13 Tahun Bersama, Ini Doa Aidid Marcello Untuk Isteri, Mahu “Sayang Sampai Hujung Nyawa”

Share

Orang kata bila dah melepasi tempoh 10 tahun perkahwinan, dah masuklah fasa kematangan. Rumah tangga personaliti Aidid Marcello bersama Norzie Pak Wan Chik rupanya sudah memasuki usia 13 tahun. Setiap kali ulang tahun perkahwinan, Aidid tak pernah lupa untuk mengucapkan doa kepada isterinya itu.

Aidid dan Norzie telah mendirikan rumahtangga sekitar bulan Mei 2005 dan dikurniakan 4 orang cahaya mata, seorang perempuan dan 3 orang lelaki. Biarpun ketika ini telah mempunyai syarikat sendiri, tanggungjawab sebagai ayah dan suami dilaksanakan dengan sebaiknya.

Norzie Pak Wan Chik pernah menjadi pengacara rancangan Nona, sebelum mengambil keputusan berhenti untuk menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap keluarga.

 

 

Sweet tau kata-kata Aidid dalam instagramnya tu.

Dia faham kerja aku

Dia tahan karenah aku

Dia tahan lawak bodoh aku

Dia always support aku

Dia tak suka orang kencing aku

Dia sayang aku sangat-sangat

Tq sayang sebab dah macam-macam kita harung selama 13 tahun, daripada tak reti apa pasai nak jaga 1st baby. Sampailah anak pun dah tua bangka dah. Kita pun makin tua dan makin menyembah bumi. Semua yang baca komen ni, doakanlah dalam hati supaya kami sentiasa dirahmati dan dikekalkan jodoh hingga ke akhir hayat.

Yang penting sama-samalah kita tegur menegur, bantu membantu bukan hanya untuk menjadi pasangan di dunia, tetapi kita doa untuk terus jumpa di SANA bila sampai waktunya. I love you b! Sorry kena kerja jauh dari u, tapi hati kita sentiasa bercantum… HAPPY 13th ANNIVERSARY

” Ketika berkongsi rasa hatinya, Aidid sedang bekerja di Sabah.

 

Semua 4 Anak Keluar Dari Badan You

Aidid bersyukur kerana dikurniakan 4 orang anak bersama isteri tercinta. Pengorbanan isteri lebih membuatnya rasa bahagia dan mahu lebih menghargai kehadiran isteri di sisinya.

Alhamdulillah, dah 4 dah anak kita. Semua empat-empat anak ni keluar dari badan you secara fizikal. Betapa besarnya pengorbanan seorang isteri kan? Sedar tak sedar dah 13 tahun kita hidup sekali. Happy birthday yayangku. Moga you akan terus dikurniakan kesihatan yang baik, menjadi ibu yang hebat dan isteri yang solehah. I sayang you sampai ke penghujung nyawa… amin.” Ini doanya untuk hari kelahiran isteri tercinta.

Aidid sangat percaya bahawa kehadiran anak dan isteri adalah harta dan keindahan dunia yang Allah hadiahkan untuknya.

Alhamdulillah dan terima kasih. Bagi yang ada keluarga, anak-anak kecil, bini-bini (eh plural plak) jagalah sebaik mungkin. Sebab tak payah tipu diri sendiri

.”

Kalau sunyi, diaorang peneman kita. Kalau kita down tengah hentuk-hentuk kepala, diaorang jugalah tempat luahan kita.. jadi, apa lagi. Jadilah bapa yang power dan ibu yang the bomb untuk selalu diingati dan dirindui oleh mereka semua.”

Jomlah ayah waima suami, doakanlah isteri dan anak-anak dengan doa yang baik-baik. Moga mereka menjadi wanita, atau anak-anak acuan syurga. Yang membahagiakan hati keluarga dan orang di persekitarannya.

Sumber/Foto : Aidid Marcello

 

Published by
Netty Ah Hiyer