17 kali gagal temuduga SPA, bila dapat terus nak lompat bintang. Gadis teruja dapat kerja gomen. Ramai di antara kita masih berharap dapat memasuki pekerjaan di jabatan kerajaan. Ini kerana selain jaminan pekerjaan, kemudahan lain disediakan seperti adanya pencen, pinjaman perumahan dan lain-lain lagi membuatkan ramai mencuba nasib mengisi borang di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Mana tahu ada rezeki dipanggil untuk temuduga.
Biasanya, untuk mengisi kekosongan sedia ada, kita akan dipanggil untuk sesi temuduga serta menjalani peperiksaan sebelum diterima bekerja. Ramai juga yang dapat surat temuduga ini tetapi ramai juga yang tidak bernasib baik lulus dalam temuduga tersebut.
Satu perkongsian dari pengguna Tik Tik @ Mya Zainal cukup mengajar kita agar jangan berputus asa memohon dan mengisi di SPA kerana rezeki itu akan sampai tepat pada masanya. Selagi tidak berjaya dalam temuduga, teruslah mengisi borang di SPA. Mana tahu rezeki melekat.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Realiti, Ramai Lelaki Pasang Niat Cari Isteri Kerja Kerajaan & Gaji Besar, Ada Peluang Boleh Goyang Kaki!
Ibu Dakwa Anak Jadi Mangsa Penganiayaan KEJAM Sindiket Penipuan Kerja Di Myanmar
Di Tik Toknya, Mya berkongsi, dia sudah 17 kali menghadiri sesi temuduga dengan SP bermula dari 2012 lagi tetapi kali ini tahun 2022 baru dapat. Semuanya berkat doa dari ibunya yang tak putus-putus memohon kepada Allah. Rasa teruja itu membuatkannya terasa ingin lompat bintang. Ya, bukan mudah tapi Allah janji, siapa yang tidak putus asa, akan hadir rezeki itu bila masanya.
Kata Mya, dia mula memohon SPA dari tahun 2012 bagi jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 tapi semasa mengambil exam secara online, dirinya gagal. Dia kemudian memohon pula jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19 tapi gagal peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE). Setiap tahun ceritanya masih sama dan dirinya pun tak pernah putus asa mengisi borang di SPA.
Hal ini berterusan sehinggalah 17 kali peperiksaan. Strugglenya hanya Allah yang tahu di saat dirinya down. Tapi emaknya sentiasa ada memberikan sokongan dan hinggalah rezekinya tertulis dapat kerja dan perlu melapor diri pada 17 hb lalu di Kementerian Pertahanan Malaysia.
Dalam pada gembira meraikan dapat kerja kerajaan itu, orang kuat yang sentiasa menyokongnya, Acu pergi meninggalkannya. Dan alhamdullilah, doa ibunya tak pernah putus buatnya dan akhirnya rezeki jadi miliknya. Kata Mya, benarlah, siapa ada emak orang itulah paling kaya. Keberkatan doa ibu itu tiada tandingannya.
Jadi bagi yang masih menunggu peluang kerja kerajaan, jangan berputus asa ya. Percayalah rezeki akan sentiasa ada.
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.