Sepanjang PKP, kita hanya duduk di rumah dan menghabiskan masa bersama keluarga. Jika keluar pun, hanya ketua keluarga untuk membeli barang-barang keperluan atau tugasan yang mempunyai surat kebenaran sahaja. Itu yang dibenarkan.

Tidakkah kita fikirkan bagaimana dengan pihak berkuasa barisan hadapan atau frontliner yang bertungkus lumus dalam memastikan keselamatan dan kesihatan kita bagi memutuskan rantaian Covid-19 ini. Jangan kita ambil mudah tanpa memberi kerjasama pada mereka. Penat jerih mereka dalam bertugas sepanjang PKP ini tiada siapa yang tahu. Tinggalkan keluarga dan anak-anak demi memastikan semuanya berjalan lancar.

Mingguan Wanita telah berkesempatan menemubual salah seorang frontliner, pegawai wanita ASP Juliana binti Jamak, Pegawai Turus Latihan, Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik yang bukan sahaja seorang isteri, ibu dan masa yang sama, seorang pelajar yang bertugas dalam menyelaras sekatan jalan raya yang bertempat di Jalan Duta.

Inilah rutin harian yang dilakukan sepanjang PKP yang tidak semua orang tahu. Jika sebelum ini, beliau hanya bekerja waktu pejabat, kini segala urusan lebih tertumpu kepada Covid-19.

“Tugasan yang saya lakukan adalah membuat pemantauan 24 jam di sekitar Bandar raya Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Subang Jaya dan Kajang, bermula dari 8.00 pagi hingga 8.00 malam. Pada fasa kedua PKP ini, saya menjadi pegawai penyelaras bagi sekatan jalan raya di Jalan Duta.

“Sangat berbeza dengan tugasan sebelum ini dan saya berbangga menjadi salah seorang barisan hadapan untuk bertugas semasa Covid-19. Inilah tanggungjawab dan amanah yang perlu saya lakukan.

“Semasa awal mengendalikan tugas ini, rasa sangat down kerana perlu buat khemah bersama, redah hujan dan ribut petir, penat tak payah ceritalah. Tapi semua itu saya tak nak tunjukkan pada anak buah. Kita kena semangat untuk memastikan semua ini terlaksana.

YANG INGKAR PADA ARAHAN POLIS, TENGOK NI..

Mereka berada di situ kerana amanah kepada negara..Mereka berada di situ kerana kesihatan kita semua..Mereka berkorban masa, tinggalkan keluarga demi anda..Hargailah.. Pengorbanan Wira Negara.. Siapa nampak post ni boleh comment #TERIMAKASIHWIRANEGARA 😭😭#Covid19#DudukRumah#StayAtHome#StayStrong#KitaMestiMenang

Posted by Friends Of PDRM on Saturday, 4 April 2020

12 Jam Bertugas Di Jalanan, Lewat Malam Anak Setia Sambut Ibu Pulang

Rehat Cukup

Dalam tempoh bertugas yang mengambil masa 12 jam, sudah pasti, beliau memerlukan rehat yang cukup.

“Sebelum ini, kerja hakiki saya hanya berfikir dan sekarang lebih kepada tenaga. Jadi, saya kena pastikan rehat yang cukup agar keesokkan hari dapat bertugas dengan lebih semangat.

Menjalankan tanggungjawab selama 12 jam dalam memantau pergerakan orang awam, sudah tentu masa bersama keluarga agak terhad. Baginya, ia tidak menjadi masalah kerana inilah tanggungjawab yang diberikan kepadanya.

Ads

12 Jam Bertugas Di Jalanan, Lewat Malam Anak Setia Sambut Ibu Pulang

Tiada Masalah Urus Keluarga

“Sebaik selesai bertugas dan pulang ke rumah, saya terus bersihkan diri. Biasanya, anak saya sanggup tunggu dan berjaga untuk habiskan masa 1-2 jam bersama. Sebab pada pagi esoknya saya akan keluar bertugas masa dia masih lagi tidur. Begitu juga dengan diri saya, rehat dan bangun pagi uruskan makan minum keluarga dahulu sebelum pergi kerja.

“Bila keluar kerja waktu pagi, hanya malam lebih kurang 1-2 jam sahaja untuk bersama anak. Awalnya anak agak tertekan tetapi saya ambil pendekatan, apabila berada di rumah, saya akan tumpukan masa bersama anak-anak, belajar memasak atau buat aktiviti menarik untuk bagi mereka gembira.

12 Jam Bertugas Di Jalanan, Lewat Malam Anak Setia Sambut Ibu Pulang
Buah hati ASP Juliana

Belajar Online Sambil Bertugas

Satu cabaran buat dirinya, dalam menjalankan tanggungjawab kerja, beliau juga adalah pelajar tahun akhir dalam Master Of Science (Counselling) di UUM, Kuala Lumpur. Sebelum ini, beliau hanya mengambil kelas pada setiap hujung minggu.

Jadi, dalam tempoh ini hanya kelas online sahaja dan ada masanya beliau perlu bertugas pada hujung minggu juga.

“Bila kena bertugas, saya membawa peralatan pembelajaran di tempat kerja. Jika kelas online mengambil masa lima jam. Saya hanya gunakan satu jam sahaja dan selebihnya saya akan rujuk pada pelajar yang lain.

12 Jam Bertugas Di Jalanan, Lewat Malam Anak Setia Sambut Ibu Pulang
Gunakan masa untuk belajar semasa bertugas

 

Ads

Menyentuh Hati

Ditanya tentang perkara yang menyentuh hatinya sepanjang bertugas untuk Covid-19 ini, ASP Juliana memberitahu:

“Dalam perjalanan pulang ke Bukit Aman selepas selesai menjalankan tugas pada hari ketiga  fasa pertama, kami berhenti di sebuah masjid untuk memberi bekalan makanan kepada gelandangan.

“Rupanya, salah seorang yang kami berikan makanan itu, bukanlah gelandangan tetapi dia tidak mempunyai tempat tinggal kerana bekerja mencari rezeki di sini. Dia menetap di Langkawi dan mencari rezeki untuk keluarga di sini. Ada video saya kongsikan dalam Facebook PDRM.”

https://www.facebook.com/fopdrm/videos/1037726463263570/

Ads

Pesanan

“Hanya satu pesanan saya, jangalah melanggar arahan PKP dengan memberi pelbagai alasan semata-mata untuk keluar. Berilah kerjasama untuk memutuskan rangkaian ini agar kita dapat hidup seperti biasa. Kalau dahulu, kita boleh keluar bersama keluarga dan bergerak ke mana-mana sahaja. Jadi, berilah kerjasama sepenuhnya.

 

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI