14 tahun Jadi Sahabat Baik Ebit Lew “Kes Orang Sakit Hati, Ugut Tu Perkara Biasa,”

Share

Dugaan seorang pendakwah dalam membuat kebaikan dan membantu golongan susah yang memerlukan tidak mudah. Ada masa diri dihina, diketawakan, difitnah, diejek, disalah tafsir dan sebagainya dalam menyampaikan perjuangan dakwah. Ketika ini, figura pendakwah terkenal Ebit Lew antara yang sedang diuji.

Namun disebalik ujian tersebut, antara sahabat baik beliau Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria mendedahkan selama 14 tahun mengenali figura ini kes orang sakit hati, ugut itu merupakan perkara biasa yang dialaminya. Namun cintanya pada dakwah Nabi untuk tengok semua orang peluk Islam dan dapat kalimah Lailaha illallah tu tak pernah mati.

Berikut perkongsian daripada Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria semoga menjadi inspirasi buat kita.

Bismillah.Terpanggil untuk berkongsi kisah inspirasi ini untuk followers saya. Saya antara sahabat yang menyaksikan Ebit Lew, orang yang betul-betul susah miskin, dihina, dikenakan, diketawakan..Tiba-tiba Allah beri kekayaan padanya yang bukan sedikit.

Ustaz Ebit ni antara sahabat baik saya. Waktu tu kisah 14 tahun dulu masing-masing belum kahwin. Ustaz Ebit baru bertunang. Kami ada dalam 5 orang sahabat baik di ofis waktu tu. 3 lelaki dan 2 perempuan. Di ofis ni, tak ramai perempuan. Penceramah perempuan 2 orang sahaja. Semua sekali 5 staff perempuan dan 20 staff lelaki.

Dulu kami kerja selang satu meja waktu di Company Dato Fadzilah Kamsah. Ustaz Ebit ni antara yang selalu datang kumpul depan meja saya bercerita kisah Nabi dan Sahabat R.hum

Di depan meja saya, ada tikar kecil yang comel dan karpet-karpet yang cute. Kawan-kawan ni akan sengaja pijak-pijak carpet cute dan lembut ni untuk legakan kaki. Dan kalau dikira dekorasi tempat meja saya paling lawalah waktu tu di ofis tu.

Jadi selalu geng berlima ni bawa makanan, letak di tikar saya, duduk di lantai dan makan di situ. Ada satu ketika, Ustaz Ebit bagi saya duit, minta hias pula kawasan meja dia bagi lawa. Sebab katanya buruk sangat.Saya beli barang-barang hiasan, dan hias dengan bunga-bunga warna putih waktu Ustaz Ebit sedang cuti kerja.

Sembang Kisah Nabi

Ustaz Ebit ni takde satu hari tak sembang kisah Nabi. Kalau dengar Ebit bersembang, rasa macam wayang gambar depan mata kisah-kisah sahabat. Bila dia ada masalah, dia datang cari sayaa dan terus cerita pung pang pung pang apa orang kutuk dia.

Selepas 2 bulan kerja di ofis yang sama, Ustaz Ebit ni kahwin. Kemudian dia keluar jemaah tabligh, dia call saya kirimkan duit minta belikan bunga untuk isterinya. Saya pilih dan minta kedai gubahkan dengan sangat cantik. Tak lama saya terima whatspp gambar isteri Ebit pegang bunga tu dengan senyum manis. Ya tuhan, hati saya sangat-sangat berbunga.

Saya juga belikan rantai emas untuk sang bidadari. Ebit transfer duit gaji dia untuk saya tolong belikan. Saya pergi kedai emas carikan. Waktu tu duit dia cukup-cukup.

Kata dia, “Cukuplah Farah (nama isterinya) gembira, Ebit dah puas hati.

Sebelum tu bila dia bagitahu dia nak keluar jemaah ke sekian-sekian tempat..saya tanya dia.

“Ebit.. Ebit nak keluar jemaah, asyik keluar duit..Nanti macam mana kalau duit habis?” (soalan saya 14 tahun dulu waktu tak faham *hakikat memberi* )dan saya tahu dia memang tak ada duit.

Ebit jawab.. “Takpe Laila.. Keluar je jemaah dulu.. Nanti Allah ganti”

Orang Ketawakan Cukup-Cukup

Dulu keretanya buruk sangat-sangat. Masih terbayang di mata saya kereta dia.
Orang ketawakan dia.

Kawan-kawan kata, “Ebit.. Ko pakai macam ni.. Cakap macam ni..lembik…Sapa nak dengar cakap ko. Sapa nak dengar ko ceramah.. Tak laku”

Memang orang kenakan dia cukup-cukup, ketawakan dia cukup-cukup.

Sebelum buka Elews Mart tahun lepas, tengah tahun dia bagitahu saya yang dia nak buka 10 cawangan tahun lepas. Akhirnya Allah makbulkan dalam 2 bulan.Bahkan lebih berganda banyak lagi cawangan Elews Mart dan macam-macam perancangan dia yang dia bagitahu saya, Allah bagi semuanya jadi kenyataan. MashaAllah Tabarakallah!

Sampai kes orang sakit hati, ugut ke..tu perkara biasa.Sampai dia kata, kadang Ebit rasa nak lari bawak family ke luar negara. Malas pikir. Dok je sana terus. Buat baik salah. Tak buat baik pun salah.

Tapi saya tahu, tu kata-kata saja. Kata-kata orang yang letih sangat berjuang dengan karenah pelbagai pihak tapi cintanya pada dakwah Nabi untuk tengok semua orang peluk Islam dan dapat kalimah Lailaha illallah tu tak pernah mati.

Macam kita lah, rasa nak lari kan kalau dah tekanan banyak sangat.Macam nak tinggal semua.

Amalan Ebit Lew

Pada saya, dari susuk tubuh seorang sahabat, dari dulu sampai sekarang, dia tak pernah berubah. Tetap sama. MashaAllah. Tabarakallah. Amalan dia yang saya takkan lupa yang saya tengok di ofis selama 4 tahun tiap-tiap hari tanpa gagal.

  • Rajin sangat-sangat usaha
  • Qailulah
  • Cara tidur ikut sunnah Nabi
  • Selalu belanja kami
  • Senyum setiap hari
  • Nangis bila berdoa
  • Dhuha 6 rakaat dan lebih
  • Solat jemaah di Masjid dan dah bersiap awal ke Masjid tanpa gagal
  • Berbuat baik dengan isteri tanpa gagal
  • Amalan memberi hadiah buat isteri
  • Berbuat baik dgn mak ayah, adik beradik dan mak ayah isteri
  • Keluar dakwah
  • Amalan doa khusus

Nampak macam biasa-biasa, kita pun tahu amalan tu..Tapi dia ada amalan memaafkan orang dan meminta maaf serta amalan memberi walaupun dia sendiri tak cukup.Dan amalan ni dia buat sungguh-sungguh. Dan itu saya kira antara amalan paling mahal dia ada.

Oh ya..Lupa satu doa dia, tiap kali jumpa siapa pun.

“Ya Allah berikan saya sedikit kebaikan yang ada padanya” Sama ada orang itu orang soleh atau kelihatan sebaliknya.

Baca Lagi Di Sini :
“Berjuang Abang Hadiah Terbesar Buat Sayang. Teruskan Perjuangan ”Sebaknya Jawapan Isteri Ebit Lew
Food Bank “Mereka Yang Benar Perlu Boleh Ambil Sahaja. Free Jer” Ustaz Ebit Lew

Mingguan Wanita : Semoga perkongsian ini bermanfaat. Tak mudah untuk konsisten berbuat baik, dan melakukan kebajikan, pasti ada ujian yang menanti. Walau apa pun dugaan yang berlaku ketika ini, semoga Ebit Lew terus kuat, cekal serta dipermudahkan segala urusan dan berharap pengakhirannya semuanya baik-baik sahaja.

Sumber : Noor Laila Aniza Binti Zakaria

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.

Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW

Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.

Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.

Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40

JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )

JOM JAHIT BAJU KURUNG. BUAT DUIT JAHIT DI RUMAH
Orang kata kalau pandai jahit baju kurung, maka nak jahit pelbagai jenis baju lain akan jadi lebih mudah.(https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/ )

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab