Tom syukur sudah sah bergelar isteri Fuad. Tahniah diucapkan buat penyanyi Tom dan juga Fuad Rahman yang kini sudah sah bergelar suami isteri.
Kedua-dua penyanyi yang juga bekas peserta Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Fuad Rahman, 43, dan Tom telah melangsungkan pernikahan di Batam, Indonesia baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Tom juga meluahkan rasa bersyukur, “Alhamdulillah, dah sah, lepas ni pegang-pegang dah tak kena marah,” tulis penyanyi, Tom, 36, di Instagram Story selepas majlis pernikahannya.
Tom memilih Fuad yang berasal dari Singapura, malah berita tersebut juga disahkan oleh Pengurus Tom, Alan menerusi perkongsian Harian Metro.
Alan memaklumkan pasangan terbabit mempunyai alasan tersendiri memilih untuk disatukan di lokasi terbabit.
Difahamkan ia bagi memudahkan urusan pernikahan dan mengelakkan sebarang kerumitan yang timbul jika dilangsungkan dalam negara.
Pasangan itu dijangka mendaftarkan perkahwinan mereka di Malaysia sejurus selepas pulang ke tanah air. Majlis resepsi mereka pula dijangka akan diadakan selepas Aidilfitri nanti.
Pemilik nama sebenar Raja Farah Afzal Raja Ikram, 36, itu juga turut memuat naik gambar sekitar majlis pernikahan mereka itu.
Tom yang tampil dengan busana warna putih berkata, dia bersyukur kerana majlis pernikahan mereka berjalan lancar seperti direncanakan.
Pada perkongsian yang sama Tom memberitahu, ibunya tidak dapat hadir pada majlis pernikahan mereka kerana dikatakan sibuk.
“My mom’ (ibu saya) tak dapat datang, dia ‘busy’ (sibuk). Jadi ‘video call’ (panggilan video) je. Takpa janji restu ibu itu penting. I Love you mak,” tulisnya.
Menerusi hantaran di Instagram Tom, suaminya, Fuad turut berkongsi perasaannya kerana mereka sudah selamat bernikah.
“I feel good’ dan ‘happy’, sebab dah halal,” luahnya.
Baca Disini : Isteri Adeep Nahar GV9 Bergelar Jutawan “Saling Jadi Tulang Belakang. Doakan Kejayaan, Kebaikan Buat Isteri”
Sumber / Sumber Foto : Instagram Tom
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.