2 Beranak Dikebumi Satu Liang Lahat, Isteri & Anak Perempuan Parah Kemalangan Perodua Kancil

Share

2 beranak dikebumi satu liang lahat, isteri & anak perempuan parah kemalangan perodua Kancil. Tidak lambat sesaat, tidak juga cepat seminit. Saat ajal tiba, itulah janji Allah pada setiap makhluk ciptaanNya.

Satu kemalangan ngeri melibatkan perodua Kancil mengakibatkan dua  beranak maut selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan dengan dua kenderaan lain di Kilometer 276.9 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan, dekat sini 5 Ogos lalu.

Dalam kejadian jam 11.30 malam, pemandu Perodua Kancil itu maut di lokasi kejadian manakala anaknya yang berusia dua tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

2 Beranak Dikebumi Satu Liang Lahat

Dari perkongsian rakan mengenali arwah, Wan Tacchini,  diberitakan arwah Shahrul Nizam bin Ahmad atau mesra disapa Adeq KJ meninggal akibat kecederaan parah di kepala manakala anak lelakinya turut mengalami kecederaan parah di tubuh selepas tayar kereta dinaiki pecah lalu terbabas sebelum dilanggar sebuah kenderaan lain. Kedua beranak ini telah selamat dikebumikan di Beranang dalam satu liang lahat.

Arwah dan anak lelakinya telah selamat dikebumikan dalam satu liang lahat manakala isteri dan anak perempuannya dilaporkan parah
Rakan-rakan baik arwah menziarahi dan hadir di pengkebumian

Isteri & Anak Perempuan Parah Kemalangan Perodua Kancil

Masa yang sama, isteri dan anak perempuannya berusia 5 tahun parah dan masih menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, hasil siasatan awal mendapati kereta dipandu mangsa dalam perjalanan dari Kajang menuju ke Melaka.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, tayar kereta itu disyaki pecah menyebabkan kenderaan terbabit hilang kawalan dan melanggar besi penghadang pembahagi jalan di lorong kanan.

“Sebuah Perodua Myvi yang berada di lorong kanan tidak sempat mengelak dan dikatakan melanggar Perodua Kancil itu dan Perodua Myvi lain yang berada di lorong kedua,” katanya dalam kenyataan media.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- “Abang Janji Nak Balik Hari Ini..” Jenazah Jurulatih Tragedi Bom Lempar Selamat Dikebumikan

Rahsia Alam Kubur, Anggota Tubuh Mana Akan Pecah Dahulu Pada Malam Pertama Kita Dikebumikan

Kurang 12 Jam, Ayah Susuli Pemergian Anak! Akhirnya DiKebumikan Satu Liang Lahad

Kancil yang dipasang enjin turbo ini dilihat gagal mengawal kenderaan selepas tayarnya pecah lalu melanggar pembahagi jalan.
Beginilah kenderaan Kancil yang agak remuk selepas terlibat kemalangan ini

Abdul Malik berkata, pemandu Perodua Kancil yang juga lelaki berusia 30 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Anaknya meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban pada jam 7.40 pagi tadi.

“Isterinya yang berumur 27 tahun serta seorang lagi anak berusia lima tahun dilaporkan mengalami kecederaan parah. Dua pemandu dan seorang penumpang kenderaan lain mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Abdul Malik berkata, mangsa yang cedera dikejarkan ke HTJ dan Hospital Kajang untuk menerima rawatan manakala mangsa yang maut dibawa ke HTJ bagi proses bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta hubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai Inspektor Nor Fadzilah Mohd Zainuddin di talian 019- 4611794.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Jangan pandang sebelah mata. Bukan setakat cantik dan berbakat tapi bijak lagi. Antara selebriti wanita tanahair yang ‘Beauty With Brain’ ye.

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros