16 Tahun Bahagia Tanpa Campur Tangan Sesiapa, Pesanan Abah Ini Sebabnya

Alangkah beruntungnya 16 tahun melayari bahagia rumah tangga tanpa campur tangan daripada sesiapa. Baik keluarga sendiri mahupun keluarga mentua. Dan pesanan abah inilah sebabnya.

Inilah yang dikongsikan Puan Marliya Ramli. Dan dalam tempoh itu bukanlah kerana berdasarkan nasib baik semata. Tetapi pesanan abah membentuk prinsip dirinya. Malah, inilah yang menjadi teras hidup bahagia, jauh dari derita kehidupan berumah tangga.

Dia diajar bukan semata taat walaupun jiwa raga malah fizikal sedang terseksa.

Kongsinya,

PESANAN ABAH

Kalau tak bahagia jangan bertahan. Sentiasa ingat Kak Ya ada Mak Bapak. Abah tak hantar Kak Ya belajar sampai universiti untuk dibuli sesuka hati

Hingga hari ini akak masih ingat pesanan Abah. Walaupun Abah dah tak ada, pesanan Abah akak tak penah lupa.

  • Abah tak pesan, jika suami melayan dengan buruk, tunggu hadap suami taguna yang sama.
  • Abah tak pesan, jika mentua buli kena telan sabar dan berdoa semata-mata.
  • Abah tak pesan, jika ipar duai perangai serupa najis mugholazoh minta akak pasrah dan redha.
  • Abah tak pernah ajar anak-anak gadisnya – diam bila sakit. Tak pernah!

Abah ajar – untuk bersuara, bersuara dan bersuara. Abah ajar, hidup jangan terbiasa menjadi mangsa. Abah ajar anak gadisnya bijak berniaga dan tahu bekerja.

Abah selalu cakap, dah kawen jangan tinggalkan kerjaya. Abah cakap sentiasa ada kekayaan sendiri. Abah selalu cakap, bila kita berharta – baik suami, mentua dan ipar duai tak berani nak buat benda-benda bodoh cam kisah dalam KRT. #apeni

Ads

Idealogi Abah yang akak bawa ke dalam rumahtangga. Ada perkara tak puas hati, berhari-hari bertekak dengan suami pun akak sanggup – janji settle isu berbangkit. Akak cuma bagi kata dua – take it or leave it. Akak tahu nilai diri akak. Jangan expect Akak nak hadap benda-benda yang menyakitkan hati selamanya.

Jika Tak Puas Hati Dengan Mentua Atau Ipar Duai

Ada perkara tak puas hati dengan mentua atau ipar duai? Maaf, akak tak reti diam. Akak akan cari jalan sampaikan dan tunjukkan apa yang akak tak puas hati. Akak akan pastikan jika akak sakit, mereka sakit sama. Akak mengamalkan konsep golden rule. Kau baik, aku baik. Kau serupa syaiton, kau akan lihat neraka dunia itu bagaimana. Adil bukan?

Ada benda menyakitkan hati dengan mentua dan ipar duai akak segera beritahu suami berdasarkan fakta. Akak bagi pilih, nak dia yang tegur atau akak yang bersuara? Sebab kalau akak yang bersuara, keluarga ini akan ingat sampai mati. Akak tak kisah lancarkan 4,000 peluru berpandu selagi tak puas hati.

Akak diajar bahawa – berbanding ada suami, mentua dan ipar duai versi neraka lebih baik akak jadi janda hot menyara anak-anak. After all, hidup adalah keputusan. Kita bukan lapar sangat nak hadap setakat suami, mentua dan ipar duai yang berkualiti Made In China.

Ads

Akak lahir dari Mak Abah yang tak benarkan anaknya dibuli. Bahasa mudahnya – jangan layan akak serupa takde mak bapak.

Akak ibarat Ratu di dalam sarang tebuan. Akak sangat fokus menjaga sarang. Akak tak akan kacau sesiapa yang tidak mengacau akak.

Ramai yang tengok bahagianya akak dan suami. Suami yang sentiasa setia, rajin bekerja, bertanggungjawab, romantik, berlemah lembut dan tunaikan nafkah setiap bulan.

16 Tahun Bahagia Rumah Tangga Tanpa Campur Tangan Sesiapa

Mertua dan ipar duai pun tak de nak buat benda-benda sebarangan. Tak de yang berani melebih-lebih di depan akak. Rumahtangga akak tak de campur tangan orang luar selama 16 tahun ini. Pendek kata, rumahtangga ini lengkap segalanya dengan anak sepasang. Nampak macam nasib baik bukan?

Ads

Bagi akak, ini bukan nasib baik. Ini adalah keputusan. Sebab akak bertegas sejak hari pertama perkahwinan. Ada yang tak kena? Selagi tak settle, akak tak akan diam. Biar susah sekali, jangan menderita berkali-kali.

Dan akak okay je setakat nak bertekak sampai sekampung dengar. Malu? Tolak tepi. Ini tentang kebahagiaan masa depan diri sendiri. Ramai pasangan mengelabah cicak takut nak bertekak konon nak jaga aib. Dok nyanyi aib, aib end up masalah membuku ibarat gunung berapi yang tunggu masa nak meletus. Pastu mengadu kat KRT. Ntah apa-apa.

Hidup ini singkat. Ramai wanita menderita sebab terlalu pasrah, redha dan menyerah cam drama petang-petang. Lembik serupa puding jagung. Semua benda nak mengalah. Terlalu nak jaga hati orang sekeliling hingga hati sendiri tidak bahagia. Apa guna?

Bila anda minta tips rumahtangga bahagia – akak tak ada tips. Akak hanya berpegang kepada PESANAN ABAH. Hidup berprinsip, bersuara, berdikari, punya harta sendiri dan sayangi diri. Selagi kita tidak berikan ruang untuk dibuli, kita tidak akan dibuli.

MW : Belajarlah untuk jadi isteri yang berani dan sayang diri sendiri.

Sumber/Foto : Marliya Ramli

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI