Bukti 17 Pelajar Kelas Hujung Ini, Paling Ohsem Dan Super Kreatif Dalam Malaysia

Share

Pelajar kelas hujung ini kalau dalam sekolah, mereka tak seglamour pelajar kelas pintar. Sebabnya dari segi akademik, mereka jauh ketinggalan. Tapi, di sebalik diri mereka ada kelebihan yang tuhan beri. Guru mereka berjaya menggilap bakat pelajar-pelajarnya sampai dapat hasilkan sebuah bilik darjah paling ohsem.

Bila cikgu Saiful Bahrin yang mengajar kelas 5UTM, SMK Kuala Kurau Perak, berkongsi gambar bilik darjah studentnya dalam sebuah grup deko, anda yang melihat boleh jatuh kagum.

Sebabnya bilik darjah yang direka sepenuhnya dengan elemen kayu pallet ini bukan saja cantik malah memukau pandangan. Dijamin siapa yang masuk kelas ini rasa lapang dan tenang fikiran.

Idea deko kelas ini diilhamkan dari cikgu Saiful, tapi dibuat sepenuhnya oleh anak-anak murid yang semuanya lelaki. 17 ORANG PELAJAR ITULAH!

Setiap minggu sekolah akan adakan pertandingan keceriaan kelas. Tapi kelas pelajar-pelajar ini tak pernahnya menang. Dalam hati 17 orang pelajar ini, mereka nak sangat menang anugerah itu. Jadi dengan tekunnya mereka bertungkus lumus; potong kayu, buat rekaan.. dan sampailah masanya mereka bertanding

.

Usaha yang tak pernah jemu, akhirnya pelajar-pelajar ini berjaya buktikan yang mereka mampu mencapai apa yang diinginkan dan jadi juara keceriaan kelas untuk minggu itu. Kemenangan pertama ini memang berbaloi sungguh untuk anak-anak harapan ini.” Kata Cigu Saiful ketika ditemubual Mingguan Wanita.

Siapa 17 Orang Pelajar Lelaki Super Kreatif Ini

Mereka ini adalah pelajar-pelajar kelas hujung dari aliran PVMA (salah satu cabang dari kolej vokasional) yang dimasukkan ke sekolah menengah harian. Anak-anak ini tak minat belajar akademik tapi mereka akan belajar kemahiran dan akan memperoleh SPM & SKM

Sebab Itulah

Kalau ada anak-anak kita yang tak menunjukkan minat belajar, jangan sisihkan mereka. Pandu mereka sampai akhirnya dapat apa kemahiran dalam diri. Kemudian, serlahkan sampai akhirnya jadi satu kerjaya buat mereka suatu hari kelak.

Sumber/Foto: Facebook/Instagram Saiful Bahrin

Published by
Netty Ah Hiyer