17 Tahun Lepas Kalut Nak Masak Bulan Puasa, Akhirnya Paste Serba Guna Ini Yang Mudahkan Kerjanya Di Dapur

Share

Lebih kurang dua minggu nak masuk bulan puasa, pastinya mak-mak gigih mencari paste serba guna untuk mudahkan masak waktu sahur dan berbuka. Nak-nak lagi, ramai mak zaman sekarang yang keluar bekerja.

Nah, buat dulu paste serba guna yang dikongsikan Puan Pnut Syafinaz untuk simpan dalam peti ya. Apa yang membahagiakan hati, paste ini bukan saja boleh guna buat nasi goreng dengan cepat malahan sesuai juga untuk goreng sayur yang rasanya SEDAP!

Buat Paste Dan Simpan Dalam Peti

Saja nak share benda basic di dapur untuk adik-adik baru jadi isteri dan ibu. 17 tahun lepas mak long jadi emak kelam kabut bila memasak, tambahan bulan puasa, maka kita belajar dari pengalaman. So dah alang-alang nak prepare ni meh nak share moga membantu adik-adik. Suami-suami boleh tag atau share untuk isteri, moga menjadi motivasi rajin memasak kepada isteri.

Paste nasi goreng serba guna mak long..

“Biasanya saya buat dua bulan sekali, buat banyak-banyak dan frozenkan, bila nak goreng nasi, cedok dua atau tiga sudu, bergantung pada kuantiti nasi yang hendak digoreng.”

Kenapa serbaguna? Sebab perencah ni boleh guna anytime untuk goreng sayur ala kampung. Kangkung goreng belacan, kacang panjang, kacang buncis, terung, tapi paling sedap dan win kacang botor/botol dan bendi. Tumis balik ni, masukkan sayur kekacang tu je. 3 minit siap.

Baik.. senang sangat perencah nasi goreng ni.

Bahan-bahannya:

7-8 biji cili merah (buang bijinya)
10 15 biji cili padi (ikutlah tahap kepedasan yang disukai)
1@2 labu bawang besar
10 bjji bawang putih
Segenggam ikan bilis (rendam kasi lembut, kemudian toskan air)
Sedikit belacan.

Ini bahan-bahan diperlukan, nampak tak belacan Tanjung Dawai tu? Sedap ooiihhh.

Bawang-bawang tu memang dah kupas siap-siap stok seminggu punya. So jimat masa dah tak payah kupas-kupas lagi.

Cili tu belah dua, buang bijinya, potong-potong gitu.

Cara-cara Nak Buat Paste

1. Blend semua bahan jangan terlalu lumat sangat dan jangan terlalu banyak air. Mak-mak nak tumbuk pun boleh kalau mak-mak rajin.

2. Tumiskan bahan blend, sehingga air kering, biasa saya tumis sampai naik minyak, tapi yang ini buat pukul 10.30 malam, malas nak tunggu dia pecah minyak.

3. Dah kering sejukkan dulu sebelum dibekukan dalam peti ais.

 

Yang bawah tu baki yang lama yang tinggal, ada dalam sesudu je tinggal. Masih beku tu, untuk sahur, keluarkan letak kat peti bahagian bawah siap-siap kang tumis balik, pecah telur je. Yang bekas sebelah dia siap menjadi pewaris generasi perencah sebelum ini yang dah pupus.

Tip Susun Bahan Dalam Blender

Haa… bukan sebarang paste ni, nak kisar pun kena ada caranya. Bawah sekali mak-mak boleh letak belacan, kemudian bawang-bawang, kemudian cili-cili, atas sekali ikan bilis. Jadi ikan bilis tu tak la dikisar terlalu lumat nanti.

Cara Guna Nak Masak Nanti

Tumis semula bahan ni dengan sedikit minyak, kasi garing sikit, kemudian masuklah haiwan-haiwan yang diingini atau pecah telur je. Kemudian masuk nasi.. masaklah macam biasa.

Ni kalau nak goreng nasi, bangun pukui 4.45 pagi pun sempat siap hidang sebelum pukul 5 pagi. Dengan syarat nasi tu dah siap-siap masak sebelum tidur.

Kalau ikutkan pengalaman masak wanita ini, dia selalu guna buat kari atau masak lemak ikan tenggiri, ikan tongkol ke ikan merah ke, ada saki ikan sekeping dua, dia basuh dan goreng balik ikan tu. Kemudian ambik isi ikan hancurkan sikit masukkan dalam nasi goreng. Maka jadilah nasi goreng paling sedap dalam dunia.

Apa yang bagus, paste ini dah tak payah letak sebarang msg, kiub ayam/ikan bilis dah bila goreng nanti sebab dah secukup rasa.

Guna Paste Untuk Goreng Sayur

Dan kegunaan lain perencah ni, wanita ini selalu guna untuk goreng sayur macam kelisa (botol/botor) entah banyak nama sangat. Atau anda juga boleh guna buat goreng kacang panjang, kacang buncis malah terung (kalau terung, goreng kejap terung tu).

Jadi ini caranya masak sayur kacang kurang dari 3 minit. Okay, kalau mak-mak nak masak pagi-pagi, waktu malam dah kena siap potong sayurnya ya. Nak masak petang balik kerja pun cuma 3 minit siap!

Lawan sayur ni, saya buat kari ayam, kari tu pun guna paste saya siap tumis rempah kari sampai garing, siap garam, nak guna cuma panaskan balik paste, masuk santan, masuk air, kentang dan ayam.

Serius, kalau guna cara ni 30 minit kat dapur pun siap masak dua menu tapi dengan syarat, weekend spend masa prepare bahan paste untuk frozen.

Lepas ini, tak adalah istilah tak sempat masak walau waktu sahur dah nak habis! Selamat mencuba.

 

Published by
Nadia