12 Sebab Kenapa Wanita Berusia Lebih ‘Hot’ & Jadi Pilihan Lelaki Muda

Share

Pasti ada sebab tersendiri mengapa wanita yang lebih berusia menjadi pilihan bagi lelaki muda sebagai pasangan hidup. Hakikatnya, jarak umur yang berbeza bukanlah penghalang untuk seseorang itu jatuh cinta apatah lagi untuk mendirikan rumahtangga. Paling penting adalah persefahaman, rasa cinta dan percaya diantara keduanya.

Wanita memilih lelaki yang lebih berusia sebagai pasangan hidup adalah perkara biasa.Namun, apabila ada lelaki yang lebih selesa memilih wanita lebih berusia sebagai pasangan hidup ia memang luar biasa. Pastinya wanita ini miliki keistimewaan tersendiri dan mungkin ini antara kelebihannya.

1. Lebih Matang

Wanita berusia lebih matang.Kerana wanita yang berusia lebih matang dari segi perangainya dan lebih bijak dalam menentukan halatuju hidup mereka.

2. Keyakinan Diri

Kedudukan kewangan mereka lebih stabil daripada gadis-gadis muda. Wanita yang lebih muda biasanya ‘clingy’ dan juga agak keanak-anakan. Tetapi bagi seorang lelaki, keyakinan seseorang wanita itu lebih menarik perhatian mereka.

3. Lebih Berpengalaman

Wanita berusia mempunyai daya intelek yang lebih tajam, berkeyakinan dan boleh diajak berbual tentang pelbagai perkara sebab mereka lebih berpengalaman.

4. Realistik

Dan pengalaman itulah yang membuatkan mereka lebih realistik dan berpijak di bumi nyata. Tidak mengharapkan cinta ala fairy tale.

5. Emosi Lebih Stabil

Wanita berusia mempunyai emosi yang lebih stabil. Mereka lebih bersikap positif, mampu melihat potensi pasangan dan bersikap jujur dalam menyuarakan pendapat.

6. Pandai Bawa Diri

Wanita berusia lebih pandai membawa diri, dan cara mereka bergaul dengan orang sekeliling menunjukkan yang mereka telah mengenal diri sendiri dengan baik. Kestabilan dalaman inilah yang membuatkan mereka lebih menarik.

7. Lebih Ekspresif

Wanita berusia lebih tahu selok-belok kehidupan. Merekalah yang akan memberitahu pasangan apa yang mereka mahukan dan lebih yakin atas semua itu. Mereka juga tahu tentang perasaan mereka, dan mengapa mereka merasakan sedemikian

8. Lebih ‘Adventurous’

Mempunyai hubungan percintaan dengan wanita berusia lebih ‘adventurous’ dan satu perjalanan cinta yang menyeronokkan. Wanita berusia lebih menggalakkan pasangannya untuk menjadi diri sendiri dan menjadi dewasa berbanding pasangan yang sebaya atau lebih muda.

9. Lebih Menarik

Wanita berusia seumpama ‘taboo’ dan ada lelaki yang merasakan ‘taboo’ atau perkara terlarang itu menarik. Mengikut kebanyakan budaya, adalah agak salah untuk wanita berusia bercinta dengan lelaki lebih muda, tetapi bagi lelaki berusia yang bercinta dengan gadis yang muda, itu masih normal.

10. Kurang Saingan

Bercinta dengan wanita berusia kurang saingan. Biasanya gadis muda yang lebih suka dikejar oleh para lelaki. Jadi apabila kurang saingan, pasangan wanita berusia biasanya dilimpahi kasih sayang dan perhatian yang lebih.

11.Lebih Berkuasa

Wanita berusia lebih berkuasa. Lelaki muda kurang pengalaman dan kadang-kadang tidak tahu apa yang perempuan mahukan dari mereka. Sikap mahu berkuasa ini membantu, lebih-lebih lagi jika wanita itu pernah berpasangan dengan lelaki muda sebelum ini.

12. Sifat Keibuan

Wanita berusia mempunyai lebih sifat keibuan. Ada yang mengatakan, dalam diri lelaki sentiasa ada jiwa anak kecil. Sifat keibuan inilah yang dapat memenuhi kemanjaan tersembunyi ini.

Walaubagaimanapun,jodoh dan pertemuan semua telah ditetapkan Allah SWT.Kita hanya mampu merancang perhubungan ini.

Info Ekstra!

Junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW sendiri berkahwin dengan wanita yang lebih berusia iaitu sewaktu Saidatina Khadijah sudah berusia 40 tahun manakala Nabi kita berusia 25 tahun.

 

Published by
Suhaidah Abd Wahab