14 Bulan Untuk Hidup, Ibu Hidap Kanser Tulis Diari, Abadikan Kenangan Bersama Anak Perempuan

Share

Dijangka hanya ada 14 bulan untuk hidup. Kisah cukup menyedihkan buat ibu kepada dua orang anak perempuan apabila dia menghidapi kanser buat kali ketiga.

Berbaki 14 bulan untuk hidup, dia mahu habiskan hari-hari indah bersama suami dan anak-anaknya. Bukan itu saja, dia menulis jurnal @ diari, kelak bila anak perempuannya sudah dewasa akan membaca dan mengingati hari-hari indah ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: ‘Pisang Goreng Kosong’, Resipi Mak Dulu-Dulu, Hasil Kebun Ayah Demi Besarkan Adik Beradik

MALU Mak Ayah Terkenal, Anak Bongsu Victoria & David Beckham Minta Naik Bas Pergi Sekolah!

Hanya 14 Hari Untuk Hidup, Ibu Abadikan Kenangan

Dikhabarkan, kanser Alex Jamieson telah datang kembali pada tahun lalu. Jadi, dia dan suami berazam untuk melakukan sesuatu yang termampu untuk mereka habiskan masa bersama anak perempuannya.

Doktor menjangkakan Alex Jamieson mempunya 14 bulan untuk hidup kerana menghidap kanser usus. Dia dan suaminya, Paul, 41 tahun bertekad untuk melakukan sesuatu usaha agar Alex dapat melihat anak perempuan mereka, Annabel, 7 tahun dan Imogen, 5 tahun, membesar.

Alex berjanji untuk menulis satu jurnal tentang kisah kelahiran anak perempuan mereka serta hari-hari penting seperti hari perkahwinan supaya mereka dapat membayangkan dan mengingatkan tentang ibu mereka.

“Saya mahu meluangkan masa sebanyak yang saya boleh bersama Paul agar suatu hari nanti, anak perempuan akan mengingati saya,” kata Alex.

Hidap Kanser Tahun 2018

Segalanya bermula pada tahun 2018 apabila Alex mengalami kesakitan di bahagian perutnya. Dia mengalami keletihan melampau dan kerap berlaku pendarahan.

Sebelum ini dia tidak mengambil endah tentang masalah dihadapi kerana sibuk dengan kerjayanya dan tugas sebagai ibu. Doktor hanya mengandaikan dia mengalami penyakit Crohn memandangkan keluarganya tiada sejarah kanser.

Pada tahun 2021, penyakitnya memuncak dan dia terpaksa dikejarkan ke ICU. Daripada rawatan yang diterima menunjukkan dia mengalami halangan di usus dan memerlukan pembedahan segera untuk membuang sebahagian daripada ususnya

Dua minggu kemudian, dia menerima berita buruk bahawa doktor telah menemui kanser kolorektal semasa pembedahan.

Walaupun diagnosisnya, Alex cukup yakin. Pembedahan berjaya dan dia perli
menjalani kemoterapi untuk enam bulan berikutnya akan memastikan tiada kesan yang tertinggal.

Bagaimanapun, lima bulan menjalani kemoterapi, imbasan menunjukkan bahawa kanser telah kembali dan merebak ke organ dan tisu berdekatan, dan telah dipersetujui bahawa pembedahan lanjutan adalah jalan dan pilihan terbaik.

Dia kembali ke hospital pada Mac 2022 untuk pembedahan cytoreductive dan menjalani histerektomi dan lapan minggu kemudian, dia telah sembuh sepenuhnya.
Malah, dia perlu mendapatkan rawatan lanjut setiap enam bulan.

Suaminya, Paul mengalami masalah pekak dan hanya memahami melalui pergerakan bibir bila bercakap.

Lalui Hari Indah

Sebelum mengetahui bahawa kanser itu telah hilang, mereka sekeluarga melawat bandar pantai Lytham St Annes, Lancashire pada bulan April, walaupun Alex hanya mampu berkerusi roda.

Mereka turut lalui percutian dua minggu ke Mexico pada bulan Ogos untuk mengabadikan hari indah, makan malam romantis berempat di pantai dan Paul menghadiahkan Alex sebentuk cincin.

Tamparan terhebat apabila Alex menjalani imbasan Ct Scan pada September lalu.
Keputusan menunjukkan bahawa kanser telah kembali dan kali ini ia tidak dapat diubati.
Dia diberitahu mempunyai 14-16 bulan untuk hidup – yang dianggarkan sejak kanser itu kembali pada Februari sebelum pembedahan.

 

Mereka tidakmemberitahu anak perempuan.

“Menjadi ibu pada dua anak perempuan adalah masa paling menggembirakan dalam hidup saya, ia adalah perkara yang paling ajaib dan kami cuba mengekalkan kehidupan seperti biasa yang mungkin,” katanya.

“Saya tidak bersedia untuk menerima bahawa ia adalah 14 bulan. Saya berazam mahu jalani kehidupan lebih lama daripada itu,” katanya.

Mereka mahu mengekalkan keadaan seperti biasa dan menghargai keseronokan sederhana seperti pergi ke taman bersama-sama.

Pada masa yang sama, mereka terus mencipta kenangan abadi apabila Alex berehat dari kemoterapi.

“Saya cuba menghargai segala-galanya, menikmati kehidupan sebanyak yang kami boleh,” katanya.

Sumber: Mirror

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora