Manusia ini mudah sangat merungut. Asal isteri lambat bersiap pun merungut tak sabar nak tunggu lama. Bila anak tak dengar cakap pun kita marah tak puas hati. Apabila sering tak berpuas hati dalam hidup, maka yang indah-indah takkan menjelma dalam hidup kita.
Ini panduan bagaimana kita nak jalani kehidupan dengan lebih baik dan menerima setiap apa yang tuhan berikan. Tanpa ada rasa merungut atau tak berpuas hati.
1. Hidup setiap orang itu unik dan ujian yang tuhan beri sesuai dengan kemampuan seseorang. Jadi, janganlah nak bandingkan dengan fikiran ‘Oh dia lebih baik dari aku sebab dia anak orang kaya’, Walhal belum tentu dia dapat kasih sayang melimpah ruah seperti anda.
2. Setiap apa yang jadi pada diri kita itu sudah tuhan tentukan tujuan dan asbabnya. Jadi bersangka baiklah dengan Allah. Walaupun, ketentuanNya kadangkala amat pahit untuk kau telan.
3. Memaksa diri itu kerja bodoh. Sebabnya setiap manusia ini ada limitnya. Bila dah sampai masa atau tidak mampu lagi, berhentilah. Jangan terlalu lama duduk dalam situasi yang memenatkan atau menekan jiwa, bimbang kau akan terleka dan akhirnya kau stuck kat situ dan tak ke mana-mana pun.
4. Ada ketikanya kita perlukan gelak ketawa. Carilah sesuatu yang membahagiakan. Kawan-kawan yang menggembirakan, suami yang kelakar, lihat sisi anak yang mencuit hati. Ketawa takkan bawa anda ke ambang kematian pun. Kalau terlalu serius bimbang urat ketawa anda terlalu tegang dan akhirnya terputus.. ehh!
5. Kurang-kurangkanlah gossip kat laman Facebook tu. Sebabnya, ia cuma membuatkan anda tergolong dalam manusia yang ‘lagha’ dan sia-sia. Lebih baiklah buka al-Quran baca, ia akan menajamkan minda dan buat anda jauh lebih muda dari usia. (Andai amalkan apa yang dibaca).
Ads
6. Bersihkan kolam jiwa. Jangan asyik nak kondem orang ini tak kena, itu tak kena. Anda saja yang betul. Manusia ini mana ada yang maksum. Rasulullah s.a.w seorang saja manusia maksum yang dipelihara Allah agar dapat membimbing kita-kita yang senipis kulit bawang imannya.
7. Move on.. jangan nak fikir-fikir lagi benda menyakitkan hati yang dah terjadi. Kalau nak jadikan panduan hidup, dipersilakan. Tapi kalau sampai bawa ke mimpi dan buatkan anda tak boleh jalani kehidupan macam biasa itu dah parak namanya.
8. Bila orang lain ada ‘harta’ atau kesenangan, kau mula makan dalam. Jangan tuan puan, setiap orang ada rezeki masing-masing yang tuhan tetapkan. Dan percayalah ‘Allah tak pernah salah alamat dalam memberi rezeki kepada hambaNya’. Bila Dia kata itu kau punya, orang dengki macam mana sekalipun, ia tetap pergi kat kau dan tidak pula rezeki itu pergi kat dia. Jadi, berdoalah moga Allah sayang kita dan rahmati kita.
9. Nak benci orang? Janganlah… fikirlah kalau orang lain benci kita macam mana rasanya. Sakit hati kan? Lagipun siapalah kita nak benci makhluk yang diciptakan oleh Allah ini. Andai anda simpan rasa benci dalam hati, hati anda sebenarnya yang akan bernanah. Sebelum tidur, maafkanlah semua orang terutama orang yang paling anda tak suka tu. Itu adalah kejayaan paling besar yakni bila dapat memaafkan malah mendoakan orang yang anda benci. Tak percaya? Cubalah!
10. Masa ini singkat sebenarnya, jalani kehidupan ini dengan penuh rasa bersyukur. Hargai setiap waktu dan jangan sia-siakan peluang yang tuhan berikan.
Ads
11. Setiap apa yang anda jalani itu adalah pembelajaran. Suka atau tidak ia tetap meninggalkan sesuatu untuk peningkatan hidup anda. jadi, jangan berhenti belajar.
12. Setiap kali nak tidur atau bangkit dari tidur, ucaplah rasa kesyukuran anda itu pada Yang Esa kerana masih memberikan anda nyawa dan peluang untuk beramal dan memohon keampunanNya.
13. Kadangkala DIAM itu lebih baik daripada memberitahu kebenaran. Lebih-lebih lagi jika kebenaran yang akan didedahkan akan menyebabkan ramai orang lebih terluka hatinya. Fikirlah masak-masak sebelum berkata-kata baik di alam realiti atau di alam maya.
14. Anggap pekerjaanmu sebagai satu ibadah. Jika ianya terlalu memeritkan, mohon agar tuhan meringankan bebanannya. Biarkan STRESS itu beransur dengan rasa bahagia yang tuhan tiupkan di dalam hati.
Ads
15. Keluarga adalah segala-galanya. Jangan berlebihan dalam pekerjaan anda. Ingat, anak-anak itu amanah, suami atau isteri itu juga amanah yang perlu dijaga. Tapi jangan sampai urusan dunia ini mengatasi rasa sayang dan kasihmu pada Allah Yang Esa. Namun, memelihara amanah sebaiknya di dunia ini membolehkan kamu memperoleh bahagia di akhirat.
16. Jujurlah dengan diri sendri. Ini yang selalu orang susah nak buat. Kita sanggup cakap, ‘takpe aku OK’ walhal kita KO. Kerana jujur itu dapat memberikan ketenangan hati yang sedamai-damainya.
17. Ingatlah dalam susah ada senangnya. Ini bicara tuhan yang kamu perlu fahami. Setiap sesuatu yang sulit akan ada kesenangannya di kemudian hari. Anda perlu yakin kerana orang yang berusaha akan mendapat hasilnya.
18. Andai tiba-tiba temanmu menjauhi dan kau tinggal terkontang kanting sendirian tanpa ketahui sebabnya. Jangan bersedih, kadangkala tuhan sudah tahu mereka bukan yang terbaik untuk kau menjadi lebih baik. Jadi, tabahkan hati, seperti tip no. 7, move on.. teruskan hidup dengan kental dan bahagia.
19. Jangan sibuk-sibuk dengan hal yang bukan kau punya masalah. Membantu tak salah, tapi perlu ada limitnya. Kalau dah sampai memberi beban pada anda.. BERUNDURLAH!
Salah satu cara mengeratkan lagi hubungan suami isteri adalah saling memberi hadiah bagi menggembirakan hati pasangan. Hadiah yang diberikan tak semestinya perlu mahal.Berilah ikut kemampuan yang dimiliki, namun jika mampu berikan hadiah barangan mewah pun apa salahnya.
Seronok melihat kebahagian pasangan suami isteri sama cantik dan sama padan Wawa Zainal dan Aeril Zafrel ni.Baru sebentar tadi, wawa berkongsi berita gembira, menghadiahkan suami tersayang, Aeril Zafril dengan kereta mewah!
Kalau sebelum ini Aeril Zafrel pernah membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta Mercedes Benz C200 kepada Wawa Zainal, kali ini isterinya itu pula membuat perkara yang sama.
Wawa, 27, memberikan hadiah Toyota Vellfire berwarna hitam kepada Aeril bagi membalas kejutan yang dibuat suami kepadanya itu sebelum ini.
“Balas jasa suami belikan I kereta hari tu. Alhamdulillah ya Allah syukur atas kurniaan rezeki.
“Walaupun Aeril sedih sikit sebab sebenarnya dia nak kereta sport. Tahun depan ye sayang,” ujarnya.
Dalam pada itu Wawa turut berkata, tahun ini merupakan tahun paling bermakna buat dia dan Aeril terutama dalam bidang perniagaan.
Dia turut bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah kepada keluarganya.
“Tahun ni tahun yang sangat bermakna buat kami sikit impian Allah makbulkan. Benarlah kata orang rezeki itu tak pernah lambat tak pernah cepat dan tak pernah salah alamat,” ujarnya.
Sebelum ini pada 3 Jun lalu, pelakon Patahnya Sebelah Sayap itu membuat kejutan istimewa kepada Wawa apabila menghadiahkan sebuah kereta mewah, Mercedes Benz C200 berwarna hitam.
Hadiah itu juga adalah bersempena sambutan ulang tahun kelahiran Wawa ke-27 yang diraikan pada 12 Mac lalu.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 5, serta Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 3.
Mingguan Wanita tumpang gembira dengan rezeki pasangan ini. Semoga bertambah kebahagiaan didalam rumahtangga dan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Ada rezeki lebih tak salah berkongsi dengan pasangan.
Bila tengok design rumah moden, hati mula terjentik-jentik mahu membeli. Laju saja suri membayangkan mahu hias dalaman kediaman ikut konsep idaman. Seronoklah hati bila rumah yang diinginkan sudah ada di tangan.
Sayangnya baru beberapa bulan duduk anda mula menanggung kos-kos yang tidak perlu. Seperti bil elektrik yang tinggi akibat penggunaan aircond. Sebabnya rumah idaman anda bersifat sauna. Walau pasang kipas, bahangnya tak mahu juga hilang.
Baca perkongsian Penulis Buku Hartanah, Dr Azizul Azli Ahmad(PhD) merangkap Pensyarah Kanan di Jabatan Seni Bina Dalaman, Fakulti Senibina, Perancangan Dan Ukur, UiTM Perak
Mengapa Bumbung Pendek?
Pemaju banyak buat rumah rekabentuk baru hari ini. Rekabentuk baru ini menjadi kegilaan pembeli.
Bila bumbung direkabentuk pendek begini sebenarnya ia tidak menjadi pelindung cuaca yang baik buat rumah kita.
Fungsi bumbung selain beri ‘rasa’ cantik, ia sebagai pelindung matahari yang terik, hujan yang lebat, silau dan kesan tempias angin yang kuat.
Bila bumbung rumah pendek, cahaya matahari terus ke dinding rumah. Dinding akan menjadi seperti ‘span’ cuci, semua haba panas akan diserap dan disimpan rapi.
Bila malam hari, dinding ini akan lepaskan haba yang disimpan siang tadi. Rumah yang kita duduk akan rasa macam dikukus dalam ‘steamboat’ nanti.
Kita akan pasang penghawa dingin sepanjang masa, walau hujan haba panas tetap ada. Kos bil elektrik setahun buat hati kita cepat terluka.
Bumbung pendek ini juga bila hujan lebat akan masukkan air ke dalam bumbung atau siling rumah kita, lebih malang ada kala air masuk terus ke dalam rumah. Lepas hujan boleh bela ikan dalam rumah.
Pemaju jana keuntungan dari ‘design modern’ ini, mereka jimat kos bahan binaan sebab kepingan genting sikit digunakan. Bukaan binaan rumah hanya 25′ x 40′.
Bagaimana kita tahu bahawa ‘design hebat’ ini gagal? Bila banyak rumah lepas itu buat bumbung tambahan dan pasang aircond sepanjang malam.
Elakkan beli kediaman modern, canggih dan berwawasan ini. Selain ia semakin kecil rekabentuk begini akan rugikan pembeli nanti.
Rekabentuk baik tidak semestinya cantik, ia berfungsi dengan baik.
Saya sertakan beberapa gambar dan model rumah yang saya jumpa disini. Moga jelas dan makin faham.
Buat para suami, luangkanlah masa romantik bersama isteri. Biasanya isteri tak minta lama pun masa suami, cukup sekadar dapat beri perhatian dan layanan kepada isteri atau sekadar ‘meminjamkan’ telinga.
Masa romantik bukan hanya ketika sedang bercinta dan belum kahwin. Layan apa yang diinginkan oleh pasangan demi untuk menggembirakannya. Boleh dikatakan lautan api pun sanggup direnang.
Itu sebelum kahwin, selepas kahwin, masa romantik pun terus hilang. Suami sibuk dengan kerja, isteri pula dengan anak-anak dan kerja rumah. Tiada langsung masa untuk ‘we time’ berdua.
Suami Luangkan Masa Romantik Dengan Isteri
Sebenarnya, tak perlu lama pun masa romantik suami isteri sehari-hari. Cukup dengan hanya 15 mnit saja layankan dan beri perhatian pada isteri. Inilah yang dikongsikan oleh Ustazah Asmak Husin agar rumah tangga kekal bahagia.
Masa Romantik Hanya 15 Minit
Isteri tidak minta banyak. 15 minit perhatian suami sudah cukup. Apa salahnya letak telefon sekejap, beri perhatian, layan dan bergurau dengan isteri sekejap.
Jadi isteri ini kadang-kadang melelahkan. Tapi semua keletihan akan hilang kalau suami beri perhatian.
Hanya Perlukan 15 Minit Perhatian & Layanan
15 minit cukuplah terutama waktu yang sibuk
Saya pun sama, walaupun orang nampak macam iron lady, tapi tetap ada jiwa yang tersembunyi dan kita hanya sudi berkongsi dengan suami tersayang.
Carilah masa walau 15 minit berharga
Miliki Keluarga Bahagia
“Ustazah saya berimpian untuk mempunyai sebuah keluarga bahagia”
Jawab saya,
Bahagia ini milik Allah.
Semua orang impikan sebuah rumah tangga yang bahagia. Tidak kira tua atau muda.
Sama ada yang sudah berkahwin atau belum berkahwin.
Sepanjang 20 tahun saya menguruskan isu keluarga, terlampau banyak masalah yang saya jumpa.
Sumber Keberkatan Keluarga
Ada masalah keluarga yang sudah tidak mampu diselamatkan kerana terlalu rumit. Akhirnya penceraianya satu-satunya solusi.
Apabila berfikir sejenak saya sedar untuk selamatkan sebuah keluarga mesti bermula daripada usia mereka yang masih muda. Di waktu mereka masih belum berkahwin perlu diajar sumber² keberkatan sebuah keluarga.
Mereka ini perlu diajar kesan hubungan yang tiada batas pada sebuah perkahwinan yang bakal dibina.
Mereka impikan perkahwinan bahagia tetapi keluar dating berduaan seperti sudah kahwin.
Impikan keluarga bahagia tetapi video call seperti sudah halal.
Saya selalu pesan kepada mereka, awak nak berkahwin bukan setahun dua, tapi hingga ke syurga.
Sumber keberkatan keluarga kena jaga betul-betul.
Sebagai seorang isteri dan ibu, nasihat yang terbesar dan terpenting untuk anak-anak muda tolong jaga hubungan sebelum berkahwin. Mungkin hari ini seronok dating, berduaan.
Keseronokan hari ini sekejap sahaja. Lawan sekejap nafsu. Fokus kepada menjaga batas perhubungan jika mahu zuriat dan keluarga yang baik.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...