Selama 13 tahun lamanya huni stor tanpa elektrik dan air, lelaki ini kadang-kadang hanya makan nasi berkuah air garam bila terputus bekalan makanan.
Hidup sendirian langsung tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan hidup, malah masih gigih mencari rezeki mengikut kudrat yang ada.
13 Tahun Huni Stor Tanpa Elektrik & Air
Sudah 13 tahun menghuni stor barang di dalam kebun getah tanpa bekalan elektrik dan air.
Hanya berbekalkan lilin yang digunakan pada waktu malam dan air yang diangkut dari perigi kira-kira 300 meter di atas bukit, Ismail Dolah, 60, tetap cekal meneruskan hidup melewati usia tuanya bersendirian.
Menurutnya, stor itu dihuninya sejak 2008 selepas beberapa bulan menumpang rumah kakaknya di Kampung Sungai Durian di Kuala Krai, Kelantan sebaik kematian kedua orang tuanya.
Berkerja Sebagai Penoreh Getah
“Saya mencari rezeki sebagai penoreh getah di sini dan majikan membenarkan saya tinggal dalam stor ini namun tiada bekalan air dan elektrik.
“Disebabkan itu, cahaya lilin sahaja menerangi gelap malam dan bekalan air pula, selain mengangkut dari perigi, saya juga menadah air hujan yang dapat digunakan untuk membasuh dan mandi,” katanya ketika ditemui di Kampung Melati, Jalan Jirat di sini, semalam.
Dia yang tidak pernah berkahwin berkata, makannya juga tidak semewah dan sekerap orang lain walaupun tinggal berseorangan kerana upah menoreh getah yang diterimanya hanyalah sekitar RM150 sahaja sebulan.
Katanya, bekalan beras setakat ini belum lagi terputus, ada masanya dia menangkap ikan di anak sungai berhampiran dan jika tiada hasil hanya makan nasi berkuah air garam.
“Kuah garam itu pun sekadar untuk memberikan rasa sahaja kerana saya tidak amalkan makan budu disebabkan ada penyakit darah tinggi dan memandangkan tinggal berseorangan di lokasi agak terpencil sebegini, saya perlu menjaga kesihatan dengan baik.
“Nasib saya agak baik kerana baru-baru ini ada individu yang tahu mengenai keadaan saya dan tampil memberikan dua unit panel solar untuk kegunaan selain menyumbangkan sedikit makanan,” katanya sambil memberitahu lokasi stor yang dihuninya pernah ditenggelami banjir besar pada 2014 yang menyebabkan dia berenang dengan bantuan pelampung keluar menyelamatkan diri.
Ada Pihak Yang Prihatin
Terdahulu, dia menerima kunjungan kumpulan aktivis masyarakat, Cempaka Merah Asnaf Society yang diwakili Che Norhayati Mohamed yang tampil bertanya khabar dan menghulurkan sumbangan zakat serta barang dapur.
Mingguan Wanita : Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan atau bantuan bolehlah menghubunginya Ismail di talian 013-8070796.
“Agong Menitahkan Keperluan Menubuhkan Sebuah Kerajaan Perpaduan Inklusif Untuk Semua Kaum, Agama Dan Wilayah” Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Begitulah yang diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika bertemu dengan media di luar pagar Istana Negara.
“Agong Menitahkan Keperluan Menubuhkan Sebuah Kerajaan Perpaduan Inklusif Untuk Semua Kaum, Agama Dan Wilayah”
Setakat ini Istana Negara belum membuat sebarang keputusan berhubung pelantikan Perdana Menteri Ke-10 dan pembentukan kerajaan baharu buat masa ini.
Perkara itu disahkan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.
Anwar berkata dalam pertemuan itu, Agong menitahkan keperluan menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan yang inklusif untuk semua kaum, agama dan wilayah.
Ditanya mengenai sama ada keputusan mengenai pelantikan Perdana Menteri ke-10, Anwar berkata ia adalah hak mutlak Agong.
Gara-Gara Muntah Di Sofa, Budak 3 Tahun Maut, Tengkorak Pecah Dibelasah Kekasih Ibu! Memang melampau, zalim dan tidak berperikemanusiaan. Tubuh anak kecil yang baru berusia menjadi mangsa ‘belasahan’ kekasih ibu, hanya kerana muntah di sofa kesayangan.
Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas dihantar berubat di rumah teman lelaki ibunya di Cheng, di sini semalam.
Difahamkan ibu mangsa menghantar anaknya ke rumah teman lelakinya yang bekerja sendiri pada 5.30 pagi, bagaimanapun 40 minit kemudian lelaki itu memaklumkan anaknya terjatuh dan tidak sedarkan diri sebelum dihantar ke Hospital Melaka (HM).
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, sebaik tiba di HM pada 6.50 pagi, kanak-kanak itu dirawat di Zon Merah dan diberikan bantuan pernafasan lebih sejam, namun disahkan meninggal dunia pada 9.15 pagi.
Tendang & Tekan Perut Secara Agresif
Katanya, pada 10.30 pagi, mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik HM dan pemeriksaan doktor mendapati terdapat kesan kecederaan di kepala dan badannya.
“Hasil siasatan awal, lelaki berkenaan mengaku ada menendang mangsa secara agresif kerana muntah di atas sofa kesayangannya.
“Lelaki itu juga mengaku menekan perut kanak-kanak itu secara agresif berkali-kali selain menendang sehingga kepala mangsa terhantuk ke lantai.
“Akibat perbuatan kejamnya itu tengkorak kanak-kanak itu pecah selain organ dalam perutnya turut pecah,” katanya.
Ditahan Polis
Beliau berkata, ibu kandung mangsa dan teman lelakinya berusia 24 dan 25 tahun kemudian ditahan polis di hospital untuk siasatan lanjut.
Katanya, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi mengetahui motif kejadian dan siasatan lanjut.
Dalam pada itu, kedua-dua suspek direman tujuh hari bermula hari ini hingga 13 Julai depan bagi membantu siasatan kes.
Mingguan Wanita: Memang melampau dan sangat zalim. Tak terbayang sakit yang perlu ditanggung oleh budak yang baru berusia 3 tahun ini. Apabila di tendang dan ditekan perutnya berkali-kali sehingga organ dalam dan tengkorak nya pecah. Semoga pelaku ini mendapat pembalasan yang setimpal.
Pelakon wanita yang juga seorang pencinta kucing, Rita Rudaini sebelum ini pernah kehilangan kucing kesayangan. Malah dia sanggup mencari kucing tersebut walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran.
Malah dia yang sanggup berhabis wang demi keselamatan kucing-kucing kesayangannya sekali lagi berhadapan dengan masalah kehilangan kucing.
“Alhamdulillah, Syukur Ya Allah”
Rita menerusi perkongsian di akaun Instagramnya semalam, bersyukur apabila haiwan peliharaannya yang bernama Camilla dijumpai dengan selamat. Malah Camilla yang sudah dianggap seperti ‘anak’ dijumpai di dalam semak di kawasan perumahan pelakon itu dalam keadaan mengigil ketakutan.
“Alhamdulillahhhh…syukur YA ALLAH…dgn doa semua,terima kasih ..guard jumpa kt dlm semak kt row depan tgh gigil takut…terima kasih tuhan sbb temukan balik ank sy dgn sy …” luah Rita.
“Mommy Sedih Sangat”
Beberapa jam sebelum itu Rita telah memuat naik entri di Instagram tentang kehilangan Camilla. Ketika itu, ibu kepada dua cahaya mat aini begitu risau dan sedih apabila Camilla tiba-tiba hilang.
“Dah maghrib..Camilla xjumpa2 lg …mommy susah hati…kul 10lebih mcm tu pg td sedar dia dah hilang…dia selalu suka lompat balcony nk tgk luar..klau lompat dia akan lari nk masuk balik atau klau ada bunyi atau stranger dia nyorok kt semak tepi umah…bila mommy sedar kurang sekor,mommy dah agak mesti dia lompat ni..n jenguk luar nk buka pintu slalu dia tggu kita bukak sbb nk masuk balik…tp xde..mommy pggil xdtg2..mommy g tgk kt semak pokok2 tempat biasa dia sorok,pon xde…cari sampai tghari…ptg cari lg smpai nk masuk maghrib..xde ….mommy susah hati …mommy sedih sgt2 xtau nk ckp…
“YA ALLAH selamatkan dia..pulangkan Camilla pd kami semua mesti xmkn…dia mmg sejenis housecat yg penakut dgn bunyi dan org xkenal…xpernah kluar umah n pijak tanah…mcm mana la dia nk tido mlm ni..selalu dia tido dgn kami ….” kongsinya.
Syukur alhamdulillah kucing kesayangan Rita dan anak-anak akhirnya ditemui.
Kucing adalah haiwan peliharaan paling popular di kalangan pencinta haiwan. Tidak hairanlah, ia sentiasa mendapat tempat di hati manusia yang tebal sifat kasih-sayangnya.
Kebanyakan orang, tidak kira wanita atau lelaki memilih kucing sebagai binatang peliharaan di rumah kerana sifatnya yang manja, mudah dijaga dan sangat memahami jiwa tuannya.
Malah sifatnya yang manja dan penuh kasih-sayang membentuk diri tuannya untuk sentiasa berasa belas ikhsan dan menyantuninya dengan adab yang baik.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...