Selama 13 tahun lamanya huni stor tanpa elektrik dan air, lelaki ini kadang-kadang hanya makan nasi berkuah air garam bila terputus bekalan makanan.
Hidup sendirian langsung tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan hidup, malah masih gigih mencari rezeki mengikut kudrat yang ada.
Sudah 13 tahun menghuni stor barang di dalam kebun getah tanpa bekalan elektrik dan air.
Hanya berbekalkan lilin yang digunakan pada waktu malam dan air yang diangkut dari perigi kira-kira 300 meter di atas bukit, Ismail Dolah, 60, tetap cekal meneruskan hidup melewati usia tuanya bersendirian.
Menurutnya, stor itu dihuninya sejak 2008 selepas beberapa bulan menumpang rumah kakaknya di Kampung Sungai Durian di Kuala Krai, Kelantan sebaik kematian kedua orang tuanya.
“Saya mencari rezeki sebagai penoreh getah di sini dan majikan membenarkan saya tinggal dalam stor ini namun tiada bekalan air dan elektrik.
“Disebabkan itu, cahaya lilin sahaja menerangi gelap malam dan bekalan air pula, selain mengangkut dari perigi, saya juga menadah air hujan yang dapat digunakan untuk membasuh dan mandi,” katanya ketika ditemui di Kampung Melati, Jalan Jirat di sini, semalam.
Dia yang tidak pernah berkahwin berkata, makannya juga tidak semewah dan sekerap orang lain walaupun tinggal berseorangan kerana upah menoreh getah yang diterimanya hanyalah sekitar RM150 sahaja sebulan.
Baca Juga Di Sini :
“Tetap DiBantu Walaupun Sebelum Ini Hidup Selesa.” Jika Tidak Memerlukan Bendera Putih Tak Berkibar
Dua Bulan Pakcik Tidur Dalam Kereta, Raya Haji Ini Direzekikan Rumah
Tidak Mampu Menyewa, Tujuh Beranak Terpaksa Berhimpit Tidur Dalam Kereta
Guru Tinggal Dalam Kereta, Dapat Cek RM111,200 Dari Anak Murid
Sedihnya, 6 Bulan Tinggal Dalam Pondok Buruk Di Celah Semak, Sebelah Laluan Kereta Api
Katanya, bekalan beras setakat ini belum lagi terputus, ada masanya dia menangkap ikan di anak sungai berhampiran dan jika tiada hasil hanya makan nasi berkuah air garam.
“Kuah garam itu pun sekadar untuk memberikan rasa sahaja kerana saya tidak amalkan makan budu disebabkan ada penyakit darah tinggi dan memandangkan tinggal berseorangan di lokasi agak terpencil sebegini, saya perlu menjaga kesihatan dengan baik.
“Nasib saya agak baik kerana baru-baru ini ada individu yang tahu mengenai keadaan saya dan tampil memberikan dua unit panel solar untuk kegunaan selain menyumbangkan sedikit makanan,” katanya sambil memberitahu lokasi stor yang dihuninya pernah ditenggelami banjir besar pada 2014 yang menyebabkan dia berenang dengan bantuan pelampung keluar menyelamatkan diri.
Terdahulu, dia menerima kunjungan kumpulan aktivis masyarakat, Cempaka Merah Asnaf Society yang diwakili Che Norhayati Mohamed yang tampil bertanya khabar dan menghulurkan sumbangan zakat serta barang dapur.
Mingguan Wanita : Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan atau bantuan bolehlah menghubunginya Ismail di talian 013-8070796.
Sumber/ Foto : myMetro
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita