Kecantikan

‘1001 Tales of Ariani’ Himpun Lebih 100 Koleksi Untuk Aidilfitri Tahun Ini

Share

Jenama fesyen terkemuka Malaysia, Ariani baru-baru ini mempersembahkan koleksi terbarunya, ‘1001 Tales of Ariani’, dalam sebuah majlis pertunjukan fesyen yang meriah bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre.

Tidak hanya tertumpu kepada pelancaran koleksi Lebaran 2024, ia juga mempamerkan inovasi dan kreativiti yang tiada tandingan dalam industri fesyen hijab dan busana Muslimah di Malaysia.

Majlis  turut diserikan dengan kehadiran DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin yang berkenan berangkat mencemar duli ke majlis pertunjukan fesyen tersebut.

Kehadiran Tetamu Diraja

Juga Baca: https://www.mingguanwanita.my/baca-dah-lah-merangkak-struggle-dengan-pelat-r-lisa-surihani-kongsi-bertahun-baiki-hubungan-dengan-al-quran/

Juga Baca: https://www.mingguanwanita.my/pernah-keguguran-tahun-lalu-uyaina-arshad-umum-hamil-anak-kedua/

Juga Baca:https://www.mingguanwanita.my/mohon-maaf-atas-kekeliruan-yang-timbul-bella-dally-serahkan-kepada-pihak-berkuasa-lengkapkan-siasatan/

koleksi pakaian lelaki ARYAN yang baharu memasuki tahun kedua keberadaan di dalam industri fesyen turut menampilkan pelbagai rangkaian koleksi pakaian lelaki bermula dari kanak-kanak hingga golongan dewasa.

Pertunjukkan fesyen turut memperlihatkan seleksi pakaian ARYAN seperti baju Melayu sedondon, kurta dan jubah yang kesemuanya direka khas menggunakan produk dan material yang berkualiti serta penekanan kepada jahitan yang kemas dan terperinci.

Koleksi Untuk Semua Golongan

Pertunjukan fesyen ‘1001 Tales of Ariani’ pada tahun ini masih lagi mengekalkan 3 duta Ariani iaitu Lisa Surihani, Bella Dally & Uyaina Arshad, dan menambah muka-muka baru gandingan para selebriti iaitu keluarga besar pasangan selebriti Amar Bahrin & Amyra Rosli serta Fyza Kadir sebagai wajah terbaru Ariani RTW Premium.

ARIANI RTW tampil 110 koleksi lebaran

Segmen ARIANI RTW menampilkan 110 koleksi lebaran yang merangkumi kurung moden polos, kurung printed moden, kaftan dan jubah.

Kesemua rekaan mengangkat seni cetakan dalam nuansa pastel dan vibrant yang menyerlahkan lagi imej kewanitaan pelanggan ARIANI tatkala meraikan Aidilfitri serta turut mengangkat warna-warna ‘trendy’ yang menjadi pilihan ramai pelanggan pada tahun ini antaranya warna ‘Brick Orange’ dan ‘Lilac’.

Bersesuaian dengan konsep ready-to-wear, ARIANI RTW mahukan setiap wanita merasai pengalaman perayaan yang istimewa dengan memperkenalkan harga mampu milik dan berbaloi untuk dimiliki disamping rekaan yang minimal dan elegan.

Istimewanya tahun ini, setiap koleksi didatangkan dengan kepelbagaian size bermula XXS sehingga 6XL.

Malah pada tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya, ARIANI RTW turut melancarkan rekaan khusus bagi membolehkan para ibu bergaya sedondon dengan si cilik di hari raya.

Pertunjukan fesyen dari The Premium Series by ARIANI RTW yang merangkumi jubah dan abaya premium serta koleksi kurung eksklusif khusus untuk pelanggan yang gemarkan rekaan mewah dengan sentuhan eksklusif dan dijual dalam kuantiti yang terhad.

Penggunaan material berkualiti tinggi dengan pelbagai rekaan potongan yang dilengkapi dengan aksesori bertatahkan swarovski antara keistimewaan koleksi The Premium Series ini.

Majlis  turut diserikan dengan persembahan istimewa oleh artis-artis jemputan antaranya Jamal Abdillah bersama-sama anak beliau, Zaki Yamani dan Zizi Kirana.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Rosmah Idayu