Dua hari lepas, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin nyatakan kebimbangan dengan 13 kluster baru sepanjang PKPP. Sejak semalam, bertebaran gambar individu dengan ’wristband’ atau gelang pink keluar rumah bersenang-lenang.
Jangan jadikan kebimbangan ‘Abah’ kesayangan ramai ini jadi semakin parah ya. Sebenarnya Malaysia, belum pun bebas dari Covid-19 ini. PKPP ini kitalah kena jaga kita. Kitalah yang kena sedarkan diri kita. Jika rasa diri bergejala janganlah keluar rumah, bimbang menjangkitkan dekat orang lain.
Pesan cikgu ini, Mohamad Hakim yang pernah terpaksa memakai gelang dari KKM ini hanya kerana membuat perjalanan dari Semenanjung ke Sarawak.
Bagaimana sukarnya dia dan rakan-rakan guru kuarantinkan diri di kuarters sekolah selama 14 hari. Tetap.. mereka akur dan tak sesuka hari keluar tanpa kebenaran.
Tolonglah Jangan Pentingkan Diri Sendiri
Sekalipun tak kasihankan diri sendiri, tolong kasihankan mereka yang lain. Terutamanya untuk anak-anak yang masih kecil.
Ads
Mak cik kira beruntung kerana balik sahaja dari luar negara, terus berkuarantin di rumah sendiri. Kemudahan banyak. Bila lapar mak cik boleh picit butang telefon dan order makanan yang makcik idamkan.
Saya dan sebilangan guru-guru yang mengajar di Sarawak terpaksa berkuarantin di sekolah masing-masing yang lokasinya jauh dari bandar.
14 hari saya duduk di kuaters sekolah. Dengan gensetnya yang rosak masa itu. Maka bermandi peluh lah pada waktu tengah hari.
Tak Boleh Lari, Selagi Gelang Masih Di Tangan
Tak boleh nak lari mana-mana selagi ‘gelang’ masih di tangan.
Atas rasa tanggungjawab. Rasa bersalah yang tersangat jika keluar dari kawasan kuaters sekolah. Risau pun iya. Sedangkan saya dari semenanjung. Bukan balik berjalan dari negara orang.
Ads
14 hari mengharapkan ihsan kawan-kawan untuk hantarkan makanan ke rumah. Jika mereka keluar ke pekan, mereka tawarkan diri untuk belikan keperluan.
Hari ke-10 berkuarantin baru saya keluar. Itu pun ke hospital yang jaraknya 80km untuk buat swab test.
Selesai sahaja swab test, atas rasa tanggungjawab, terus pulang ke kuaters sekolah semula. Kira total perjalanan 160km semata-mata untuk buat swab test yang tak sampai berapa minit.
Buat mak cik dan kawan-kawan di luar sana, kita perlu sama-sama melawan virus ini. Jangan kerana kita, wujudnya kluster baru. Lagi kasihan jika anak-anak kecil yang polos wajah mereka itu turut terlibat sama.
Ads
Cukuplah pengalaman sekali buat swab test. Memang tak sakit, tapi berair juga mata. Tak boleh bayang jika anak-anak yang masih kecil turut melalui pengalaman yang sama. Puncanya dari kita orang dewasa yang tak bertanggungjawab.
Jadi bila dapat berita yang kerajaan mewajibkan kuarantin di pusat bagi mereka yang baru balik dari luar negara, saya lega. Lega kerana masalah mereka yang tak bertanggungjawab ini dapat dikurangkan.
Kawan-kawan, Sepatutnya bila kalian banyak travel, banyak melihat negara orang, kalian lebih matang dan bertanggungjawab. Pepatah ada mengatakan, jauh perjalanan luas pemandangan. Tapi tidak untuk mak cik. Tak ada kesan dan ibrah selain penat berjalan.
Sigh~ Saya harapkan agar pihak KKM sediakan ‘lidi’ yang lebih besar untuk cucuk hidung mereka. Baru padan dengan muka. Haha.
MW :Jangan kerana segelintir yang degil ini, orang lain yang tak bersalah pula jadi mangsa.
Sumber/ Foto : Mohamad Hakim , Dua-dua lubang hidung dicucuk masa swab test. *Artikel diterbitkan dengan keizinan penulis.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Akhirnya Hati DJ Lin Terbuka Tutup Aurat. Wanita kuat dan figura yang dikagumi ramai wanita di luar sana, DJ Lin kini sudah mengenakan hijab.
Ibu tunggal yang juga pemilik nama sebenar, Roslinda Abd Majid yang juga Pengurus Besar Suria FM menyatakan perubahan yan dilakukan dalam penampilan terbarunya sebenarnya sudah lama di rancang.
Kebetulan selepas pulang dari Mekah baru-baru ini, dia mengambil kesempatan untuk terus berhijab dan istiqamah. Untuk rekod ia adalah kali ketiga Lin mengerjakan umrah selepas 2012.
Akhirnya Hati DJ Lin Terbuka Tutup Aurat
Terangnya lagi dia sangat bersyukur kerana Allah SWT telah membuka hatinya untuk mengenakan tudung.
“Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana akhirnya hati terbuka untuk menutup aurat sepenuhnya kerana memang sudah lama saya merancang untuk bertudung.
“Waktu di Makkah dan Madinah, saya memang pakai tudung labuh dan ada masanya berniqab di Tanah Suci.
“Saya percaya ia petanda yang baik kerana hati berasa tenang dan damai sepanjang di sana hingga saya sudah pasang niat untuk bertudung sebaik saja kembali ke tanah air,” katanya seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Kehilangan Ibu & Abang Beri Keinsafan
DJ Lin yang ayu bertudung turut memberitahu dia berasa sedih apabila mengenangkan pemergian ibu tercinta dan abang kandung. Arwah ibu Puteh Jantan meninggal dunia tahun lalu dan abangnya, Mohd Yusof Abdul Majid tahun ini.
“Sepanjang tempoh 23 tahun saya menghambakan diri dalam bidang radio, arwah mak pernah cakap, fokus saya nombor satu pada kerja dan keluarga pula jatuh nombor dua.
“Bila orang lain pulang ke kampung, saya pula sibuk bekerja di pejabat kerana sayang sangat dengan Suria FM yang dianggap seperti ‘baby’ saya ini.
“Bila arwah mak dan abang meninggal dunia, baru saya sedar adakah saya terlalu mengejar urusan dunia dan hal keduniaan? Sampai masanya, saya seimbangkan urusan dunia dan akhirat sekarang, sambungnya.
“Selagi kereta tak ada masalah, jangan sibuk nak tukar baharu di zaman gawat ini” benarlah apa yang diungkap oleh seorang jurujual kereta.
Ukur baju di badan sendiri, kena ingat kemampuan masing-masing jika mahu membeli barang terutama kenderaaan.
Fikir-fikirkanlah bebanan hutang yang bakal di tanggung. Memandangkan ekonomi hari ini begitu merundum jangan dek kerana terpengaruh dengan iklan, kenderaan sedia ada yang masih boleh digunakan tidak bermasalah ditukar dan menambah bebanan komitmen bulanan.
Buat golongan mak-mak juga janganlah mudah terpengaruh ya. Jangan dek kerana nafsu melihat kenderaan yang lebih cantik mahu digantikan dengan kenderaan sedia ada.
“Selagi Kereta Tak Ada Masalah, Jangan Sibuk Nak Tukar Baharu”
Menerusi perkongsian menerusi Facebook ALZA 2020, Muhammad Shah atau lebih mesra dengan panggilan SHAH MAHPOB yang bertugas sebagai jurujual PERODUA menasihati agar jangan tergesa-gesa menukar kereta baru jika kereta sedia ada tidak punya masalah.
“Saya perhatikan ada beberapa insan terkeliru,dilema untuk menjual kereta yang sediakan ada dan upgrade ke Perodua Alza.
“Ada yg nk jual Ativa,Myvi dan Alza…dan ada yang dalam tahun baru 2019 ke 2022 (Tahun Kereta).
“Means loan masih ada….loan masih tersisa dalam satu amount yg banyak.
#trending
“Tak dinafikan Perodua Alza 2022 memang menggamit golongan2 RCB (Replacement Car Buyer), tak kira tua atau muda sebab sporty Vibes Alza 2022 tu sendiri.
“Jangan terkeliru diantara KEPERLUAN DAN GAYA.
“Kerana majoriti penduduk Malaysia menggunakan 60% dari gaji bulanan hanya untuk membayar HUTANG.
“Selagi kereta takde masalah,atau hanya ada beberapa kerosakan kecil..Repair.
“Jangan tergesa2 membuat keputusan untuk mengambil kereta baru kerana anda bukan sahaja menanggung hutang bulanan,tetapi hidden cost seperti roadtax da maitainance perlu diambil kira.
“Fikir masak2…dapatkan Nasihat dari SA bertauliah bukan broker atau orang tengah.
“Sebab itu gelaran SA diwujudkan.SA = Sales Advisor..
“Kami menasihat pelanggan dan memberi beberapa pilihan.Anda yang tentukan.
Menerusi ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan pendapat Muhammad Shah dan meminta agar orang ramai mengukur baju di badan sendiri sebelum menambah bebanan hutang.
Mingguan Wanita: Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini belajarlah berjimat ya.
Hetty Sarlene timang anak kedua, “kami sudah berempat.” Penyanyi yang cukup sinonim dengan drama bersiri Sembilu suatu ketika dulu, Hetty Sarlene dan suaminya selamat menimang cahaya mata kedua.
Hetty Sarlene Timang Anak Kedua, “Kami Sudah Berempat”
Bayi yang dilahirkan pada Selasa 25 Jun itu diberi nama Hayden Ashton Oakes. Bayi keduanya itu dilahirkan 10 hari lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin. Berita bahagia itu dikongsi sendiri oleh Hetty menerusi laman Instagramnya.
25.6.24 our second bundle of joy decided to make his first appearance 10 days earlier.
We would like to introduce you to our second gorgeous prince Hayden Ashton Oakes. We are Officially family of 4 – tulis Hetty di ruangan kapsyen.
Terdahulu Hetty dikurniakan anak pertama, Landon Alexander Oakes yang kini berusia 3 tahun selepas empat tahun berkahwin dengan Dani Aaqil atau nama asalnya, Daniel Oakes yang berasal dari London pada 23 Julai 2016.
Hantaran Hetty dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada para peminat dan juga warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya.
“Rasa dunia ini milik akak…inilah respon gembira usahawan pandan yang terpilih menerima Anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita X Nona di Malam Gala baru ini.
Kisahnya membesarkan 8 anak dengan air mata hingga hampir meracun mereka kerana tidak tahan dengan ujian tetapi akhirnya bangkit memerah keringat demi memberi pendidikan buat anak-anak.
Kisah usahawan pandan berjaya ini cukup memberikan inspirasi dan dirinya menitip pesanan buat ibu-ibu yang membesarkan anak sendirian.
“Pandanglah diri akak. Jadilah ia satu perkongsian kehidupan,” katanya yang tidak pernah menyangka menerima anugerah dari Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dalam hidupnya.
Malam gala Ibu Inspirasi dibawakan oleh @alkauthareduqids_hq, diserikan oleh @sabihahgoldhq
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...