11 Versi Resepi Terung Bakar, Sedap Betul Air Tangan Mak Mak Ni

Share

Gabungan 11 versi resepi terung bakar air tangan mak-mak ini wajib dicuba. Salah satu dari resepi ini Mingguan Wanita dah cuba. Sedapnya boleh buat seisi keluarga bahagia.

Antara kelebihan terung ini, ianya tinggi antioksidan. Lagi-lagi kulit terung yang berwarna ungu berbanding warna hijau atau putih.

Kulit terung memiliki pigmen yang mengandungi anthocyanin bermanfaat menurunkan risiko terkena diabetes (kencing manis).

Jangan Kupas Kulit Terung.. Ini Sebabnya

Sebab itu masa nak memasaknya, sebolehnya kulitnya jangan dikupas. Ia juga kaya vitamin B dan serat yang tinggi untuk turunkan kadar kolesterol. Paling penting turunkan berat badan. Haa.. bahagiakan mendengarnya.

11 Versi Resepi Terung Bakar Air Tangan Mak Mak

 

Versi 1 : Kerabu Terung Bakar Resepi Arwah Mak

Air Tangan : Romizah Awang

Alhamdulillah, siap menu untuk berbuka. Menu nasi wajib dalam rumah ni walaupun ada menu lain. Hari ini teringatkan KERABU TERUNG BAKAR resepi arwah mak.”

Bahan-bahan

Terung panjang – di bakar dulu, sejukkan dan buang kulit. Dipotong-potong ( 3@4 biji ikut suka le).
Cili padi + cili merah + belacan (sambal belacan)
Ikan bilis (rendam, cuci dan tumbuk pecah-pecah saja)
Bawang merah/ bawang besar (hiris-hiris)
Limau kasturi @ air asam jawa sikit kalau tak ada limau
Pati santan – ikut kita la nak banyak mana.

Caranya :

1. Terung yang dah siap dibakar tadi dibuang kulit dan dipotong-potong. Campur semua sekali bahan-bahan tadi. Perasakan garam, gula (sikit) dan masuk pati santan. Perah asam limau.
2. Siap. Selamat mencuba.

 

Versi 2 : Terung Bakar Bersantan

Air Tangan : Nurain Khairudin

Alhamdulillah, ikan talapia bakar, terung bakar bersantan dan air asam.

*Terung bakar (ikut kita nak berapa biji) – belah 2

Bahan Kuah

Santan dalam 1 cawan nak lebih pun boleh ikut pada berapa banyak terung.
Bawang besar – hiris (setengah biji)
Bawang merah @ bawang kecil (2 biji) – hiris-hiris juga
Cili api – potong-potong
Separuh kiub pati ikan bilis
Kerisik

Caranya :

1. Masukkan semua bahan dan masakkan sehingga mendidih. Lepas tu perasakan dengan garam dan gula.
2. Tuang kat atas terung.
3. Siap.

Ikan bakar : Serbuk lada hitam, sedikit garam.

 

Versi 3 : Terung Bakar Air Asam Lemak

Air tangan : Arieza Rieza

Habis sepinggan kami makan sorang-sorang. Nasi tak yah cakap lah berapa pinggan.”

Caranya :

1. Terung bakar sampai masak. Dah masak buang yang hitam-hitam.
2. Kemudian tumbuk cili besar 1 biji, cili padi 4 biji bersama sedikit belacan. Tumbuk jangan halus.
3. Masukkan bahan tumbuk tadi ke dalam bekas kemudian masukkan santan pekat bersama sedikit air.
4. Lepas itu, masukk hirisan bawang besar, cili padi, terung bakar yang siap dipotong kecil, garam, gula dan perahan limau.
5. Siap untuk dimakan.

Versi 4 : Terung Bakar Air Asam Lemak Kerisik

Air Tangan : Acik Nanie

Ni Acik share resepi. Saya tambah sikit kerisik, bagi umph lagi.”

Bahan-bahan

Terung – dibakar

Cabai masak – 2 biji
Cili api – 3/4 biji (suka pedas boleh tambah)
Sedikit belacan
Bawang – potong kasar
Cili api – potong kasar
Limau kasturi – ambil jus
Garam
Gula
Santan (dalam 1/2 cawan)

Caranya :

1.Tumbuk cili besar dan kecil serta belacan.
2.  Masukkan dalam mangkuk.
3. Gaulkan dengan santan, bawang dan cili potong.
4. Perisakan dengan jus limau, garam dan gula.
5. Siap
(Saya tambah sikit kerisik, bagi ummphh lagi)

 

Versi 5 : Air Asam Terung Bakar

Air tangan : Puan Roza

Air asam terung bakar. Sedap makan dengan nasi panas-panas. Ni kalau laki tegur pun buat dek je ni. Syok sangat menyuapnya.”

Bahan-bahan ada pada gambar. Caranya : perah limau dan campur air masak sikit-sikit. Kalau saya biarlah boleh cicah, tak pun jadi kuah.

 

Versi 6 : Asam Ikan Pari & Terung Bakar Pedas-Masam-Lemak Rawo Style

Air Tangan : Noor Azlina Khalil

Caranya :

1. Gaulkan ikan dengan garam dan bakar ikan pari/ikan keli atau mana-mana jenis ikan. Tapi famous 2 ikan ni. (Dan siap bakar racik sikit ikan-ikan tu ya)

2. Bakar terung

3. Tumbuk cili padi, udang kering, bawang merah.

4. Perah santan dengan air panas, (santan biar pekat ya). Tambah garam, asam limau, (asam limau biar banyak sikit utk rasa yg masam, kalau tak masam tak sedap. Klau nak tambah gula sikit pun boleh. Tabur daun bawang/pucuk paku yg dicelur dan siap utk makan.

 

Versi 7 : Resepi Kerabu Terung Bakar

Air tangan : Leeina Qaliena

Siapa penggemar sayur terung. Di sini saya share menu kegemaran saya dan encik suami. Kalau ada terung bakar makan memang bertambah-tambah. Diet? haa.. kau pergi jauh-jauh jap ya diet.

Dah habis makan makan nanti kau datang balik. hari ini special sikit saya kerabukan terung bakar ini. Silakan share resepinya siapa yang nak cuba. Saya halalkan.”

Cara Sediakan Terung Bakar :

√    3 biji terung panjang dibakar (atas api dapur pun boleh )
√    Siap bakar buanglah kulit-kulit yang terbakar tu ye.. cuci bersih, potong dan belah 2 ataupun sesuka hati la nak size camna pun. Letak dalam bekas ketepikan dulu.

Bahan Sambal Kerabu

*10 biji cili padi (kalau tak nak pedas kurangkan)
*1 biji cili besar
*Belacan
Asam jawa
Atau
2 biji limau kasturi
Ajinomoto
Garam secukup rasa
Sedikit gula
1 sudu besar kerisik
2 sudu besar udang geragau/bubuk (goreng seketika tanpa minyak)
1 tangkai daun kesum (hiris halus)
1 biji bawang besar (hiris nipis)

Caranya :

1. Tumbuk bahan bertanda * sampai lumat.
2. Masukkan garam, gula, ajinomoto jika suka (saya guna meggi secukup rasa, jadi tak perlu garam & ajinomoto lagi)
3. Masukkan kerisik, asam jawa/perahan limau dan juga hirisan bawang besar. Gaul sebati dan tuang atas terung yang sudah dibakar tadi.
4. Tabur daun kesum & udang geragau dan gaul mesra. Siap untuk dihidangkan.

 

Bakar terung dan ketepikan
Tumis bawang besar sampai naik bau. Masukkan cili giling
Tumbuk kasar udang kering yang dah direndam

Versi 8 : Terung Bakar Dan Sambal Udang Kering

Air tangan : Zalina Yahaya

Bila cita-cita nak buat pajeri terung terbantut sebab bahan tak cukup (Ishhhh.. bawang putih tak dak. Kerisik tak dak, bahan penumis tak dak. Semua tak dakkkk), maka jadilah Terung Bakar & Sambal Udang Kering.”

Senang sangat ni dik. Kalau nak masak masa berkelah tepi pantai pun boleh. Sedap dimakan dengan nasi panas berasap-asap. Fuh!

Mula-mula :

1. Bakar terung – Nak bakar kosong boleh…nak gaul garam kunyit pun boleh. Gaul minyak sikit di terung. Ketepikan.

Ini Cara Buat Sambal Udang Kering

1. Hiris bawang besar india. Tumis sampai naik bau.
2. Masukkan cili giling. Masak dengan api perlahan sampai pecah minyak dan cili masak.
3. Masukkan sedikit air asam jawa. Jangan over tau. Nanti kacau semua rasa. Start sikit dulu.
4. Masukkan gula. Saya tak masukkan garam pun sebab udang kering dah masin.
5. Masukkan Udang kering yang dah direndam (20 minit) dan ditumbuk kasar. Masak sekejap anggaran 10 minit. Siappp.
6. Tuang atas terung bakar tadi.

 

Versi 9 : Kerabu Terung Bakar

Air tangan : Puteri Yusof

Tiba- tiba teringin kerabu terung bakar. Nak makan dengan apa eh sebab buat ni je tengah hari ni. (catatan ditulis sebelum Ramadhan) Baru nak pegi kedai beli lauk.”
Caranya :

1- Hiris terung nipis-nipis macam tu, letak dalam magic pan, siram skit minyak masak. Tunggu la sampai dia lembik hangus skit.

2. Potong tomato, bawang merah, cili padi. Tambah daun ketumbar pun sedap.

3. Potong atau guntingkan terung yang dah masak tu. Pastu letak air asam jawa dan garam. Takyah gula tau.

4- Gaul sebati.

5- Tunggu suami balik bawak lauk lain- lain untuk dimakan dengan nasi.

 

Versi 10 : Terung Bakar Air Asam

Air Tangan : Mellona Mell

Saya ada tips senang untuk mengupas kulit terung yang sudah dibakar. Confirm selamat jari jemari.

Selesai terung dibakar, tutup rapat. Mesti rapat ya. Biarkan steaming di dalam. Dalam 10 minit begitu lah. Hasilnya, boleh tengok gambar ya. Hasil kupasannya panjang panjang. Jari pun happy.”

Ini Resepi Kuah Asamnya

Bawang merah
Bawang besar – di potong dadu.
Cili padi
Belacan dalam 1cm (dibakar)
Air asam jawa
Garam, gula

Caranya :

1. Kuah asam saya sediakan di dalam lesung. Tumbuk bawang merah, cili, belacan. Sampai lumat.

2. Masukkan bawang besar. Saya cuma tekan tekan jak dengan penumbuk lesung, supaya bawang tidak terasa mentah.

3. Masukkan air asam. Tambah garam dan gula secukupnya.

4. Makan lah dengan nasi panas, sedap uiii.

 

Versi 11 : Terung Bakar Air Asam Lemak

Air tangan : Qaseh Umairah

Bahan-bahan & Cara Membuat

Terung ( bakar)
Cili besar 2 biji, cili padi 2 biji dan belacan (tumbuk kasar)
Santan
Perahan limau
Garam , gula
Bawang besar – dimayang
Cili padi – potong

1. Bahan ditumbuk masukkan dalam mangkuk kecil dan masukkan ke semua bahan. Gaul-gaul biar sebati. Tambah perasa dan boleh terus dihidangkan.

 

Bonus! Resepi Kerabu Terung Rebus

Air tangan : Ina Mohd

1. Terung di rebus dahulu
2. Ikan bakar atau goreng tawar
3. Bawang merah + nyor goreng sikit + lada hitam + asam limau. Semua itu gaulkan letak santan sikit. Siap letak atas terung tu.

Sumber/Foto : Facebook

 

 

Published by
Netty Ah Hiyer