2 beradik rentung dalam kebakaran, cuba lari keluar namun terperangkap di sebalik pintu jerigi. Takdir yang tertulis buat dua beradik apabila meninggal dalam kebakaran di Jalan Simpang Tiga terperangkap di sebalik jerigi besi pagi tadi.
Usaha dua beradik, Nur Syaza Alfisya, 9, dan adik lelakinya berusia tujuh tahun, Muhammad Al Qayyum berlari keluar saat menyedari rumah terbakar tidak menjadi kenyataan apabila keduanya ditemui rentung.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.53 pagi.
“Seramai 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dan Rawang termasuk Pasukan Bomba Sukarelawan (PBS) dikejarkan ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Norazam berkata, semasa kejadian, ibu bapa mangsa tiada di rumah dan mangsa dipercayai cuba keluar berdasarkan keadaan mayat, namun pintu jeriji dalam keadaan terkunci.
Jelasnya, kebakaran itu melibatkan sebuah rumah teres kelas A berkeluasan 6×24 meter persegi dengan 70 peratus terbakar.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Luka Melecur Agak Kritikal Hampir 70 Peratus Terbakar, Bakal Pengantin Terpaksa Ditidurkan!
Baru Seminggu Balik Umrah, Hati Suami Luluh Saksikan Isteri Terbakar Dalam Kereta
“Kesan Terbakar Di Tangan,” Murid Tahun 6 Maut Dipanah Petir Ketika Guna Telefon Bimbit!
Abang Bomba Ajar Padam Dapur Terbakar BUKAN Siram Air, Gunalah Tuala Basah, Elak Merebak!
Dalam pada itu, datuk kepada dua beradik syurga ini, Lokman Marni, berkata, dia redha dengan takdir yang tertulis namun sering kali mengingatkan anak-anak agar tidak mengunci pintu jerigi kerana bimbang sesautu terjadi tetapi akhirnya menjadi kenyataan.
Memetik laporan Sinar Harian, Lokman berkata, dia pernah berpesan sebelum ini agar jangan kunci pintu jeriji.
Lokman Marni, 53, berkata ingatan tersebut diberikan kepada anak dan menantunya kerana bimbangkan seandainya berlaku perkara buruk.
“Saya selalu ingatkan agar pintu jeriji jangan dikunci kalau keluar ke mana-mana, risau kalau berlaku perkara tidak diingini.
Menurutnya, ketika kejadian anak dan menantunya keluar makan kira-kira jam 3 pagi.
“Saya difahamkan mereka keluar makan ketika kejadian, dapat tahu kejadian menerusi panggilan telefon daripada jiran.
Dalam pada itu, Lokman mengakui dia amat sedih kehilangan dua cucunya yang ketika ini sedang menunggu kehadiran cucu ketiga tidak lama lagi.
“Anak saya sedang sarat mengandung lapan bulan, ujian ini amat berat untuk kami sekeluarga tempuhi.
“Kali terakhir saya bertemu mereka berdua ketika majlis hari lahir saya di Sungai Besar, Sabak Bernam pada 26 Disember lalu,” katanya.
Jelasnya, kedua-dua cucunya berkelakuan seperti biasa dan tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika itu.
“Kedua-dua mereka memang manja dengan saya, tak ada sebarang perubahan pada tingkah laku mereka,” tambahnya lagi.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.