Alhamdulillah, pelakon Ardell Aryana selamat melahirkan cahaya mata sulungnya, yang digelar Baby Adhwardell seawal pagi Jumaat bertepatan masa 2.22.22s. Cantik betul tarikh dan masa lahirnya.
Berita gembira ini dikongsikan suami Ardell sendiri Nadzmi Adhwa dalam instagramnya. Bercampur baur perasaan suami melihat kurniaan Ilahi di depan mata.
“Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Dan terima kasih keluarga kami yang tak tido tak lekang dengan mendoakan kami. Terima kasih atas doa baik baik dari kalian semua.
Isteri saya telah selamat melahirkan @babyadhwardell secara normal pada hari Jumaat yang mulia ini , 5 June 2020 , Pukul 2.22.22s pagi tadi selepas berjuang menahan sakit lebih 16 Jam.
Tak tahu nak cakap mana perasaan tu. Sedih , Sayu , Gembira semua bercampur bila melihat sendiri kesakitan dan perjuangan isteri.
Terima kasih Dr Khamsiah Muda @andorrahospitalofficial kerana sama sama berjuang dengan @ardellaryana
Sekali lagi terima kasih atas doa kalian semua.”
Nadzmi juga berkongsi gambarnya sedang memotong tali pusat bayinya. Bagaimana pun, Nadzmi tidak lagi memaklumkan jantina anak mereka. Pasangan Nadzmi dan Ardell mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019.
Sebelum ini, Nadzmi ada berkongsi video debaran isteri menunggu saat melahirkan. Sambil ditenangkan oleh doktor sakit puan, Dr Khamsiah Muda.
Malah, Ardell sendiri beberapa kali berkongsi akan kebimbangan hatinya untuk melalui proses bersalin bayi sulungnya itu.
Baca sini : Minta doakan isteri saya dan baby kami – Nadzmi Adhwa
MW : Tahniah untuk Nadzmi dan Ardell. Didoakan Ardell dapat melalui proses berpantang dengan tenang dan kembali sihat selepas melahirkan.
Sumber/Foto : Nadzmi Adhwa