Berita

15 Hari Jadi Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Terus Dilantik Menjadi Yang di-Pertuan Agong

Share

Menonton program dokumentari khas berjudul 5 Tahun Pemerintahan Al-Sultan Abdullah di rangkaian televisyen swasta malam tadi memberi kesan yang mendalam terhadap rakyat jelata melihat bagaimana Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memikul tanggungjawab sepanjang lima tahun memerintah negara dan penuh rasa tanggungjawab dan menyelinap di hati setiap rakyat jelata.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengakui tidak mengambil gaji Yang di-Pertuan Agong sepanjang lima tahun memerintah negara.

15 Hari Jadi Sultan Pahang

Memetik laporan dari Harian Metro, Baginda mendedahkan detik awal memikul tanggungjawab sebagai ketua negara yang bukan saja dalam keadaan sukar akibat pergolakan politik ketika itu, malah berada dalam kekaburan dengan jawatan dan peranan yang perlu disandang.

Al-Sultan Abdullah memasuki Istana Negara pada tanggal 31 Januari 2019. Baginda turut berkongsi momen awal apabila dilantik memegang jawatan penting itu.

Al-Sultan Abdullah Terus Dilantik Menjadi Yang di-Pertuan Agong

“Ketika dilantik, saya baru 15 hari menjadi Sultan Pahang, banyak perkara yang saya masih tak tahu dan kemudian terus dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong. Memang ia agak sukar bagi saya kerana tiada pengalaman, tetapi saya belajar perlahan-lahan.

Pemerintahan baginda turut mencipta sejarah tersendiri apabila digandingkan bersama empat Perdana Menteri sepanjang lima tahun memegang tampuk pemerintahan negara.

“Sepanjang lima tahun, saya bergandingan dengan empat Perdana Menteri. Siapalah saya dibandingkan dengan mereka yang berpengalaman, tetapi saya banyak bertanya, belajar dan membaca,” titah baginda pada sesi bersama media di Istana Negara, sebelum menamatkan pemerintahan selama lima tahun berkuat kuasa hari ini.

Susulan itu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan akan bersemayam selama lima tahun, berkuat kuasa 31 Januari ini.

Majlis Raja-Raja juga bersetuju mengisytiharkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, juga selama lima tahun dan mulai dari tarikh sama.

Juga Baca: https://www.mingguanwanita.my/tunku-azizah-seorang-ibu-isteri-dan-permaisuri-yang-cukup-sempurna-al-sultan-abdullah/

Sementara itu, baginda gembira untuk pulang ke Pahang dan menyantuni rakyat di negeri berkenaan dan mengakui peranan terbabit berbeza ketika memimpin negara.

“Saya suka berjumpa dan membantu rakyat kerana ia memberi semangat kepada saya. Sebenarnya banyak kerja yang perlu dilakukan di Pahang nanti sebab saya hanya sempat menjadi Sultan Pahang selama 15 hari saja sebelum ini.

“Kini rakyat menantikan saya sebagai sultan, jadi saya dan isteri, akan melawat setiap daerah untuk bertemu rakyat dan membantu mereka yang miskin.

“Bagi saya, mungkin saya bukan raja Malaysia lagi selepas ini, tetapi saya tetap akan jadi raja di hati anda semua selamanya,” titah baginda.

Foto: Koleksi Bernama & Istana Negara

Published by
Rosmah Idayu