Malam kemuncak Nona Superhero Award 2023 yang bertemakan James Bond 007 telah berlangsung dengan jayanya di mana Nadir Al-Nuri telah dinobatkan sebagai penerima anugerah utama di majlis makan malam pengiktirafan Nona Superhero Award 2023.
Aktivis kemanusiaan Malaysia yang menetap di Semenanjung Gaza, Palestin sejak 2013 itu merupakan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif kepada pertubuhan bukan kerajaan yang dikenali Persatuan Cinta Gaza Malaysia.
Majlis anugerah yang diadakan oleh majalah Nona buat kali kedua ini menyaksikan 18 individu ikonik yang cemerlang dalam pelbagai bidang dan kerjaya serta mencetus revolusi Malaysia sepanjang tahun 2023. Majlis berprestij itu turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu YAM Tengku Dato’ Dr. Hishammuddin Zaizi bin YAM Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj dan Yang Berbahagia Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP).
Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Syamil Fahim berkata, “Majlis Nona Superhero Award 2023 ini menjadi satu platform penting untuk menghargai individu ikonik yang telah mencetus revolusi dalam pelbagai bidang dan menyumbang kepada pembangunan negara.
Menurut Kiffy Razak, Head of Business Woman Segment, “Sepanjang 37 tahun di pasaran, kami di Majalah Nona terpanggil untuk menghargai golongan lelaki hebat yang berpengaruh dan menjadi wira sebenar sepanjang menempuhi tahun 2023. Meskipun berdepan pelbagai cabaran, namun mampu bertahan dengan semangat yang kuat serta menyuntik inspirasi kepada pengikut masing-masing. Tahniah buat barisan lelaki unggul yang diiktiraf dalam Nona Superhero Award 2023!”
SENARAI ANUGERAH NONA SUPERHERO 2023
ANUGERAH | PENERIMA | |
1 | Nona Superhero Award | Nadir Al-Nuri |
2 | Nona Men’s Motivator Award | Prof Dato’ Dr Noordin Darus |
3 | Nona Men’s Fashion Brand Award | Datuk Radzuan Radziwill |
4 | Nona Men’s Legend Award | Anuar Zain |
5 | Nona Men’s Active Award | Mohd Al Jufferi Jamari |
6 | Nona Men’s Inspiring Award | Boss James |
7 | Nona Men’s Celebrity Business Award | Nubhan Ahamad |
8 | Nona Best F&B Business Award | Azrain Mohamad |
9 | Nona Men’s Style Icon Award | Hun Haqeem |
10 | Nona Men’s Social Media Influencer Award | Ryan Bakery |
11 | Nona Men’s Paralympic Award | Muhammad Ammar Aiman |
12 | Nona Best Innovative F&B Business Award | Cef Nazri Jameson Beard Brothers |
13 | Nona Best Medispa Award | Dr Abdul Haq Ab Wasa Estika Medispa |
14 | Nona Best Future Education Fund Award | Ahmad Dasuki Abdul Majid Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) |
15 | Nona Best Aesthetician Award | Dr Abdullah @ Maliq Alias Dr Cute International |
16 | Nona Best Community Dakwah Centre Award | Ustaz Mohammad Yaakub Yusra Mohd Yusof Murtadha Dakwah Centre (MADAD) |
17 | Nona Best Hair Service & Product Award | Chez Hamdan ChezKamya Professional |
18 | Nona Best Edupreneur Award | Dato’ Dr Kapten Bakhtiar Aliff Ibrahim Al Kauthar Eduqids |
Majlis gilang gemilang itu turut diserikan dengan kemunculan Datuk Seri Vida yang memperagakan aksesori mencecah ratusan ringgit pada malam tersebut. Bertemakan Maleficient Dalam Laut Yang Menakutkan, busana DSV merupakan hasil kreativiti pereka fesyen duo Razman Razmi.
Pada malam ini juga Nu Ideaktiv turut melancarkan aplikasi ‘Content Aggregator’ terbaru di Malaysia, yang dinamakan seeNI. SeeNI adalah aplikasi yang menggabungkan lebih dari 20 penerbit terkemuka seperti NONA, RASA, Remaja, Media Hiburan, Mingguan Wanita, Keluarga, Impiana dan banyak lagi, seiring dengan kecanggihan dunia yang telah meletakkan segala pusat maklumat di hujung jari.
Di seeNI, terdapat pelbagai hidangan konten, dalam pelbagai format yang menarik, daripada artikel, video, sehinggalah ke konten audio yang memenuhi minat anda. Dengan tagline ‘Segalanya di seeNI’ di mana seeNI dilihat sebagai lubuk multigenerasi, seeNI beraspirasi untuk memberikan solusi pintar kepada masyarakat. Dapatkan aplikasi seeNI di App Store
dan Google Play Store sekarang atau scan QR code di bawah ini.Majlis turut diserikan dengan persembahan istimewa dari Azharina, Alif Aziz dan Bella Astilah. Tahniah buat kesemua penerima NONA Superhero Award 2023. Semoga terus gemilang dan mencipta inspirasi buat semua!
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.