Pelakon yang sering menghiasi drama di kaca TV, Arash Mohd akur dengan suratan takdir walaupun sudah 15 tahun melayari bahtera perkahwinan namun masih belum dikurniakan zuriat.
15 Tahun Berkahwin, Arash Mohd & Isteri Akur Belum Ada Rezeki Zuriat
Arash, 53 dan isterinya Noor Afidahwati Mohammad, 43 terima seadanya takdir yang tertulis dan sentiasa berfikiran positif.
“Saya sudah 15 tahun berkahwin, tapi belum ada rezeki cahaya mata. Tapi alhamdulillah, kami pun sudah berusaha. Masing-masing okay, cuma tiada rezeki lagi. Kami macam biasa menjalani kehidupan sama seperti orang lain. Setiap hari adalah bulan madu bagi kami berdua sebab tiada anak. Kami lalui normal saja,” kata Arash seperti mana yang dipetik menerusi Harian Metro.
Tak Pernah Berkecil Hati
Walaupun masih belum dikurniakan cahaya mata namun Arash dan isteri tidak pernah berkecil hati jika ada yang bertanya tentang hal ini.
Ads
“Tak pernah rasa kecil hati apabila ada yang tanya sudah berapa anak, sebaliknya kami selesa berterus terang. Tiada masalah pun. Alhamdulillah, saya dan isteri terima apa berlaku dan lalui sekarang. Kami selalu anggap belum ada rezeki.
“Mungkin ada sebab Allah tak nak bagi lagi. Mungkin juga ada sebab yang kita tak nampak sekarang. InsyaAllah pada masa depan baharu tahu. Saya percaya pada qada dan qadar Allah. Saya dan isteri reda dengan apa yang berlaku. Usaha tetap usaha, cuma hasilnya belum ada rezeki lagi,” ujar Arash yang akui begitu rapat dengan semua anak saudara mereka.
Dapatkan Khidmat Nasihat Doktot Usaha Dapatkan Zuriat
Akui Arash lagi pelbagai usaha dilakukan dalam usaha mendapatkan zuriat.
“Usaha kami lebih kepada perubatan moden di mana mendapatkan khidmat nasihat doktor di hospital. Macam sebelum ini iaitu dalam lima ke enam tahun lalu, isteri pernah menjalani pembedahan sebab ada masalah membabitkan kesihatan wanita. Selepas itu, doktor pun ada berikan ubat. Semua sudah okay. Cuma belum ada rezeki. Kami tak ada masalah dan tetap gembira,” sambungnya lagi.
Ads
Pencinta Haiwan, Pelihara 11 Ekor Kucing
Tidak pernah rasa sunyi, Arash dan isteri yang juga pencinta haiwan memelihara 11 ekor kucing.
“Kucing daripada seekor asalnya yang mana sudah 10 tahun bersama kami. Kemudian saya ada bagi pada kawan empat ekor. Jadi, yang tinggal sekarang dengan kami ada 11 ekor. Semua kucing memang tak kurung dalam sangkar.
“Kami menjaga semua macam anak. Kami dalam rumah. Makan, minum, tidur kami jaga sebaiknya. Kucing saya ini bukan saja binatang peliharaan, tapi sudah menjadi sebahagian daripada keluarga saya. Saya memang pencinta haiwan,” kongsinya.
Sumber Foto: Instagram Arash Mohd
Sumber: Harian Metro
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Dira Gesa Ahmad Zahid Berundur. Terbaharu menerusi akaun Instagramnya, Datuk Khaidhirah Abu Zahar atau Dira turut menyarankan agar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengundur diri.
Setelah beberapa pemimpin UMNO mendesak agar Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatannya, seorang lagi ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO iaitu Dira turut berbuat perkara sama.
Langkah itu diambil supaya parti boleh melakukan perubahan yang mutlak pasca Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).
Dira Gesa Ahmad Zahid Berundur
Selebriti yang kini berstatus wakil rakyat, Dira juga merupakan antara beberapa pemimpin UMNO yang mahu Ahmad Zahid melatak jawatan.
“Assalamualaikum dan Salam Melakaku Maju Jaya,
UMNO menginsafi angin perubahan suara rakyat. Walaupun rakyat menolak pentadbiran 22 bulan Pakatan Harapan tetapi itu tidak menjadikan barisan kepimpinan UMNO sebagai pilihannya kali ini.
Walaupun telah ramai memperkatakan dan memperingatkan agar parti perlu lebih berhati-hati dan berubah, tetapi tidak diendahkan.
Akhirnya rakyat sendiri terpaksa menyingkirkan UMNO. Bukan sahaja pemimpin besar UMNO yang lain bahkan turut mengorbankan sahabat-sahabat saya pelapis muda yang berpotensi dalam UMNO dan Barisan Nasional.
Perubahan baru Malaysia pasca PRU15 memberi signal jelas daripada rakyat untuk UMNO agar lebih serius melakukan perubahan tampuk kepimpinan selari dengan denyut nadi rakyat.
Era parti terbesar dan memiliki ahli teramai yang mampu menjanjikan kemenangan telah berlalu. Hakikatnya, peratusan ahli UMNO sebagai pengundi jauh lebih kecil daripada pengundi bukan parti.
Sebagai pemimpin muda dalam parti, saya juga menyahut seruan YAB Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi bahawa dengan penuh rasa hormat dan rendah diri agar YB Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi mengundurkan diri.
Bahkan dalam situasi genting hari ini, sebarang bentuk rundingan perlu dibawa ke meja perbincangan Majlis Kerja Tertinggi UMNO. Namun, saya menzahirkan rasa kecewa kerana seolah-olah MKT sebagai pembuat keputusan tertinggi diketepikan dan mesyuarat MKT dibatalkan.
Parti memerlukan perubahan mutlak mendengar suara hati rakyat. Bukan sahaja kehendak akar umbi UMNO semata, tetapi kehendak hati nurani rakyat sebagai pengundi majoriti,” luah Dira.
Untuk rekod Dira merupakan Timbalan Speaker DUN Melaka.
Beliau juga merupakan anak kepada bekas Ketua Menteri Melaka kelapan Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar yang juga merupakan wakil rakyat DUN Rim.
Pelajar kecewa ingatkan dapat ayam goreng McDonalds, rupanya roti. Keriangan pelajar menerima sekotak McDonalds selepas terlibat dalam satu program peringkat negeri yang dianjurkan oleh jabatan Pendidikan negeri XXX bertukar kecewa bila mendapati di dalamnya sebuku roti dan satu air kotak bukan ayam goreng McD seperti disangka-sangkakan.
Pelajar Kecewa Ingatkan Dapat Ayam Goreng McDonalds
Hal ini telah dikongsikan oleh seorang guru kaunselor di SMK Sungai Besar, Abdul Muiez Mohammad Ruslee di fbnya bila dihubungi oleh penjaga kanak-kanak berkenaan.
“Mula-mula pandang kotak, bukan main riang anak dan kawan-kawannya. Sekali buka, terus berubah muka. Begitulah harapan yang dicapati,” tulis guru ini di laman sosialnya.
Rupanya Roti
Memetik laporan Kosmo, Guru tersebut turut berkongsi tangkap layar perbualan bersama penjaga berkenaan mengenai situasi yang berlaku.
“Tak dapat bayangkan jika ada salah seorang daripada kanak-kanak itu yang berharap itu adalah McD sebenar. Harap penganjur lebih prihatin, terima kasih.
“Dia (anak) cerita ada seorang budak tu tadi, berubah betul muka bila buka kotak tu, yang sebelum ini dia nampak amat gembira. Jangan bagi harapan palsu kepada kanak-kanak.
“Harap penganjur ambil iktibar. Sebak Paksu bila anak cerita pasal kawan dia tadi,” kata penjaga itu berdasarkan mesej WhatsApp dihantar kepada Abdul Muiez.
Perkongsian tersebut mendapat maklum balas pelbagai daripada orang ramai, malah guru itu juga menghantar mesej kepada mereka yang berkenaan.
“Saya dah mesej PIC seperti yang ada dalam surat jabatan. Tapi hanya ‘bluetick’,” kata Abdul Muiez.
Dalam pada itu, selepas beberapa jam ia disiarkan, kes ini mendapat perhatian dari orang ramai yang memahami betapa kecewanya rasa hati seorang murid yang mungkin berharap untuk menikmati ayam goreng McD berkenaan.
Jika kita sebagai orang dewasa pun tahu erti kecewa, apa tah lagi seorang kanak-kanak.
Pelakon Ashraf Muslim mohon doakan ayah nya. Ashraf memaklumkan berat untuknya berkongsi keadaan terkini ayahnya, Hj Muslim Bin Bulat. Ketika ini, sedang diintubasi di wad IDCU PPUM.
Kongsi Ashraf lagi, beberapa hari lalu ayahnya telah dijangkiti Covid-19. Keadaan ayahnya itu dikategorikan sebagai Covid 5B.
Yang mana tahap kesihatan bapa Ashraf dilaporkan dalam keadaan kritikal. Malah, terdapat kerosakan pada organ dalaman sehingga memerlukan bantuan pernafasan.
“Dia sedang melalui proses yang sukar sekarang ini.” Tulis anak lelaki ini lagi di instagram miliknya.
Berat Hati Mahu Sampaikan Keadaan Ayah
“Ya Allah. Hari ni bangun tidur rasa sangat-sangatlah sayu.. puas pujuk hati ni tapi gagal jugak pagi ni.
Memang pagi ni saya paksa diri saya untuk sampaikan berita ini. Saya mohon maaf kepada semua dan meraih doa dari sahabat semua mendoakan ayahandaku Hj Muslim bin Bulat.
Diberi kekuatan dan kesembuhan kepadanya. Dalam hidup terlalu banyak pengorbanan yang telah ku lakukan tapi ya Allah aku belum sedia lagi untuk terima perkara yang tak diingini berlaku terhadap ayahandaku.
Apa yang diharapkan sekarang ialah keajaiban yang berlaku terhadap ayah kembali sihat seperti biasa. Allahuakbar.. ya Allah.. bantulah kami semua.
Doakan Ayah Kuat..
Pada masa yang sama, Ashraf memohon agar ahli keluarganya dan sahabat handai mendoakan ayahnya kuat dan segera sembuh daripada jangkitan Covid-19.
Sebelumnya, sekitar April tahun lalu, Ashraf Muslim ini juga pernah disahkan positif Covid-19 sebaik pulang menjalani pengambaran drama bersiri di Scotland.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
Rahsia mereka?
Apa yang mereka lakukan?
Ilmu-ilmu yang diamalkan?
Siapa yang susah senang bersama mereka?
Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...