Dijangka hanya ada 14 bulan untuk hidup. Kisah cukup menyedihkan buat ibu kepada dua orang anak perempuan apabila dia menghidapi kanser buat kali ketiga.
Berbaki 14 bulan untuk hidup, dia mahu habiskan hari-hari indah bersama suami dan anak-anaknya. Bukan itu saja, dia menulis jurnal @ diari, kelak bila anak perempuannya sudah dewasa akan membaca dan mengingati hari-hari indah ini.
Dikhabarkan, kanser Alex Jamieson telah datang kembali pada tahun lalu. Jadi, dia dan suami berazam untuk melakukan sesuatu yang termampu untuk mereka habiskan masa bersama anak perempuannya.
Doktor menjangkakan Alex Jamieson mempunya 14 bulan untuk hidup kerana menghidap kanser usus. Dia dan suaminya, Paul, 41 tahun bertekad untuk melakukan sesuatu usaha agar Alex dapat melihat anak perempuan mereka, Annabel, 7 tahun dan Imogen, 5 tahun, membesar.
Alex berjanji untuk menulis satu jurnal tentang kisah kelahiran anak perempuan mereka serta hari-hari penting seperti hari perkahwinan supaya mereka dapat membayangkan dan mengingatkan tentang ibu mereka.
“Saya mahu meluangkan masa sebanyak yang saya boleh bersama Paul agar suatu hari nanti, anak perempuan akan mengingati saya,” kata Alex.
Hidap Kanser Tahun 2018
Ads
Segalanya bermula pada tahun 2018 apabila Alex mengalami kesakitan di bahagian perutnya. Dia mengalami keletihan melampau dan kerap berlaku pendarahan.
Sebelum ini dia tidak mengambil endah tentang masalah dihadapi kerana sibuk dengan kerjayanya dan tugas sebagai ibu. Doktor hanya mengandaikan dia mengalami penyakit Crohn memandangkan keluarganya tiada sejarah kanser.
Pada tahun 2021, penyakitnya memuncak dan dia terpaksa dikejarkan ke ICU. Daripada rawatan yang diterima menunjukkan dia mengalami halangan di usus dan memerlukan pembedahan segera untuk membuang sebahagian daripada ususnya
Dua minggu kemudian, dia menerima berita buruk bahawa doktor telah menemui kanser kolorektal semasa pembedahan.
Walaupun diagnosisnya, Alex cukup yakin. Pembedahan berjaya dan dia perli
menjalani kemoterapi untuk enam bulan berikutnya akan memastikan tiada kesan yang tertinggal.
Bagaimanapun, lima bulan menjalani kemoterapi, imbasan menunjukkan bahawa kanser telah kembali dan merebak ke organ dan tisu berdekatan, dan telah dipersetujui bahawa pembedahan lanjutan adalah jalan dan pilihan terbaik.
Dia kembali ke hospital pada Mac 2022 untuk pembedahan cytoreductive dan menjalani histerektomi dan lapan minggu kemudian, dia telah sembuh sepenuhnya.
Malah, dia perlu mendapatkan rawatan lanjut setiap enam bulan.
Ads
Suaminya, Paul mengalami masalah pekak dan hanya memahami melalui pergerakan bibir bila bercakap.
Lalui Hari Indah
Sebelum mengetahui bahawa kanser itu telah hilang, mereka sekeluarga melawat bandar pantai Lytham St Annes, Lancashire pada bulan April, walaupun Alex hanya mampu berkerusi roda.
Mereka turut lalui percutian dua minggu ke Mexico pada bulan Ogos untuk mengabadikan hari indah, makan malam romantis berempat di pantai dan Paul menghadiahkan Alex sebentuk cincin.
Tamparan terhebat apabila Alex menjalani imbasan Ct Scan pada September lalu.
Keputusan menunjukkan bahawa kanser telah kembali dan kali ini ia tidak dapat diubati.
Dia diberitahu mempunyai 14-16 bulan untuk hidup – yang dianggarkan sejak kanser itu kembali pada Februari sebelum pembedahan.
Ads
Mereka tidakmemberitahu anak perempuan.
“Menjadi ibu pada dua anak perempuan adalah masa paling menggembirakan dalam hidup saya, ia adalah perkara yang paling ajaib dan kami cuba mengekalkan kehidupan seperti biasa yang mungkin,” katanya.
“Saya tidak bersedia untuk menerima bahawa ia adalah 14 bulan. Saya berazam mahu jalani kehidupan lebih lama daripada itu,” katanya.
Mereka mahu mengekalkan keadaan seperti biasa dan menghargai keseronokan sederhana seperti pergi ke taman bersama-sama.
Pada masa yang sama, mereka terus mencipta kenangan abadi apabila Alex berehat dari kemoterapi.
“Saya cuba menghargai segala-galanya, menikmati kehidupan sebanyak yang kami boleh,” katanya.
Tak salah sertai misi bersihkan rumah mangsa banjir, tapi pertimbangkan kriteria ini dahulu sebelum misi bantuan bertukar kepada memberi masalah kepada orang lain dan juga diri sendiri.
Tidak dinafikan banjir yang melanda Selangor dan Pahang memberi kesan mendalam kepada semua orang. Selain menyalurkan bantuan wang ringgit, ada juga segelintir mak ayah yang turun padang membantu mangsa banjir membersihkan rumah.
Tak Salah Sertai Misi Bersihkan Rumah Mangsa Banjir
Kongsi Dr Arisman, MD. , jika ingin membantu dalam misi membersihkan rumah-rumah mangsa banjir kelmarin, ada beberapa kriteria yang perlu anda pertimbangkan dahulu sebelum anda layak mengikuti misi volunteer ini.
1. Tidak demam. Jika demam, anda memang perlu istirehat di rumah dan cukupkan hidrasi.
2. Tidak ada batuk dan selsema. Mereka yang bergejala lebih cepat menjangkiti orang lain. Walaupun ianya bukan penyakit Covid-19.
3. Bukan kontak rapat ataupun kontak kasual yang bergejala.
4. Tidak ada penyakit asma. Jika ada, pastikan ianya asma yang terkawal baik. Kita tidak mahu berlaku serangan tiba-tiba semasa proses membersihkan.
5. Tidak ada penyakit kronik yang bahaya dan tidak terkawal. Misalnya diabetes yang tidak terkawal bacaan gula atau ada tekanan darah tinggi yang sudah lama putus ubat. Aktiviti fizikal seperti ini boleh meningkatkan tekanan darah dan degupan jantung.
6. Tidak ada penyakit slip disc yang masih dalam rawatan. Kita takut pekerjaan volunteer ini akan memparahi lagi kerosakkan saraf pada tulang belakang.
7. Tidak ada luka terbuka. Untuk mengelakkan berlakunya jangkitan kuman kemudian hari.
Ini contoh beberapa kriteria yang mana ianya bagi memastikan perjalanan gotong royong membersihkan rumah ke rumah ini berjalan lancar dan selamat.
Oh ya, waktu membersihkan rumah orang tu jangan pula bazirkan air.
.
. Dr. Arisman, MD.
Gambar sekadar hiasan.
Mingguan Wanita : Semoga mangsa-mangsa banjir terus kuat berdepan dengan ujian ini dan dipermudahkan urusan mereka untuk meneruskan hidup. Kepada sukarelawan yang menyertai misi bantuan banjir, anda memang hebat dan semoga bantuan kalian akan dibalas dengan nikmat kebaikan daripada Allah SWT.
Drama Risik Pada Hati sudahpun berakhir episodnya. Setelah melalui pelbagai konflik perasaan, akhirnya Hayfa lakonan Ummi Nazeera membuat keputusan mengundurkan diri daripada perkahwinannya.
Kehidupan bermadu yang pernah dipinta tidak memberi bahagia di hati. Ternyata lakonan hebat Ummi Nazeera dan pasangannya, Alif Satar sebagai Adam serta Zara Sya sebagai Aisya begitu mengusik hati pada isteri yang setia mengikuti setiap episod.
Sehinggakan pelakon utama, Alif Satar berkongsi gelagat seorang isteri yang begitu terkesan dengan penangan drama Risik Pada Hati ini.
Pasal Drama Risik Pada Hati
Tulisnya di instagram, ‘Pasal drama pun boleh buat gaduh beb.. bara betoi depa!” #RisikPadaHati #LelakiJeYangSalahTauGuys #BaikMengalahKalauTakmauTidoqLuaq #Redha #Dikecam
Menerusi video pendek TikTok milik @fayizz93 yang dikongsikan diinstagramnya, kelihatan seorang isteri benar-benar terkesan dengan isu poligami yang dibawakan dalam siri drama berkenaan.
Ketika berkongsi ulasan dengan suaminya, sempat isterinya itu meminta agar suaminya tidak memperlakukannya seperti dalam drama berkenaan.
‘Serangan’ demi ‘serangan’ daripada kata-kata isterinya membuatkan suami terkedu. Tidak tahu mengapa isterinya begitu marah hanya kerana sebuah drama.
Video berkenaan juga mendapat maklumbalas yang lucu daripada follower Alif. Malah, merasakan perbualan suami isteri itu lucu dan menghiburkan hati.
Drama 28 episod arahan Pali Yahya ini digarap dari adaptasi novel Risik Pada Hati karya Hani Ramsul.
Mingguan Wanita : Sungguhlah, mana-mana isteri sekali pun apabila membicarakan soal poligami akan terkesan juga hatinya. Ini realiti, kerana apabila membicarakan soal poligami itu sendiri tentulah keadilan yang menjadi tuntutan.
Yang suka masak, pasti suka dengan cara masakan atau petua yang mudahkan kerja mereka di dapur. Kali ini anda boleh cuba sediakan minyak bawang putih, perkongsian dari Puan Tinie Razak…
Sejenis yang memang suka gila dengan bawang putih dan memang wajib ada stok minyak bawang putih goreng kat dapur rumah.
So, sesiapa yang sejenis dengan saya, bolehlah cuba buat!
Minyak dia, kalau nak goreng sayur ke, buat sup ke, perghhh.. memang sedap melampau!
Bawang putih goreng tu pulak letak dalam makanan bersup/bergoreng, macam mee, bihun, kueyteaw semua, nak letak kat sayur goreng pun sedap! Makan dengan moi dan megi.
Cara dia mudah je,
1. Bawang putih kopek, tumbuk-tumbuk dengan lesung batu (jangan sampai lumat lunyai)
2. Lepas itu rendam dalam minyak
3. Masuk dalam kuali, goreng api perlahan, dah nak garing sikit, tutup api, sebab dia akan garing sendiri dalam minyak yang masih panas tu.
4. Dah sejuk, masuk bekas kedap udara, simpan suhu bilik.
Bila-bila masa boleh guna.
P/S: Jaga api ya, jangan sampai hangus, nanti pahit memang dah tak boleh buat apa la. Kalau tak sure, boleh je goreng sampai garing. Lepas itu toskan, nanti dah sejuk kedua-duanya, satukan balik dalam bekas dan simpan. Jangan risau, bawang goreng tu tetap akan kekal garing selama mana dia masih dalam minyak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...