13 Pesanan Penting Sebelum Nak Redah Perjalanan Balik Beraya Di Kampung, Mohon Take Note!

Share

Menempuh kesesakan jalanraya sewaktu dalam perjalanan pulang ke kampung halaman menjadi kelaziman, setiap kali balik beraya.Memang jenuh menghadap ‘jammed’ yang tak berkesudahan. Perjalanan yang biasanya hanya memakan masa 5- 6 jam, boleh jadi sehingga 16-20 jam lamanya. Belum lagi terpaksa berbaris panjang, menunggu giliran depan tol sehingga 2, 3 jam.Fuhh! memang menguji kesabaran sungguh, luar biasa kesesakannya bila menjelang Hari Raya.

Sebagai persediaan menghadapi saat ‘getir’ ini nanti, boleh cuba tip-tip berikut;

1. Berkongsi kereta sekiranya hala destinasi yang hendak dituju sama. Dapat jimat tenaga dan wang perbelanjaan dapat dikongsi bersama.Terutama bagi yang masih bujang.

2.Rancang perjalanan dan bertolak lebih awal.Elakkan memulakan perjalanan ketika waktu puncak seperti selepas sahur mahupun selepas waktu berbuka.

3. Muat turun aplikasi perjalanan seperti waze, google maps dan sebagainya bagi mengetahui keadaan kesesakan jalanraya dengan lebih awal. Jadi dapat mengelakkan laluan jalan yang sesak.

4.Bagi yang telah berkeluarga, boleh pasang tilam angin pada tempat duduk belakang kereta untuk anak-anak tidur selesa.

5.Untuk elak ngantuk dan terlelap, sediakan bekalan makanan dan minuman secukupnya, seperti air masak, kopi panas, chewing gum, kekacang, buah-buahan, kuaci dan sebagainya.

6. Suami boleh bergilir-gilir dengan isteri untuk meneruskan pemanduan perjalanan.Namun jika kedua-duanya mengantuk, seeloknya berhenti di R&R untuk berehat seketika.

7.Berbual-bual ketika berada didalam kereta, wajib temankan pemandu dan jangan biarkan suami/ isteri memandu berseorangan. Seeloknya memasang ceramah agama yang kelakar, berbual topik-topik’ hangat’ yang menarik untuk elak mengantuk.

8.Bagi anak berumur lima tahun ke bawah, seeloknya pakaikan diapers. Ini kerana kesesakan dalam perjalanan menyukarkan untuk urusan ke tandas.

9.Bawa juga bekalan air kosong dalam botol dengan banyak.Jika waktu ‘terdesak’, tandas di R& R penuh, mahupun tersangkut di jalan raya, ia boleh digunakan.

10.Jika berlaku kesesakan di jalan-jalan tertentu,elakkan ia dengan Exit keluar dari highway, jika ada jalan luar yang bersebelahan dengan highway, kemudian masuk semula laluan tersebut.

11.Pasang aircond hanya 1° kurang dari suhu luar untuk menjimatkan petrol dan keselesaan.

12. Bila berhenti tidur,iringkan badan ke sebelah kanan untuk elakkan terkejut seolah sedang memandu.Penting! Buka sedikit tingkap semasa berhenti tidur dan matikan enjin kereta. Seeloknya buka juga bonet depan untuk sejukkan enjin.Ia bagi memberikan aliran pengudaraan didalam kereta.

13. Jangan ikut belakang lori terlalu lama untuk elak lalai.Pandu dengan berhemah,patuhi had laju yang telah ditetapkan, perhatikan jarak kereta yang selamat dan jangan sesekali pentingkan diri dengan mengikut lorong kecemasan.

Apa-apapun, selamat meredah ‘jammed’, berhati-hati di jalan raya, semoga pulang dengan selamat dan ingatlah orang tersayang yang sedang menanti di kampung halaman.

Published by
Suhaidah Abd Wahab