Dari jauh, bau durian dah semerbak menusuk-nusuk ke hidung. Dalam hati ada, tertanya-tanya macam mana nak pilih durian sedap dan manis. Hati ada sedikit was-was nak beli. Sebabnya dah banyak kali beli durian, masa tokey tu kupas sedikit kulit nampaklah isinya yang padat kekuningan.
Sayangnya bila sampai saja rumah, isinya mengkal, keras dan akhirnya dibuang ke tong sampah. Sudahlah harga durian sekarang boleh tahan mahalnya. Tapi disebabkan teringin punya pasal, kita beli juga. Tawakallah moga-moga pilihan kali ini menjadi. Sebenarnya ada 15 cara nak pilih durian terbaik.
Supplier durian, Harris Rosli yang dah dekat 10 tahun bergelumang dengan asam garam berniaga durian ini sudi berkongsi tipnya buat pembeli. Lepas ini tak adalah kejadian terbeli durian isi keras lagi ya.
Kenal Dulu 3 Musim Durian
1. Permulaan
Sekarang ini buah durian sedang alami peringkat permulaan dan harga sedikit keras memandangkan permintaan melebihi pengeluaran. Harganya juga agak keras sedikit.
Sebab tak banyak buah yang gugur, tapi ramai orang yang teringin buah durian, jadi harganya boleh tahan sekarang. Dari segi cakap mulut orang orang lama, hasil durian tahun ni agak menurun dan dianggarkan hanya 30% pengeluaran buah tahun ni berbanding tahun lepas.
2. Pertengahan
Bila dah musim pertengahan, time ni la buah jatuh harga, so boleh la korang serbu dan makan sampai panas kepala korang.
3. Penghujung
Tapi bila dah start buah penghujung, buah akan start mahal balik sebab dah tak banyak buah yang boleh dibekalkan.
Ini 15 Panduan Pilih Durian Manis Dan Sedap
1) Pastikan Durian Tersebut Tak Merekah
Elakkan beli durian yang merekah sebab durian yang dah merekah ni dikhuatiri telah lama, mungkin dah sehari lebih. So dah tak fresh dah. Lagipun, gas-gas durian tu dah hilang, so bila makan nanti, ‘uummpphhh’ dia dah tak ada. Tapi, durian merekah juga salah 1 indikator bahawa buah tersebut masak elok.
Ads
2) Jangan Beli Durian Tangkai Yang Kecut
Sebab tangkai yang kecut ni selalunya buah yang lama, mungkin 2 hari. Dan hati-hati, kadang-kadang tangkainya kecut, lepas tu tokey tu potong bahagian yang kecut, so nampak macam baru.
3) Bau Dulu Di Buntut Durian Tu
Kalau bau sedap, lemak, elokkk… Ambik je. Kalau bau tak berapa ada, try pilih yang lain dulu.
4) Goncang Durian Dulu Sebelum Beli
Goncang dulu, baru pilih. Sebab selalunya isi yang tak ‘Mangkaq’, mangko ( orang Perak) @ keras, kita akan dengar bunyi bergoncang. Kalau buah tersebut sederhana, tapi beratnya agak padat. Mungkin yang itu keras.
5) Suruh Tokey Durian Tebuk Dulu Durian
Ini untuk memastikan durian tu kompom masak, tak keras dan colek laa sikit rasa.. kalau saya selalu tebuk dulu kat costumer, biar diorang puas hati.
6) Pastikan Duri Durian Tu Keras
Try rasa duri tu, tekan dengan jari. Jangan cucuk jari dah laaa… Kalau buah tu lama, duri tu akan lembut. Kalau baru lagi, keras laa.
7) Tanya Dulu Buah Tu Dari Mana
Saja je test tokey durian tu, betul ke durian tu durian setempat. Kot-kot la durian Siam. Bukan apa, durian Siam ni durian yang diperam, tak macam durian kita yang hanya ada bila sampai musimnya.
Ads
Tanya tokey tu, buah mana, kalau dia kata buah Penang, tanya dia lagi Penang kat kawasan mana? Kalau dia kata Balik Pulau… korang tanya dia lagi Balik Pulau area mana? Hehe… salah satunya dia akan jawab, Sg. Batu, Kg. Aceh ke Sg. Ara ke. Tempat-tempat tu adalah tempat pengumpulan durian. So tak ada sebab dia nak marah kalau anda tanya macam-macam. Korang ada hak kan.
8) Tanya tokey Kalau Buah Tak Masak Boleh Tukar Tak?
Kalau tokey yang jujur, dan nak berniaga lama serta nak pelanggan dia datang lagi beli durian, dia akan bertanggungjawab ganti balik durian tu kalau buruk atau keras. Sebab kita jual durian nak bagi orang makan.
Ini beli mahal-mahal, nak makan tak boleh, last-last dapat sumpah seranah je… Belum lagi costumer datang lempar durian mangkaq depan kedai. haha. Saya jual selalunya berlapang dada tukar buah yang tak elok. Costumer kena jaga hati jugak. Kita kena letak diri kita kat tempat costumer jugak.
Tetapi costumer kena ingat, Durian adalah ciptaan Allah. Kita tak tahu benda dalaman. Seeloknya kita just cakap InshaAllah buah elok. Dan costumer pun akan puas hati.
9) “Saya Nak Buah Isi Kuning!”
Kalau korang nak buah durian yang isi kuning, bagi tau je tokey tu. Kalau dia berpengalaman, senang je dia pilih. Kalau dia kata tak tau… Nasib lah. Haha. Korang suruh dia potong sikit tangkai buah tu. Ada nampak urat-urat kat tengah-tengah tangkai tu, kalau kaler kuning sikit, inshaAllah dalam tu kuning. Kalau tak, mungkin putih.
Ads
10) Jangan Takut Nak Ambil Buah Yang Ada Getah Kat Bawah Buah
Sebenarnya, tokey durian letak getah sebab nak mengelakkan durian tu merekah je.
11) Pilih Buah Yang Bentuk Macam Jantung
Selalunya buah durian yang bentuk jantung ni, isi dia memang elok. Susah la nak jumpa yang problem. Walaupun begitu, selalunya bentuk jantung ni tak banyak bilangan ulas.
12) Pilih Buah Yang Berduri Halus Tajam Atau Duri Besar Tumpul
Selalunya jenis ni tak pernah mengecewakan.
13) Pilih Buah Yang Bertangkai Panjang
Pilih jenis ni, selalunya buah durian tangkai panjang sentiasa memberikan kejutan pada kita. Huhu… (Ini serius).
14) Elakkan Beli Di Pasar Malam
Bukan nak tutup periuk nasi peniaga pasar malam. Tapi, contohnya kita beli durian di pasar malam, tiba-tiba dapat buah tak elok, esoknya kita nak tukar. Pasar malam tak ada dah, kena tunggu minggu depan pulak. Seeloknya Beli la kat peniaga yang jual tetap di suatu tempat. Tapi kalau nak beli jugak, sila baca balik step-step di atas.
15) Pilih Buah Yang Dah Ditebuk Tupai
Selalunya buah yang ditebuk tupai memang terbaik! Tapi,tuan-tuan… AWAS, takut buah yang berlubang ditebuk tu bukan tupai yang tebuk, tapi cik BaB1 yang tebuk. Hahaha… so far, buah Durian Penang tak ada kes babi sodok durian. Tempat lain mungkin ada, berhati hatilah kau orang.
Dah bacakan tip pilih durian sedap dan manis ni. Ha.. jangan lupa praktik pula ya.
Sangat memilukan hati dan besar sungguh ujian yang menimpa ibu hamil 7 bulan ini apabila kehilangan anak yang dikandungnya.
Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan maut dipercayai lemas selepas lemas akibat terjatuh dalam mangkuk tandas sebuah rumah di Sekinchan di sini hari ini.Bayi itu dilahirkan tanpa sengaja oleh ibunya yang berusia 37 tahun semasa hendak membuang air besar.
Lahirkan Anak Tak Sengaja
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 4.03 petang dengan sembilan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan dikejarkan ke lokasi.
Kejadian berlaku apabila wanita yang hamil tujuh bulan itu melahirkan anak secara tidak sengaja di dalam tandas semasa membuang air besar.
Bayi lelaki yang dilahirkan itu telah terjatuh ke dalam mangkuk tandas.
“Bomba kemudian memecahkan mangkuk tandas bagi mengeluarkan bayi tersebut yang mengambil masa 10 minit.Pasukan perubatan kemudian mengesahkan bayi itu meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.
Hafisham memberitahu, ibu mangsa dalam keadaan stabil dan dihantar ke Hospital Tanjung Karang untuk rawatan.
Mingguan Wanita: Kasihannya ibu ini, mungkin tak sangka diri bersalin cepat usia 7 bulan. Semoga diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.
Pempengaruh dan juga aktivis kemanusiaan, Farah Lee kembali bergelar isteri apabila sah bernikah dengan pilihan hatinya, Fuad Hashim semalam. Farah Lee yang pernah bergelar ibu tunggal selama 7 tahun mengenakan persalinan serba hitam di majlis pernikahannya yang dikongsikan di laman Instagram miliknya.
Menerusi Instagramnya, ibu kepada seorang cahaya mata itu memuat naik sekeping gambar sambil memegang lengan suaminya dengan kapsyen memberitahu sudah berkahwin.
Menerusi hantaran pendek itu Farah memaklumkan sudah pun bernikah dengan pilihan hatinya, Fuad Hashim.
Difahamkan, Fuad atau nama sebenarnya, Muhammad Fuad Hashim, 35, merupakan atlet kuda lasak dan juga penunggang pasukan State Terengganu Endurance Team (STET).
Atlet kuda lasak
Penunggang kelahiran Kampung Banggol Mempelam, Kuala Terengganu itu pernah muncul juara kategori 100 kilometer (KM) Kejohanan Kuda Lasak Antarabangsa Piala PDRM di Terengganu International Endurance Park (TIEP) Lembah Bidong, pada Januari tahun lalu.
Perkongsian tersebut telah dihujani dengan ucapan tahniah daripada kenalan dan juga para pengikutnya di media sosial apabila teruja melihat pempengaruh itu kembali bergelar isteri.
Terdahulu, Farah Lee pernah mendirikan rumahtangga bersama pengacara, Ally Iskandar. Pasangan ini bagaimanapun berpisah pada 7 Ogos 2016. Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maream Esabel.
Antara pencapaian membanggakan bagi ibu tunggal ini apabila dia berjaya menggenggam Ijazah Sarjana dalam bidang Pendidikan Kanak-Kanak dari University of Leeds, United Kingdom.
Selain itu, Farah juga pengasas perniagaan jenama Omma & Esabel. Dalam kesibukan ‘berperang’ dengan pengajian dan perniagaan, graduan Ijazah Sarjana Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Inha, Korea Selatan ini juga tidak lupa terhadap tanggungjawabnya sebagai ibu kepada anak perempuan comel iaitu Maream Esabel Ally Iskandar.
Farah juga aktif menyertai aktiviti kemanusiaan dan kebajikan. Bukan hanya di dalam negara bahkan luar negara dalam membantu meringankan beban insan serta kanak-kanak kurang bernasib baik.
Manusia hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya. Siapa sangka sejak memang minat bidang penerbangan, namun kerjaya yang diidamkan terpaksa dilepaskan kerana pendemik Covid 19.
Bukan seorang, malah ramai lagi yang terkesan dengan pendemik ini. Sudah enam tahun kokpit jadi pejabat, kekok mula berniaga burger di jalanan tapi perlu teruskan hidup.
Enam Tahun Kokpit Jadi Pejabat
Kokpit pesawat komersil Boeing 737 pernah menjadi ‘pejabat’ pemuda ini sejak lebih enam tahun lalu.
Namun, pandemik Covid-19 menukar norma kehidupan Mohammed Naeem Md Nassir, 30, yang kini bergelar usahawan burger.
Menceritakan kisah kehidupannya, anak muda dari Shah Alam ini mengakui kekok untuk memulakan perniagaan jenama ‘Smashed Burger’ namun tetap komited mencuba sesuatu yang baharu dalam hidupnya.
Menurutnya, dia bergelar juruterbang dengan jawatan terakhir sebagai Pegawai Pertama Kanan di Oman Air sebelum ‘dilepaskan’ syarikat penerbangan negara berkenaan pada April lalu kerana pengecilan operasi.
“Ketika menerima perkhabaran saya ditamatkan perkhidmatan, sudah pasti perasaan sedih mengenangkan kehidupan selepas ini kerana penerbangan adalah minat saya sejak kecil.
“Tidak sangka Covid-19 memberi tamparan begitu hebat kepada dunia sehingga saya sendiri terkena tempias wabak ini sehingga hilang mata pencarian,” katanya.
Kekok Berniaga Burger Tapi Perlu Teruskan Hidup
Namun, enggan terus berduka, anak muda yang mesra disapa Naeem itu bangkit untuk memulakan kehidupan baharu dengan sokongan daripada isteri Intan Shazia Abdul Hariz Leong, 25, keluarga dan mentua untuk menjual burger di Bukit Jelutong sejak dua bulan lalu.
“Saya minat memasak dan mahu mencuba bidang baharu ini sebagai punca rezeki dengan menggunakan resipi sendiri selain mendalami ilmu memanggang daging burger dari Youtube dan Google.
“Alhamdulillah sambutan yang diterima sangat menggalakkan daripada pelanggan sekitar Shah Alam terutama sejak kisah saya tular baru-baru ini.
“Saya juga bersyukur kerana memiliki sistem sokongan yang sangat padu daripada isteri, keluarga dan mentua kerana mereka turut membantu bukan sekadar sokongan malah memastikan operasi harian perniagaan lancar,” katanya yang memulakan kerjaya sebagai juruterbang pada 2014 dengan syarikat penerbangan negara.
Menaruh Harapan Industri Penerbangan Pulih
Naeem berkata, dia masih menaruh harapan industri penerbangan akan kembali pulih segera namun dalam masa sama tetap akan meneruskan perniagaan burger.
Katanya, walaupun melalui dua dunia pekerjaan berbeza, satu persamaan kedua-dua bidang ini adalah ketelitian dan kualiti kepada pelanggan.
“Saya mahu terus berjaya dalam bidang perniagaan namun dalam masa sama tetap berhasrat untuk kembali ‘terbang’ sekiranya keadaan kembali pulih.
“Terima kasih kepada pelanggan yang menyokong perniagaan saya dan diharap kisah ini menjadi inspirasi untuk masyarakat bangkit meneruskan kehidupan dan berjuang melawan Covid-19,” katanya.
MW: Harapnya mereka yang terkena tempias pendemik Covid-19 akan segera bangkit untuk meneruskan hidup. Memang tak mudah namun kisah juriterbang mungkin dapat dijadikan inspirasi untuk kita berjaya sebelum berserah. Insyallah.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...