18 Tahun Cuba Dapat Lesen Memandu, Akhirnya Lulus Percubaan Kali Ke-960!

Share

18 Tahun Cuba Dapat Lesen Memandu, Akhirnya Lulus Percubaan Kali Ke-960! Gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya, setiap usaha adalah tangga kejayaan. Paling penting tidak berputus asa dan mudah menyerah kalah.

Percubaan Kali Ke-960

Seorang wanita di Korea Selatan ini sewajarnya menjadi inspirasi ramai. Warga emas ini akhirnya lulus ujian memandu pada percubaan kali ke-960 selepas membayar lebih £11,000 (RM59,644) untuk mendapatkan lesennya, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Cha Sa-soon, 69, mula menduduki ujian bertulis pada April 2005 dan selepas gagal buat kali pertama, dia terus mengambilnya semula pada setiap hari dalam lima hari seminggu selama tiga tahun.

Selepas 780 percubaan, Sa-soon mengambil hanya dua kali ujian bertulis dalam seminggu sehingga dia akhirnya lulus dan perlu meneruskan ujian praktikal latihan memandu.

Sa-soon lulus ujian memandu selepas mencuba 10 kali. In bermakna dia telah melalui 960 peperiksaan secara keseluruhan sebelum akhirnya mendapat lesen.

Lesen Kenderaan Untuk Perniagaan Sayuran

Wanita itu enggan berputus asa kerana dia memerlukan lesen kenderaan untuk memudahkan perniagaan sayur-sayurannya.

Menurut laporan, Sa-soon membelanjakan hampir £11,000 (RM59,644) untuk mendapatkan lesen memandu.

Guru memandunya di Sekolah Memandu Jeonbuk berkata, dia berasa lega apabila Sa-soon akhirnya mendapat lesen.

“Apabila dia akhirnya mendapat lesen, kami semua keluar sambil bersorak dan memeluknya serta memberinya bunga.

“Rasanya seperti beban besar dialihkan dari belakang kami. Kami tidak berani untuk menyuruhnya berhenti kerana dia terus muncul,” katanya.

Muncul Dalam Iklan Hyundai

Disebabkan beberapa percubaannya mengambil ujian memandu, Sa-soon menjadi selebriti negara dan muncul dalam iklan syarikat pengeluar kereta, Hyundai.

Hyundai malah menghadiahkan Sa-soon sebuah kenderaan baharu berharga hampir £11,640 (RM63,117).

Mesti Baca:CARA MUDAH Nak ‘Renew’ Lesen Memandu Tamat Tempoh Secara Online!
Baca Lagi Di Sini:“Jadi Pemandu Treler Wanita Bukan Untuk Menunjuk, Jangan Perlekehkan Pekerjaan Halal Ini” – Siti Hajar
Artikel Menarik:Impian ‘Diberkas’ Polis Tertunai, Nenek Teruja Sambut Hari Jadi Usia 100 Tahun!

Mingguan Wanita:Tahniah buat nenek ini atas kejayaan mendapat lesen memandu. Paling penting tak pernah berputus asa dan berusaha sehingga berjaya walaupun memakan tempoh masa yang lama hampir 18 tahun dan cubaan sebanyak 960 kali!.

Sumber: Kosmo, Daily Mail

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab