“Semuanya fitnah semata-mata. Lagi kakak (Zahirah) tengah mengandung sekarang”. Hati ibu mana yang tidak sedih bila anak yang dikandung dihina oleh orang lain.
Begitulah luahan ibu kepada Zahirah MacWilson, Maslinda Yusoff yang kesal dengan kenyataan pelakon Fathia Latiff yang memberikan persamaan wajah anaknya Zahirah dengan bibik atau pembantu rumah.
Ternyata luluh hati ibu Zahirah, wajah anaknya yang sedang sarat mengandung disamakan dengan pembantu rumah.
“Semua ini ujian dari Allah. Bersabarlah Zahirah dan Aiman.
“Sedih betul mama dengar bila orang menghina, mengeji, buruk-burukkan anak dan menantu mama.
“Semuanya fitnah semata-mata. Lagi kakak (Zahirah) tengah mengandung sekarang. Jangan sedih okay. Mama dan ayah sentiasa ada di sisi kamu… Kami sangat sayang kakak,” katanya.
Ibu Zahirah berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram Stories miliknya hari ini.
“Awak (Zahirah) mempunyai kecantikan dari luar dan dalam. Seorang anak, ibu dan isteri yang penyayang. Saya sayang awak,” katanya yang memberitahu anaknya mempunyai kecantikan semula jadi dan tiada tandingan.
Untuk pengetahuan sebelum ini Fathia tampil dalam sebuah video menyamakan wajah Zahirah seperti bibik atau pembantu rumah.
Fathia dipercayai berkongsi perkara itu ketika membalas komen netizen yang memberitahu Zahirah lebih cantik berbanding dirinya menerusi sesi siaran langsung di TikTok.
Malah Fathia juga turut mendakwa bibir aktres berkenaan dipercayai hasil daripada pembedahan plastik dan bukannya asli. Dia juga memberitahu bersyukur kerana tidak bersama pelakon Aiman Hakim sebaliknya bekas teman lelakinya itu berkahwin dengan Zahirah.
Sebelum ini, Aiman dan Fathia pernah menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun namun mereka berpisah pada 2015.
Baca Disini : Zahirah Umum Hamil Anak Kedua
Tahniah Zahirah & Aiman, Alahai Comelnya Baby Siap Ada Pakej Lesung Pipit
Sumber Kredit : Instagram Zahirah
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?