15 Tahun Perkahwinan Dikurniakan 5 Anak Lelaki, AG Azmeer Gandakan Syukur

Share

Setiap orang rezekinya tak sama. Allah beri ikut apa yang hambaNya perlu. Ada yang teringin anak perempuan, tapi Allah rezekikan kesemua anak lelaki. Tetap.. apabila hambaNya bersyukur, Allah limpahkan rezekinya berganda-ganda.

Sebagaimana pengacara radio terkenal, AG Azmeer diberikan rezeki cahaya mata kesemuanya lelaki. Selama 15 tahun mendirikan rumah tangga dengan Emelda Amir, mereka dikurniakan 5 hulubalang ; Muhammad Aeril Aqmar, Muhammad Arraz Ammar, Muhammad Aqriz Anmar, Muhammad Affan Afmar dan si bongsu yang dilahirkan pada 10 September lalu, Muhammad Aesry Athmar.

AG atau nama sebenarnya, Muhammad Azmir Selamat memanggil kelima-lima anaknya dengan gelaran hulubalang.

Baca sini : Sebelum anak lelaki jadi remaja, penting ajar 5 perkara ini.

Miliki 5 Anak Lelaki, Ini Jawapan AG

Walaupun, Allah memberi rezeki kelima-lima anaknya lelaki, AG tetap bersyukur malah berbangga Allah memilih dirinya. Dan ini jawapan AG.

@mel_hulubalang terima kasih bidadari hati. 15 tahun usia perkahwinan kita. Rasa bangga kerana Allah memilih kita untuk memiliki 5 anak lelaki. Inshaallah, jika diizinkan Allah.. ke-5 hulubalang kita yang akan mengangkat jenazah kita nanti. Aminn Ya Allah.”

Ketika berkongsi kesyukurannya di atas kelahiran anak bongsu pada September lalu, ayah ini juga memaklumkan, kehadiran cahaya mata lelaki itu memberi kegembiraan di hati mereka sekeluarga.

Allah kurniakan kami seorang lagi anak lelaki.. Ya Allah, syukur ke hadrat Mu.. tiada yang terbaik selain dari pemberian mu ya Allah.

Kehadiran buah hati ke-5 AG and wife, menambah lagi kasih sayang dan kegembiraan kami sekeluarga. Syukur.. Alhamdulillah. Moga Allah panjangkan umur kita semua untuk diberi kesempatan mendidik anak-anak kita, untuk mendoakan kita di alam kubur kelak. InshaAllah.. Aminnn.”

Doa AG Buat Yang Masih Menanti Cahaya Mata

Kongsinya lagi, “pada kawan-kawan yang masih menanti hadirnya cahaya mata, di hari Jumaat (ketika status dimuat naik) yang mulia ini AG dan sekeluarga mendoakan agar Allah mempercepatkan rezeki kawan-kawan semua.. Amin Ya Rabbal Alamin

.”

Diam tak diam, sudah sebulan lebih usia anak bongsu AG. wajahnya pun saling tak tumpah macam ibunya. Comel betul. Putih kemerah-merahan kulitnya. Apa pun semoga si bongsu ini membesar menjadi anak yang menyenangkan hati ibu dan ayahnya.

Sumber/Foto : AG Azmeer

Published by
NETTY AH HIYER