100 Nama Dalam Senarai, Jamal Abdillah Dilema Cari Nama Sesuai Anak Keenam! Bukan mudah untuk memberikan nama yang sedap dan membawa maksud yang baik untuk anak yang bakal dilahirkan. Ia menjadi antara tanggungjawab mak ayah untuk memberikan nama yang terbaik buat anak.
Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah masih dalam dilema mencari nama sesuai untuk anak keenam yang bakal dilahirkan secara pembedahan, 1 April depan.
Jamal atau nama sebenar, Jamal Ubaidillah Mohd Ali, 63, berkata, setakat ini, kira-kira 100 nama sudah berada dalam senarai.
Namun, beliau dan isteri, Datin Zai Izzati Khiruddin, 27, masih belum jumpa nama yang sesuai untuk anak perempuan mereka.
“Saya masih belum jumpa nama yang menarik minat saya. Kalau nama panjang sangat, tidak berapa sesuai pula. Saya mahu nama anak itu sedap untuk dipanggil.
“Bagaimanapun, nama dipilih mesti membawa makna yang baik. Selain itu, nama Yamani mesti dikekalkan,” katanya.
Jamal berkata, ketika ini, dia dan isteri masih membuat pertimbangan sewajarnya sebelum menentukan nama anak mereka.Malah, Jamal berharap proses memilih nama dapat diselesaikan sebelum tarikh kelahiran anaknya yang berbaki 16 hari lagi.
“Kami masih buat perbandingan nama yang sudah disenarai dan yang dicadangkan peminat.
“Semestinya kami mahu nama yang membawa makna baik dan sedap disebut. Kalau boleh, saya mahu dapatkan nama untuk anak keempat ini sebelum 1 April depan.
“Saya dan isteri pilih tarikh kelahiran anak keempat ini pada 1 April depan kerana sama dengan tarikh perkahwinan kami,” katanya ditemui pada rakaman program Cubit-Cubit Manja Muzikal – Kenduri Kahwin di Bizmilla Place Ballroom di sini, hari ini.
Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai pada 1 April 2017.
Hasil perkongsian hidup, mereka memiliki tiga anak iaitu Nur Azura Yamani, 3; El Isaac Yamani atau Zack, 2 dan Isksndar Rayyan Yamani yang dilahirkan pada 22 Februari tahun lalu.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal memiliki dua anak iaitu Osama Yamani, 22, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.
Mesti Baca:Datuk Jamal Abdillah Bantu Isteri Mandi, Uruskan Anak Kecil “Suka Buat Sendiri, Mahu Bina Ikatan Kasih Sayang”
Baca Lagi Di Sini:Usia 47 Tahun Ustazah Norhafizah Dapat Cucu Pertama, Namakan ‘Sara El Latheefa’
Mingguan Wanita: Semoga dipermudahkan urusan kelahiran bayi dan beri nama yang membawa maksud yang baik buat bayi yang bakal di lahirkan.
Sumber: Bharian
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.