“Bukan hanya ke jenjang pelamin tapi untuk selamanya” Watie mohon doa semuanya dipermudahkan. Akhirnya terlerai sudah segala persoalan tentang hubungan cinta antara duda ‘hot’ Shuib dan Watie Hanifiah.
Selepas kehilangan isteri tercinta yang juga penyanyi terkenal Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin pada 9 Ogos 2021 kerana dijangkiti Covid-19 ramai yang ingin mengetahui siapakah wanita yang menjadi pemiliki hati pelawak dan ahli perniagaan itu.
Shuib akhirnya telah memilih Watie untuk dijadikan suri hidupnya bersama anak-anak. Malah ayah kepada Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 7 dan Ayash Affan, 2 itu juga turut berkongsi detik indah dilaluinya di Instagram dan mengumumkan dirinya telah bertunang.
Sebelum ini Shuib dilihat telah membawa Watie berhari raya bersama sekali gus bertemu dan diperkenalkan kepada keluarga masing-masing buat kali pertama. Malah anak-anak Shuib kelihatan begitu serasi dengan Watie.
Selain Shuib Watie juga telah membuat hantaran foto jarinya bersarung cincin dengan kapsyen menggambarkan rasa bertuah dan syukur dipertemukan jodoh dengan lelaki pilihan.
“Allah timing is perfect every matter. We don’t always understand the wisdom behind it but we have to learn to trust it. (Allah adalah penentu masa sempurna bagi setiap perkara. Kita tidak selalu memahami hikmah di sebaliknya, tetapi kita perlu belajar mempercayainya),” tulisnya.
Malah pasangan ini juga telah memilih tarikh diijabkabulkan iaitu pada 23 Jun depan.
Wanita terbahagia itu juga juga cukup teruja dan memohon doa orang ramai untuk kebahagiaan mereka.
“Syukur alhamdulillah segalanya berjalan lancar, perasaan saya sekarang bercampur baur.
“Sata mengharapkan segalanya dipermudahkan, bukan hanya untuk ke jenjang pelamin saja tapi untuk selama-lamanya.
“Harapnya perhubungan dengan bakal suami mendapat doa semua,” ungkap Watie seperti mana dilaporkan Astro Gempak.
Ketika mengendalilkan segmen Morning Morning Suria, Suraya Borhan berbicara soal cincin pertunangan Shuib dan Watie. Menurut Shuib cincin itu adalah pilihan Watie sendiri yang menyifatkannya ringkas dan cantik.
“Berkenaan cincin yang berlingkar macam ulat gonggok itu, Watie yang pilih sendiri. Kami membelinya sehari sebelum majlis pertunangan dilangsungkan kelmarin.
“Saya tidak membeli apa-apa persiapan tunang di Indonesia pun. Saya ke sana baru-baru ini atas urusan perniagaan. Persiapan majlis tunang, beli di Malaysia saja,” katanya.
Menerusi akaun Instagram Shuib pula dirinya berkongsi foto mereka bersama empat anaknya di Instagram yang gembira dan tersenyum riang.
“Allah pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya, “Jadilah, lalu jadilah ia,” tulisnya yang memetik surah Al Baqarah, ayat 117.
“Semoga Allah mempermudahkan perjalanan kita,” tulisnya lagi berserta emoji hati berwarna merah @iamwatie dan tanda pagar iaitu #Tunang #6May2023 #ShuibFamily.
Baca Disini : “Emak Menilai Yang Baik-Baik Mengenai Watie” Shuib Dapat Restu Ibu
Mingguan Wanita: Mesti berdebar-debar nak menuju ke jenjang pelamin. Apapun tahniah dan semoga majlis nikah dipermudahkan.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sumber: Astro Gempak
Sumber Foto : Instagram Shuib Sepahtu