15 Tahun Berniaga, Penjual Kongsikan Ilmu Pilih LEMANG Tepi Jalan Elok Masak Sempurna!

Share

15 Tahun Berniaga, Penjual Kongsikan Ilmu Pilih LEMANG Tepi Jalan Elok Masak Sempurna! Lemang boleh dikatakan juada wajib setiap kali tibanya musim raya. Namun nak beli lemang ada ilmunya, barulah lemang tersebut elok masak sempurna dan boleh tahan lama.

Bukan apa, sebatang lemang boleh tahan juga harganya.Jika tersalah beli dan tak menepati citarasa memang boleh ‘frust’ dan rasa tak berbaloi pula.

Ikut tip mudah yang dikongsikan oleh penjual lemang  Encik Harris Rosli ini sebagai panduan.

Haihh lama tak post thread panjang-panjang. Kali ni nak post tips nak beli lemang. Untuk kawang-kawan dan rakyo’t marhaen yang lain dari mengelakkan ‘terkena’ masa beli lemang di gerai-gerai tepi jalan pilihan korang.

Sepanjang 15 tahun dok tolong family bakar lemang, tahun ni first time aku tak jual lemang sebab wife due bersaling minggu raya. So ada ilmu sikit-sikit ni tak salah kita share ramai-ramai kan.

1. Banyak Kayu Dibakar

Cari gerai lemang yang banyak kayu-kayu untuk dibakar. Sebabnya, dorang ni memang bakar lemang kat situ, dorang tak ‘wayang’ je bakar lemang. Sesetengah orang, dorang kukus lemang tempat lain, dan bawak mai ke gerai dorang dan layur je kat bara api.

2. Pilih Saiz Sederhana

Jangan pilih lemang yang terlalu besar dan lemang yang terlalu kecil. Ambil yang sedang-sedang, sebab yang besar tak semestinya dimasak dengan sempurna. Bila kita potong lemang tersebut, keliling lemang memang masak. Tapi bahagian tengah masih lagi dalam kondisi pulut. Kalau jenis kurus dan kecik, ‘chances’ untuk garing amat tinggi. Sebab ‘total surface area’ yang kena haba sangat besar. So saya prefer korang ambik yang sedang-sedang. Errr… Paham dak ni?

3. Belah Bahagian Bawah Lemang

Suruh tokey lemang belah dulu bahagian bawah lemang. Ini kerana, nak bakar lemang, orang akan pakai hipotesis, jika bahagian bawah lemang masak, maka bahagian atas lemang juga akan masak. Sesetengah orang jual lemang, dia akan belah bahagian atas. Lepas tu tunjuk kat costumer, dan kata lemang masak. Balik-balik, time potong, bahagian bawah tak masak lagi. Cian customer.

4. Beli Banyak Minta Diskaun

Cuba minta diskaun kalau beli banyak. Kalau anda beli 3 batang, tak salah kan minta diskaun. Harga pun dah dekat RM50 dah. Tapi jangan la minta diskaun gila-gila. Kesian la kat dorang yang bakaq lemang siang malam tu. Ingat senang ke nak kawal api, mendidih ayaq mata oooo…

5. Elak Lemang Bakar Guna Kayu Pallet

Jangan dan jangan singgah gerai lemang yang gunakan pallet kayu sebagai kayu bahan bakar lemang. Sebabnya, gerai yang pakai pallet ni berbahaya masa bakar lemang tersebut. Kalau tuan-tuan semua perasan, pallet kayu ni jarang anai-anai sentuh kan? Ya, sebabnya pallet kayu ni telah diracun dengan sejenis ‘chemical’ khas untuk mengelakkan anai-anai makan. So, kalau pallet tu dibakar, secara tak langsung dia hasilkan gas berbahaya walaupun kita tak nampak, dan lemang tersebut mungkin terkena tempias ‘chemical’ tersebut.

TIP Lemang Tahan Lama

1. Pilih ‘Kepala’ Lemang Kering

Masa pilih lemang yang dah masak, ambil lemang yang bahagian atasnya yakni ‘kepala’ yang dah kering. Bila kepala dah kering, kita boleh simpan lama sikit, paling kuat 2 hari.

Dan walaupun kepala tersebut nampak kotor dan tak elok, jangan buang! Bahagian tu yang paling sedap bagi sebatang lemang. Sebab lemak-lemak santan yang mendidih dah terkumpul di bahagian atas. So rasa dia masin-masin sikit dan berlemak. Dappp uummhhh…

2. Terbalikkan Lemang, Biar Berdiri

Kalau nak simpan lemang untuk 2-3 hari, ada caranya. Terbalikkan lemang ‘upside down’ dan biar dia berdiri. Sandar la kat mana-mana pun. Sebab minyak di bahagian atas sekali yang boleh buatkan dia basi. Okeh?

3. Bau Dahulu ‘Kepala’ Lemang

Sebelum korang beli lemang, pastikan bau dahulu ‘kepala’ lemang tersebut. Takut ada lemang yang dah 2 hari ke atas. Kalau dah basi, selalunya bau masam basi macam tu.

Last sekali, sedikit pesanan kepada pembeli-pembeli sekalian. Anda sebagai pembeli ada hak-hak anda semasa membeli lemang. Namun, kena la jaga adab antara pembeli dan penjual. Kalau ada masalah ke apa ke, kawtim dulu dengan tokey lemang. Sekarang zaman viral, lemang tak masak sikit dah viral.

Kesian kat peniaga lemang ni, dah la berniaga lemang setahun 2 kali. Kena viral pulak, terus lingkup.

Anda ada kuasa membeli, kalau tempat tu jual mahal, pergi tempat lain. Tapi kalau mahal, berbaloi dan memang puas hati, apa salahnya kita beli. Benda makanan jangan berkira tuan-tuan, kopi hipster RM20 secawan beli tak komplen pun.

Tak ramai anak muda yang pandai bakar lemang. Kepakaran membakar lemang ni patut dipelajari generasi muda. Benda-benda macam ni boleh menjana pendapatan time-time nak raya.

Semoga Bermanfaat!

Mesti Baca:Penantian 11 Tahun Nak Bernikah, Gigih Kumpul “Tabung Kahwin Lemang Duit”!
Baca Lagi Di Sini:DAGING MASAK HITAM Sarawak, Fuhhh Sedapnya Makan Dengan Lemang, Nasi Minyak
Artikel Menarik:Resipi LEMANG Cawan Kukus Sedap & Lembut, Rasa Macam Ketupat Palas!

Mingguan Wanita: Semoga tip daripada penjual lemang ini bermanfaat buat mak-mak yang nak beli lemang. Barulah berbaloi dan mudah tertipu, malah lemang pun tahan lama.

Sumber: Harris Rosli

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab