Sebenarnya meskipun dalam keadaan haid dan nifas, wanita tetap boleh melakukan beberapa amalan bagi mendekatkan diri padaNya sekaligus memperolehi ganjaran pahala sepanjang tempoh tersebut.
Sedia maklum, didalam tempoh tidak suci ini, wanita dilarang sama sekali untuk mengerjakan beberapa ibadat seperti solat fardhu dan sunat serta tidak boleh berpuasa. Pada masa ini, juga dilarang bersetubuh bagi wanita yang telah berkahwin.Oleh demikian pasti timbul rasa ingin tahu tentang apa perkara yang wanita boleh dilakukan sepanjang ‘tempoh cuti’ tersebut.
Berikut adalah beberapa perkara yang wanita boleh lakukan bagi mengisi kekosongan didalam hati.
Oleh kerana wanita yang sedang haid tidak boleh membaca Al-Quran, gantikan bacaan al-Quran yang dipasang di radio atau pemain mp3.
Kaji dan cuba fahami isi Al-Quran melalui terjemahannya
Sekiranya ada surah-surah dari Al-Quran yang sudah dihafal, anda boleh menggunakan masa ini untuk mengulang hafalan anda.
Basahkan lidah dengan zikir seperti bertahlil, bertahmid, bertasbih dan sebagainya.
Baca Al-Ma’thurat dengan niat untuk berzikir.
Rajinkan berselawat kepada Nabi.
Gunakan masa ini untuk memperbanyakkan istighfar, memohon keampunan dari Allah.
Banyakkan berdoa sama ada doa itu termasuk dalam Al-Quran atau tidak.
Tambahkan ilmu pengetahuan dengan membaca buku-buku agama.
Tambahkan ilmu dengan mendengar ceramah, atau mendengar ceramah melalui televisyen dan youtube.
Turut serta dalam menyebarkan dakwah.Gunakan masa ini untuk menyampaikan atau berkongsi ilmu agama walaupun dengan ahli keluarga.
Ambil sedikit masa untuk mengingati semua kekurangan diri, mensyukuri pemberian Allah, memikirkan bahagian yang perlu diperbaiki.
Elokkan akhlak dengan suami, ibu bapa, dan mereka yang berada di sekeliling. Jadikan ini ruang untuk berbakti kepada keluarga terutama ibu bapa.
Mudahkan hati untuk bersedekah atau membantu mereka yang memerlukan.
Ini adalah masa untuk mencuci telekung sebelum menggunakannya semula selepas anda mandi wajib.
Menurut Ustazah Siti Noor Bahyah Mahamood dalam bukunya bertajuk Hadiah Buat Muslimah: Panduan Asas Fiqah Wanita, wanita yang sedang haid dianggap tidak suci (Perjanjian Lama). Dalam tempoh itu, wanita tersebut bukan sahaja dipulaukan suaminya, malah tidak dibenarkan menyentuh makanan untuk keluarganya.
Namun, Islam bersikap adil terhadap wanita. Walaupun beberapa ibadat diharamkan, wanita Islam yang sedang dalam haid terlepas daripada pelbagai label yang memalukan.
Semoga bermanfaat!
Fiqh Wanita 1; Darah Wanita – Ustazah Isfadiah- JAIS Hulu Langat