15 Tahun Berniaga, Penjual Kongsikan Ilmu Pilih LEMANG Tepi Jalan Elok Masak Sempurna! Lemang boleh dikatakan juada wajib setiap kali tibanya musim raya. Namun nak beli lemang ada ilmunya, barulah lemang tersebut elok masak sempurna dan boleh tahan lama.
Bukan apa, sebatang lemang boleh tahan juga harganya.Jika tersalah beli dan tak menepati citarasa memang boleh ‘frust’ dan rasa tak berbaloi pula.
Ikut tip mudah yang dikongsikan oleh penjual lemang Encik Harris Rosli ini sebagai panduan.
Haihh lama tak post thread panjang-panjang. Kali ni nak post tips nak beli lemang. Untuk kawang-kawan dan rakyo’t marhaen yang lain dari mengelakkan ‘terkena’ masa beli lemang di gerai-gerai tepi jalan pilihan korang.
Sepanjang 15 tahun dok tolong family bakar lemang, tahun ni first time aku tak jual lemang sebab wife due bersaling minggu raya. So ada ilmu sikit-sikit ni tak salah kita share ramai-ramai kan.
1. Banyak Kayu Dibakar
Cari gerai lemang yang banyak kayu-kayu untuk dibakar. Sebabnya, dorang ni memang bakar lemang kat situ, dorang tak ‘wayang’ je bakar lemang. Sesetengah orang, dorang kukus lemang tempat lain, dan bawak mai ke gerai dorang dan layur je kat bara api.
2. Pilih Saiz Sederhana
Jangan pilih lemang yang terlalu besar dan lemang yang terlalu kecil. Ambil yang sedang-sedang, sebab yang besar tak semestinya dimasak dengan sempurna. Bila kita potong lemang tersebut, keliling lemang memang masak. Tapi bahagian tengah masih lagi dalam kondisi pulut. Kalau jenis kurus dan kecik, ‘chances’ untuk garing amat tinggi. Sebab ‘total surface area’ yang kena haba sangat besar. So saya prefer korang ambik yang sedang-sedang. Errr… Paham dak ni?
3. Belah Bahagian Bawah Lemang
Suruh tokey lemang belah dulu bahagian bawah lemang. Ini kerana, nak bakar lemang, orang akan pakai hipotesis, jika bahagian bawah lemang masak, maka bahagian atas lemang juga akan masak. Sesetengah orang jual lemang, dia akan belah bahagian atas. Lepas tu tunjuk kat costumer, dan kata lemang masak. Balik-balik, time potong, bahagian bawah tak masak lagi. Cian customer.
4. Beli Banyak Minta Diskaun
Cuba minta diskaun kalau beli banyak. Kalau anda beli 3 batang, tak salah kan minta diskaun. Harga pun dah dekat RM50 dah. Tapi jangan la minta diskaun gila-gila. Kesian la kat dorang yang bakaq lemang siang malam tu. Ingat senang ke nak kawal api, mendidih ayaq mata oooo…
Ads
5. Elak Lemang Bakar Guna Kayu Pallet
Jangan dan jangan singgah gerai lemang yang gunakan pallet kayu sebagai kayu bahan bakar lemang. Sebabnya, gerai yang pakai pallet ni berbahaya masa bakar lemang tersebut. Kalau tuan-tuan semua perasan, pallet kayu ni jarang anai-anai sentuh kan? Ya, sebabnya pallet kayu ni telah diracun dengan sejenis ‘chemical’ khas untuk mengelakkan anai-anai makan. So, kalau pallet tu dibakar, secara tak langsung dia hasilkan gas berbahaya walaupun kita tak nampak, dan lemang tersebut mungkin terkena tempias ‘chemical’ tersebut.
TIP Lemang Tahan Lama
1. Pilih ‘Kepala’ Lemang Kering
Masa pilih lemang yang dah masak, ambil lemang yang bahagian atasnya yakni ‘kepala’ yang dah kering. Bila kepala dah kering, kita boleh simpan lama sikit, paling kuat 2 hari.
Dan walaupun kepala tersebut nampak kotor dan tak elok, jangan buang! Bahagian tu yang paling sedap bagi sebatang lemang. Sebab lemak-lemak santan yang mendidih dah terkumpul di bahagian atas. So rasa dia masin-masin sikit dan berlemak. Dappp uummhhh…
2. Terbalikkan Lemang, Biar Berdiri
Kalau nak simpan lemang untuk 2-3 hari, ada caranya. Terbalikkan lemang ‘upside down’ dan biar dia berdiri. Sandar la kat mana-mana pun. Sebab minyak di bahagian atas sekali yang boleh buatkan dia basi. Okeh?
Ads
3. Bau Dahulu ‘Kepala’ Lemang
Sebelum korang beli lemang, pastikan bau dahulu ‘kepala’ lemang tersebut. Takut ada lemang yang dah 2 hari ke atas. Kalau dah basi, selalunya bau masam basi macam tu.
Last sekali, sedikit pesanan kepada pembeli-pembeli sekalian. Anda sebagai pembeli ada hak-hak anda semasa membeli lemang. Namun, kena la jaga adab antara pembeli dan penjual. Kalau ada masalah ke apa ke, kawtim dulu dengan tokey lemang. Sekarang zaman viral, lemang tak masak sikit dah viral.
Kesian kat peniaga lemang ni, dah la berniaga lemang setahun 2 kali. Kena viral pulak, terus lingkup.
Anda ada kuasa membeli, kalau tempat tu jual mahal, pergi tempat lain. Tapi kalau mahal, berbaloi dan memang puas hati, apa salahnya kita beli. Benda makanan jangan berkira tuan-tuan, kopi hipster RM20 secawan beli tak komplen pun.
Ads
Tak ramai anak muda yang pandai bakar lemang. Kepakaran membakar lemang ni patut dipelajari generasi muda. Benda-benda macam ni boleh menjana pendapatan time-time nak raya.
Mingguan Wanita: Semoga tip daripada penjual lemang ini bermanfaat buat mak-mak yang nak beli lemang. Barulah berbaloi dan mudah tertipu, malah lemang pun tahan lama.
Bantal yng digunakan di rumah lama-kelamaan pasti ada tompokan kekuningan, kotor dan agak berbau. Jika tak bersarung bantal memang geli dibuatnya. Sebenarnya ada cara mudah nak bersihkan bantal sebegini.
Boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Nismiraa menerusi akaun TikTok nya. Macam tak percaya lihat hasilnya, hanya guna 3 bahan bantal kembali bersih macam baru dan tak berbau busuk lagi.
Mingguan Wanita: Wah menarik tip hilangkan tompokan ‘peta’ dan bau busuk pada bantal ni. Memang berkesan hasilnya, bantal elok kembali bersih dan nampak macam baru. Jadi sebelum nak beli bantal baru elok cuci dulu ikut tip yang dikongsikan ini.
SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Perkara pertama yang terlintas di kepala bila tengok dapur terbakar tentulah dengan mengambil air untuk padamkan. Tapi, sebaliknya bukan makin padam tapi makin marak.
Inilah kesalahan yang sering berlaku bila ada kebakaran di dapur. Dalam kepala hanya fikirkan air saja yang mampu padamkan api dan boleh selamatkan rumah dari terbakar.
Perkongsian daripada Abang bomba tentang cara nak padamkan dapur terbakar adalah dengan menggunakan tuala basah saja. Kalau guna air, ia boleh menyebabkan api makin marak.
Pesanan abang bomba dan tunjukkan cara padamkan api dapur terbakar.
1. Jangan padam dengan air.
2. Ambil tuala basah dan tekapkan pada kuali atau peralatan yang terbakar.
3. Tutup gas atau api dapur yang terpasang.
4. Angkat kuali atau periuk yang terbakar tadi ke tempat terbuka.
5. Angkat dan boleh lihat asap berkepul-kepul pada peralatan dapur.
Mingguan Wanita: Ingatan buat mak-mak. Jangan sesekali siram dengan air.
Makin ramai anak, makin macam-macam ragamnya. Lagi-lagi cuti sekolah ini anak-anak berkumpul. Siap sedia mak-mak dengan suara petir bila anak mula buat perangai.
Hahaha.. lucu pula cerita ibu ini, Siti Nurain Mohd Amin.
Walhal nak bersihkan kesan marker pen dekat sofa, dinding malah pintu tu bukannya mudah. Mahu keluar peluk jantan mak.
“Baru hari pertama cuti sekolah, sudah muncul grafiti dan lukisan Leonardo Da Vinci di seluruh rumah.
“Ini kalau tak suara harimau mengaum, pasti suara petir kilat sabung menyabung keluar dari peti suara emak-emak.”
Chill, emak-emak sekalian.
Tarik nafas, hembusss.
Meh, nak tunjuk magik sikit yang boleh mengurangkan kecederaan anak tekak emak-emak dan kelukaan hati anak-anak.
Bersihkan Dinding/Sofa Anak Conteng Guna Magic Sponge
1. Masuk bilik pakai tudung, tepek bedak sikit dan oles lipstik. Perempuan cantik tersenyum kat cermin sifatnya lebih tenang. Haha 2. Ambil kunci kereta atau ajak suami pergi ECO terdekat.
3. Cari satu span dipanggil “Eraser Sponge”. Saya gelar Magic Sponge. Harganya RM2.10 saja. 4. Penat keliling satu ECO tak jumpa menatang sponge ni sebab selalunya sold out. Haa, tak usah menangis tepi bucu mesin cashier dulu. Start enjin, emak-emak pergi ke Daiso pula. Benda yang sama, packaging saja berbeza. Harga RM5.90.
Kena Celup Magic Sponge Dalam Air
5. Balik rumah dengan girang. Ambil mangkuk. Isi dengan air paip. 6. Celup Magic Sponge dalam air. Tonyoh sekuat hati. Guna microfiber towel yang kalian campak dalam bakul di ECO sekali tadi untuk lap air yang mengalir. Iyalah masuk ECO mustahil keluar tangan kosong. 10 barang confirm terselit. Kan? Kan? 7. Tonyoh lagi. Lap lagi. Tonyoh lagi. Lap lagi. Ulang langkah sama sampai hilang lukisan anak-anak kalian.
8. Lepas ni boleh senyum kata ke anak-anak, “Haa.. lukislah lagi nak, lukis. Luaskan kekreatifanmu” sambil jeling ke Magic Sponge.
MW : Haa.. mudah kan? Tengok video ibu ini kongsi, tak perlu sental beria-ia pun. Dah.. dah boleh ajak suami ke kedai ECO tu. Tapi kenalah pasang niat awal-awal. Takut keluar nanti bukan magic sponge je dok dalam bakul tu..
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...