Sejak 19 tahun dulu, butik pengantin yang terletak di Changkat Jering, Perak ini telah memulakan bisnes majlis perancang perkahwinan dan salon rambut. Kemudiannya, diwariskan ke anaknya, Azie Mohamad Zaini.
Butik Sazliees Bridal Gallery & Hair Beauty Saloon ini, mula dibuka dari tahun 2000. Seiring peredaran zaman, baju pengantin di butik ini tetap direka dan dijahit sendiri oleh pemiliknya.
Menurut Azie, butik ini adalah peninggalan daripada arwah ayah dan ibu tercinta. Jadi, dia diberi mandat untuk meneruskan perniagaan keluarganya ini.
“Sebenarnya, saya mengambil butik peninggalan arwah ayah yang fokus menjalankan perkhidmatan majlis perancang perkahwinan dan salon rambut. Walaupun sudah 19 tahun berkecimpung dalam perniagaan ini, ia masih boleh dikatakan relevan dengan permintaan daripada pelanggan sekarang ini,” kata Azie memulakan bicara.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Dato Sri Siti Nurhaliza Teruja Bergaya Sedondon Dengan Aafiyah
Dikecam Netizen Tak Jejas Kebahagiaan Ardell & Adhwa
Info Lebih Menarik DI SINI
Kata Azie lagi, pengalaman dan dan tempoh butik ini yang agak lama, ia memberi kelebihan dengan menghasilkan banyak rekaan dan dekorasi untuk pelanggan.
“Tidak mustahillah, ramai pelanggan tetap dan tidak kurang juga pelanggan yang sanggup datang dari jauh kerana inginkan perkhidmatan dan percaya dengan hasil kerja kami,” tambahnya lagi.
Kebanyakan pelanggan butik ini juga tidak mengira lapisan masyarakat mahu pun berbilang kaum kerana apa yang butik Sazlees Bridal Gallery & Hair Beauty Saloon berikan adalah harga pakej yang fleksibel dan mengikut kemampuan pelanggan.
Ditanya tentang kelebihan yang ada pada butik ini berbanding butik pengantin lain, Azie memberitahu bahawa semua pakaian direka dan dijahit sendiri. Boleh dikatakan ia adalah rekaan sendiri.
“Oleh kerana trend sekarang lebih kepada less is more dan kembali kepada gaya tradisional, jadi sentuhan untuk kebaya tradisional tidaklah terlalu sarat. Begitu juga dengan pembuatan hiasan dan rekaan seperti kerawang yang dahulunya lebih berat dan material yang menggunakan kayu ukiran atau kayu jati.
“Sekarang rekaan kerawang lebih mudah dengan menggunakan span lebih ringan untuk dibawa dan teknik pencahaytaan pun lebih advance berbanding dahulu,” ulasnya tentang permintaan untuk rekaan pakaian sekarang ini.
Tambah Azie lagi, dari segi solekan pun tidak sama berbanding dahulu. Sekarang ini ramai bakat muda muncul dengan teknik dan gaya tersendiri.
Semua ini tidak memberi gentar pada Azie kerana kelebihan yang ada pada butiknya adalah mampu menghasilkan rekaan pakaian dan dekorasi pelamin sendiri tanpa perlu menempah dengan pihak ketika.
“Kami banyak menghasilkan karya sedni kami sendiri dan pastinya ia tidak ada pada butik-butik pengantin yang lain,” jelas Azie yang menerima tempahan sekurang-kurangnya empat majlis dalam sebulan.
Pengalaman yang dikuti selama 19 tahun telah mengajar Azie tentang asam garam dalam bidang ini.
“Bagi mereka yang masih baru dalam perniagaan ini, jangan terlalu obses untuk mengejar bisnes. Malah, ada yang sanggup menurunkan harga pakej pada kadar yang tidak masuk akal.
“Kita kena ingat ada pelbagai perbelanjaan yang harus kita tanggung seperti gaji pekerja, sewa kedai, upah lori dan sebagainya. Jika meletakkan harga yang terlalu rendah, sudah tentu kita tidak dapat menampung perbelanjaan, malah terpaksa keluar duit poket sendiri.
“Jadi, tetapkan harga dan percaya pada bakat dan kebolehan seni yang ada. Jika kita ikhlas, pasti pelanggan akan datang mendapatkan perkhidmatan kita. Percayalah rezeki itu datang dariNya dan usah ada sikap saling caras mencaras,” nasihatnya sebelum mengakhiri perbualan.
Foto: Koleksi Peribadi Butik Sazlees Bridal Gallery, Jalan Padang Besar, Changkat Jering, Perak.
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita