11 Sebab Buat Ibu Anak 2 Turun Berat 15kg Tanpa Berlapar

Ibu anak 2 ini alami meningkatan berat badan sehingga 30kg sepanjang menyusukan anaknya secara eksklusif. Jumlah peningkatan itu menyebabkan beratnya mencecah 93kg. Kerana sekeping gambar, suri rumah profesional ini, Siti Nor Fathin terdetik mahu segera turun berat badan. Dan berjaya kurangkan sampai 15kg.

Ia bermula sejak tahun 2014 lagi. Berat badan mencanak naik bukan sebab perancang keluarga, tapi sebab menyusukan anakSaya seorang exclusive pumping mom yang memang menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya. Bila lepas pam susu memang lapar je.”

Dari situ, Fathin mula makan lebih berbanding orang lain. Tanpa sedar beratnya naik 30kg.

Itupun tak perasan lagi. Sampailah satu hari saya sedar yang bila tengok dalam gambar, badan saya gemuk gila. Serius! self confident saya turun terus.

Macam-macam jenis ubat dah saya makan. Tengok testimoni saja mesti beli. Tapi tak menjadi pun.”

Selepas bermacam usaha dilakukan nak menurunkan berat badan, akhirnya Fathin menemui cara terbaik penurunan berat badan sihat yang sesuai dengan tubuh badannya.

 

11 Sebab Ibu Anak 2 Turun Berat Badan Sampai 15kg ‘Tanpa Berlapar’

Ini Yang Buatkan Fathin Turunkan Berat Badan 15kg Secara Sihat

Pertama : Grup Sokongan Turun Berat Walau Makan Nasi

Saya join satu grup yang memang membantu orang kurus walaupun makan nasi. Dengan diet suku suku separuh, saya berjaya turunkan berat badan.

10kg saya hilang sebab sakit. Dan 5kg lagi masa dah sihat dengan ikut syarat diet kalori yang disarankan dalam grup.

Dari 93kg sekarang berat saya turun 78kg. Dulu ada sakit lutut. Jatuh je mesti otot koyak. Ramai yang cakap saya kena turunkan berat badan. memang betullah, berat yang sekarang buat saya lebih yakin, lebih berani.

Kedua : Cabar Diri Hiking Dengan Famili

Sekarang saya dah ada hobi baru, hiking dengan famili. “Doakan saya lost lagi 10-15kg ya.” Jadi orang gemuk tapi fit itu memang AWESOME, tapi kalau kurus dan fit tu DOUBLE TRIPLE BEST. Tak caya cuba!.

Ads

Aktiviti ini memang burn kalori gila-gila. Nak sampai puncak akan ambil masa dekat 2 jam. Boleh lencun dengan peluh. Anak-anak pun seronok join hiking.

InsyaAllah lepas ini sebulan sekali saya akan hiking. Sekarang main bukit-bukit je dulu. Esok dah fit betul barulah cuba bukit-bukit lebih mencabar.
Perjalanan 2 jam untuk sampai puncak, mendaki mencabar saya yang ‘gemuk’ ni. Ya.. memang mencabar. Alhamdulillah, saya semakin fit. Selepas ini banyak lagi bukit bakal di tawan.

Malah saya rasa bebas bila dapat buat aktiviti macam ini.

Ketiga : Desakan Jiwa

Pandangan kawan-kawan pun iya. Jujurnya ada juga yang asyik memerli. Serius! Dalam hati ini sakit je. Tapi saya pendamkan. Jadi, saya nekad cabar diri untuk kurus.

Bukan nak buktikan saya cantik macam orang lain. Cukuplah saya sihat dan senang bergerak. Sebab saya ini tengkuk rumah tangga.

Peniaga yang memang banyak bergerak dengan anak-anak yang rapat. Jadi seharusnya stamina saya kena lebih.

Keempat : Detokskan Diri

Saya amalkan minum jus pegaga sebagai detox. Senaman itu tak sangat pun. Sebab saya meniaga, jam 3 pagi dah bangun siapkan barang-barang niaga.

Kelima : Jaga Pemakanan

Saya jaga makan. Nasi makan juga tapi lebihkan sayur. Malam memang tak lalu makan nasi. Sebab badan dah letih. Air pula saya minum 3 liter sehari.

Ads

Keenam : Bila Nampak Status Makanan Di FB Scroll Laju-laju

Halangan terbesar tentulah ‘nafsu makan’. Tambah sekarang ini banyak owner produk yang buat delivery makanan.

Apa saya buat, selalunya saya akan scroll laju-laju bila nampak posting makanan lalu di wall saya. Tapi ada juga yang saya makan, boleh.. cuma tak boleh selalu lah.

 

11 Sebab Ibu Anak 2 Turun Berat Badan Sampai 15kg ‘Tanpa Berlapar’

Ketujuh : Sokongan Suami, Asraf Dan Anak-anak

Sejak turun 15kg, suami saya dah mula ajak saya hiking. Dia juga rajin suruh saya bersenam. Belikan apa yang saya nak.

Anak-anak pun push faktor juga. Bila saya tengah nak kuruskan badan, selalu mereka bagi semangat.

Sebab mereka jugalah saya berazam nak kurus. Nak sihat dan nak tengok anak-anak membesar depan mata.

Kelapan : Nasihat Ibu Diterima Dengan Hati Terbuka

Yang banyak beri sokongan dari segi mental, ibu saya sendiri. Banyak nasihat saya terima.

Ads

Kata ibu, “Kita kena kurus bukan sebab nak cantik. Tapi sebab kita kena sihat. Kita ini tengkuk rumah tangga. Kalau sakit macam mana nak urus rumahkan. Betul tak?”

Kesembilan : Jangan Skip Nasi

Nak kurus jangan skip nasi. Tapi kena makan nasi. Kawal pengambilan. Bila nak makan tengok kalori banyak mana.

 

11 Sebab Ibu Anak 2 Turun Berat Badan Sampai 15kg ‘Tanpa Berlapar’

Kesepuluh : Mulakan Workout

Walaupun tak kerap bersenam, tapi saya dah mulakan workout untuk membakar kalori. Saya tidaklah pakar, tapi inilah tip yang saya amalkan dan berjaya.

Banyak aktiviti outdoor yang bantu proses bakar lemak dengan lebih pantas.

Kesebelas : Mindset Kena Fokus

Setkan dalam kepala, ‘saya kurus bukan untuk cantik tapi kurus untuk sihat’. Sebab itu, kita tak boleh terlalu selesa bila kita dah obes.

Jangan jadi macam saya. Biarkan saja badan naik dengan alasan suami tak kisah pun. Saya tak makan jamu, saya tak jaga makan, tak itu, tak ini. Hakikatnya, suami pendam sebab nak jaga hati kita kan.

Semoga perkongsian saya sedikit sebanyak menaikkan semangat orang lain untuk kurus dan fit. Saya tak kongsi tip sangat, saya kongsi semangat je.

Jangan takut untuk buat apa yang orang rasa kita tak mampu buat. Tapi jadikan itu sebagai pembakar semangat untuk buktikan kita boleh.

Sumber/Foto : Facebook Siti Nor Fathin

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI