2 beradik rentung dalam kebakaran, cuba lari keluar namun terperangkap di sebalik pintu jerigi. Takdir yang tertulis buat dua beradik apabila meninggal dalam kebakaran di Jalan Simpang Tiga terperangkap di sebalik jerigi besi pagi tadi.
Usaha dua beradik, Nur Syaza Alfisya, 9, dan adik lelakinya berusia tujuh tahun, Muhammad Al Qayyum berlari keluar saat menyedari rumah terbakar tidak menjadi kenyataan apabila keduanya ditemui rentung.
2 Beradik Rentung Dalam Kebakaran
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.53 pagi.
“Seramai 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dan Rawang termasuk Pasukan Bomba Sukarelawan (PBS) dikejarkan ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Norazam berkata, semasa kejadian, ibu bapa mangsa tiada di rumah dan mangsa dipercayai cuba keluar berdasarkan keadaan mayat, namun pintu jeriji dalam keadaan terkunci.
Jelasnya, kebakaran itu melibatkan sebuah rumah teres kelas A berkeluasan 6×24 meter persegi dengan 70 peratus terbakar.
Dalam pada itu, datuk kepada dua beradik syurga ini, Lokman Marni, berkata, dia redha dengan takdir yang tertulis namun sering kali mengingatkan anak-anak agar tidak mengunci pintu jerigi kerana bimbang sesautu terjadi tetapi akhirnya menjadi kenyataan.
Ads
Memetik laporan Sinar Harian, Lokman berkata, dia pernah berpesan sebelum ini agar jangan kunci pintu jeriji.
Lokman Marni, 53, berkata ingatan tersebut diberikan kepada anak dan menantunya kerana bimbangkan seandainya berlaku perkara buruk.
“Saya selalu ingatkan agar pintu jeriji jangan dikunci kalau keluar ke mana-mana, risau kalau berlaku perkara tidak diingini.
“Tak sangka kejadian sebegini menimpa dua cucu saya, namun saya redha dengan apa yang berlaku, ALLAH lebih sayangkan kedua-dua cucu saya ini,” katanya ketika ditemui di lokasi kebakaran pada Isnin.
Menurutnya, ketika kejadian anak dan menantunya keluar makan kira-kira jam 3 pagi.
Ads
“Saya difahamkan mereka keluar makan ketika kejadian, dapat tahu kejadian menerusi panggilan telefon daripada jiran.
“Anak saya tak dapat masuk sebab masa itu bomba sedang padam kebakaran,”ujarnya.
Dalam pada itu, Lokman mengakui dia amat sedih kehilangan dua cucunya yang ketika ini sedang menunggu kehadiran cucu ketiga tidak lama lagi.
“Anak saya sedang sarat mengandung lapan bulan, ujian ini amat berat untuk kami sekeluarga tempuhi.
“Kali terakhir saya bertemu mereka berdua ketika majlis hari lahir saya di Sungai Besar, Sabak Bernam pada 26 Disember lalu,” katanya.
Jelasnya, kedua-dua cucunya berkelakuan seperti biasa dan tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika itu.
“Kedua-dua mereka memang manja dengan saya, tak ada sebarang perubahan pada tingkah laku mereka,” tambahnya lagi.
Resipi donut gebu gebas red velvet viral, rasanya teramat sedap. Mak-mak gerenti suka dengan donut red velvet yang sedang popular sekarang. Ini kerana warnanya sangat menarik dan paling penting rasanya sedap. Masa yang sama, adunannya membuatkan donut gebu gebas.
Bagi kaum ibu yang nak mencuba resipi donut red valvet, bolehlah cuba resipi dikongsikan oleh Eira Aziera ini. Gerenti jadi dan paling penting sedap.
Resepi donut red velvet
Bahan A
3 sudu besar yis 3 sudu besar gula
Air suam (air tak boleh terlalu panas & terlalu sejuk. Nanti yis mati dan tak kembang. Satukan bahan di atas. Kacau sebati sampai berbuih dan tunggu sampai yis kembang
Bahan B
1 kg tepung gandum 3 sudu besar marjerin 3 sudu susu pekat 2 sudu red velvet emulco (saya bancuh dengan dengan air sedikit) Secubit garam
Cantik je warnanya kan. Nak makan pun sayang sangat. Gebu je tengokMak-mak boleh pilih nak salut gula ke atau coklat. Pilihan masing-masing
Gaulkan bahan-bahan sampai sebati. Lepas tu masukkan bahan A. Uli sampai licin dan tak melekat di tangan. Rehatkan doh dalam bekas yang tertutup sampai doh kembang. Lepas doh kembang, tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut tadi.
Goreng dengan minyak panas dan api sederhana kecil. Siap goreng, boleh salutkan dengan gula atau coklat. Ikut cita rasa masing-masing.Senangkan, jadi mak-mak boleh mencuba buat ya. Kredit :- Eira Aziera
Melihat hantaran video menerusi Instagram Datuk Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera, 40, mengalir air mata penulis.
Anak istimewa anugerah Allah ini membaca sepotong doa buat hari jadi ayah kesayangannya.
Mengalir Air Mata Dengar Zara Adelia Baca Doa Hari Jadi, Datuk Adi Putra
Menerima kapsyen di entri video tersebut juga Adi Putra berasa sungguh sebak bila mendengar puteri kesayangannya membacakan doa.
“Saya sangat sebak bila putri saya Zara Adelia yang tak boleh mendengar dan bercakap membacakan doa selamat buat hari jadi saya.
Hadiah Istimewa Tak Dapat Di beli Di Mana-Mana
“Allahu, bergenang air mata saya. Allah saja yang tahu. Inilah hadiah paling cukup istimewa yang tak dapat beli dimana-mana. Terima kasih isteriku, Az-Zahra, Nani, yang meraikan ulang tahun ku ke 40 Tahun. Perasaan sangat bersyukur yang pernah di pesan Habib Ali Zaenal Abidin. Allahuakhbar” tulisnya.
Mengimbas kembali temubual menerusi Majalah Nona (terbitan NU Ideaktiv), isteri kepada Adi Putra, Datin Aida Yusof pernah berkongsi mengenai dua anak angkatnya iaitu Az Zahra dan Zara Adelia.
Waktu mereka kecil lagi Aida sudah menyusukan kedua-duanya. Zahra dan Adelia masing-masing berusia 9 tahun Cuma beza sebulan saja.
“Zahra yang sulung, normal seperti kanak-kanak lain cuma Adelia ni sebenarnya anak OKU. Dia anak istimewa, tak boleh bercakap dan dengar. Kami dapat tahu keistimewaan Adelia ni masa masih bayi lagi bila dia tak tunjukkan sebarang reaksi terkejut dan seumpamanya,” jelas Aida.
Seawal 7.30 pagi galeri awam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dipenuhi dengan ahli keluarga Allahyarham Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman dan ahli keluarga tertuduh dari kalangan penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang akan mendengar keputusan akhir hakim.
Di atas pembelaan seorang ayah, Zulkarnain Idros, 55 terhadap kematian anaknya yang dipercayai akibat dibuli. Dua tahun lamanya, ayah ini dan ibu mangsa, Hawa Osman, 56 turun naik mahkamah menuntut pembelaan, berdoa agar Allah tunjukkan jalan kebenaran.
Sebaik Hakim, Datuk Azman Abdullah memberikan keputusan, memerintahkan 18 penuntut UPNM membela diri dalam kes kematian Zulfarhan, kedua ayah ini tak dapat menahan air mata.
Ketika keluar dari galeri awam mahkamah, pasangan suami isteri ini menangis. Dan Zulkarnain melakukan sujud syukur.
Suasana hiba menyelubungi ruang mahkamah. Seakan dapat merasai apa yang ibu ayah ini telah lalui.
Dihantui bayangan anak yang sentiasa ada dalam setiap doanya.
“Pemergiannya masih terasa. Setiap malam saya terdengar suaranya. Apabila Hari Raya terasa dia tak ada. Saya tak akan lupakan arwah.” Sebak Zulkarnain berkongsi rasa.
Doa Ibu Ayah Zulfarhan Dimakbulkan Ilahi
Dalam pada itu, dia bersyukur kepada Allah dengan keputusan mahkamah yang memihak kepadanya.
“Syukur atas Ilahi. Doa kami dimakbulkan Allah supaya pesalah mendapat pembalasan.”
Sementara ibu allahyarham, mengucapkan terima kasih di atas doa rakyat Malaysia kepada mereka. “Saya bersyukur kepada ALLAH SWT kerana bagi keputusan yang benar.”
Keputusan hakim mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan.
Yang mana lima tertuduh, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri membela diri atas pertuduhan membunuh Zulfarhan Osman, manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali juga diperintah membela diri atas pertuduhan bersubahat membunuh mangsa.
Kesemua tertuduh yang berusia 23 tahun itu didakwa melakukan perbuatan itu di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017.
Enam tertuduh ini bersama 12 penuntut yang lain perlu membela diri untuk pertudungan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa dengan maksud memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba.
Walau bagaimanapun seorang penuntut, Muhammad Akmal Akif Alias, 23 dilepaskan dan dibebaskan dari pertuduhan mencederakan Allahyarham.
Pertuduhan terhadap kesemua tertuduh yang berusia 23 tahun ini dibuat mengikut seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
MW : Mendoakan agar kematian Zulfarhan mendapat pembelaan yang setimpal. Sungguh! menakutkan dengan kes buli yang semakin menjadi-jadi sekarang ini. Semoga ramai pihak membuka mata dan jadikan pengajaran kes buli allahyarham Zulfarhan ini.
Buli bukan perkara yang boleh dipandang enteng. Dan buli bukan saja pada fizikal, malah buli emosi itu lebih parah lagi kesannya.
Sumber/Foto : Harian Metro, Sinar Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Benarlah segala kekuatan seorang wanita ada pada Tun Dr. Siti Hasmah. Mingguan Wanita begitu tertarik dengan perkongsian seorang wanita ibu tunggal yang bernama Puan...