Bukan satu masa yang singkat nak menyiapkan banglo idaman. Kisah Zuraida Abd Manaf ,35 dan suami, Mohd Ishak Mohd Idris, 37 berusaha keras nak menyiapkan sebuah banglo idaman untuk mak dari tapak rumah lot lama milik ibu ternyata tak kesampaian. Ini kerana, ibunya telah menghempuskan nafas terakhir tanpa sempat melihat banglo indah hadiah anak dan menantunya.
Sebab itulah mak ayah, walau macam mana mewah atau susah sekali pun diri kita. Belajarlah bersyukur. Sebab semua yang ada di dunia ini sebenarnya bukanlah milik kita. Tapi sementara hidup di dunia lakukanlah amanah yang tuhan berikan ini dengan sebaik-baiknya.
Zuraida sememangnya sejak tinggal di rumah batu asal milik ibu mentuanya itu tak pernah tak sempat menghias kediamannya. Bak katanya “Walaupun luar nampak setinggan dalam rumah macam kondominium.
”Tambahnya, dalam menata hias kediaman, biarlah orang nak kata apa; rumah setinggankah, rumah kampungkah, rumah papan atau rumah bertingkat-tingkatkah. Yang penting perlu kemas dan teratur. Hiaslah ikut kemampuan diri sendiri dan jangan sesekali ikut apa yang orang lain miliki.
Kata Zuraida lagi, “Ibu bapa mentua saya dah uzur masa itu. Mereka bagi kami rumah itu memandangkan kami yang sanggup jaga mereka. Masa itu mak dah sakit kanser arwah mak memang teringin sangat-sangat nak duduk rumah baru.
“Kami pula ingatkan nak kekalkan saja rumah kayu tu sebab memori mentua. Disebabkan keselamatan kami sekeluarga, anai-anai pun dah mula naik. Bimbang rumah timpa kami, saya dan suami nekad runtuhkan semua dengan modal apa yang ada saja.
“Masa itu semuanya serahkan pada Allah untuk permudahkan segala urusan. Kami minta doa mak dan ayah moga urusan dan niat nak realisasikan impian mak tercapai. Saya dan suami berusaha simpan duit sebaik mungkin untuk bina rumah baru secara berperingkat. Kami mulakan pembinaan hujung tahun 2008-2009 di bahagian belakang bawah saja.”
Tahun 2010-2011, ada modal lebih kami naikkan bahagian atas siapkan apa yang terbengkalai.
Tahun 2014, bahagian hadapan kayu pula makin membimbangkan dan anai-anai dah makan bahagian dalam walaupun luarannya masih cantik.
Ketika dalam pembinaan, September 2014 iaitu hampir 85% siap, mak mentua pergi menghadap Ilahi kerana sakit kansernya itu.
Bulan 11, 2014 barulah rumah ni siap sepenuhnya.
“Sekarang, di rumah ini saya jaga ayah yang tak sihat, kena mandikan pakai pampers dan mak saya yang kencing manis dan masih duduk atas kerusi roda. Masa mak mentua masih ada iaitu tahun 2010, saya bawa mak saya tinggal bersama besan sekali. Mudah untuk saya tengok
.”
Proses menukar rumah papan menjadi banglo yang indah mengambil masa hampir 11 tahun. Dari tahun 2006 (ketika mula-mula tinggal di situ) sampailah penghujung tahun 2014.
Zuraida ini surirumah sepenuh masa. Manakala suami pula bekerja sendiri. Pasangan ini amalkan cara menyimpan yang konsisten dan tidak membazir. Barangkali juga niat mahu menggembirakan hati ibu itulah Allah permudahkan laluan mereka.
Walaupun mak mentua dapat merasai sebahagian kegembiraan, ketika ini ada emak sendiri yang boleh merasai kediaman indah ciptaan Zuraida dan suami.
Ketika duduk di rumah papan, menghias sudah jadi kebiasaan. Dua tahun sekali saya akan cat bahagian dalam ruang tamu; merah, pink, kelabu, hijau. Sepanjang 8 tahun itu bertukar-tukar warna. Di luar pula catnya bertukar 4 tahun sekali.
Biarlah orang nak kata tadika pun, sebab pemilihan warna car kuning dan oren. Yang penting buat pelan-pelan sikit-sikit ikut bajet seadanya. Sebab itulah sampai ke hari ini proses menyiapkan interior banglonya itu masih terus dilakukan. Kemahiran suami bertukang memudahkan proses menyiapkan rumah dengan lebih menjimatkan kos.
1. Diam itu Sabar.
2. Bila suami outstation, ayah mentua tak nak saya mandikan. Dia malu, saya minta bantuan abang ipar yang tinggal sebelah rumah. Keperluan makan minum ayah uruskan dengan sebaiknya.
3. Kalau penat, saya minta suami bawa keluar ambil angin. Minta bantuan abang ipar, jagakan di rumah.
4. Saya tak pergi terlalu lama, dalam 3 ke 4 jam. Sebab ada emak di rumah.
5. Kalau perlu balik kampung atau bercuti, minta bantuan abang atau kakak ipar tengokkan emak. Ambil semula mak sebaik pulang bercuti.
6. Saya dan suami anak bongsu, sudah lumrah ibu bapa lebih selesa dengan yang bongsu. Syukur alhamdulillah, saya boleh terima semua ujian ini.
7. Perlu sentiasa positif daalam kehidupan. Itu lebih bermakna. Saya akan abaikan perasaan-perasaan yang bercelaru dan negatif.
Sumber/Foto : Zuraida Abd Manaf