Kecantikan

2 Bahan Ini Jadikan Bibir Kering Dan Jenis Menggelupas Berubah Cantik Seperti Gadis Korea

Share

Aduhai muka dah cantik tapi bibir kering dan hitam. Sekali tengok dah macam asam kecut. Jangan begitu ye para wanita. Kita mesti jaga bibir agar tampil menawan. Bayangkan bicara yang terbit dari bibir yang cantik, pasti suami gila kepayang kan.

Minggu ini aku kongsikan petua yang confirm akan jadikan bibir kita menggoda. Bahan-bahan ini boleh didapati di dapur. Lakukan petua ini tiga kali seminggu, pasti cik abang memuji bibirmu itu. Selamat mencuba!

Skrub Sea Salt + Minyak Kelapa Buang Sel Kulit Mati

Bibir yang berkerak, kering dan pucat disebabkan oleh timbunan sel kulit mati. Bagi mengatasi masalah ini, anda perlu menyental bibir secara perlahan-lahan dengan menggunakan skrub khas.

Campurkan 1 sudu minyak kelapa ( sebaiknya gunakan minyak kelapa dara) bersama 1 sudu garam. Gaulkan bahan ini agar sebati. Kemudian, oleskan bahan ini pada bibir. Lakukan urutan bibir secara perlahan-lahan selama satu minit. Selepas itu bersihkan bibir dengan menggunakan kasih basah. Bibir akan lebih lembut dan halus kerana sel kulit mati sudah dibuang.

Madu + Limau Nipis Ramuan Istimewa

Cara yang paling senang untuk mendapatkan bibir yang merah dengan mengoles madu setiap hari pada bibir. Biarkan madu kering, lebih kurang 20 minit. Kemudian bersihkan bibir dengan hirisan limau nipis. Madu bertindak seperti masker yang merawat bibir dan mengekalkan kelembapan.

Published by
Intan