayur ja. Kalau tak jenuh nak basuh susun barang basah. Yang jenis kerja berat kita bagi pada incik somi ja.
So nak makan kuarkan bekas dan rendam. Terus habiskan. Ayam ikan daging segar sbb tak keluar masuk direndam banyak kali.
Siapa geng camni sepp sekali!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!