100 Nama Dalam Senarai, Jamal Abdillah Dilema Cari Nama Sesuai Anak Keenam! Bukan mudah untuk memberikan nama yang sedap dan membawa maksud yang baik untuk anak yang bakal dilahirkan. Ia menjadi antara tanggungjawab mak ayah untuk memberikan nama yang terbaik buat anak.
Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah masih dalam dilema mencari nama sesuai untuk anak keenam yang bakal dilahirkan secara pembedahan, 1 April depan.
Jamal atau nama sebenar, Jamal Ubaidillah Mohd Ali, 63, berkata, setakat ini, kira-kira 100 nama sudah berada dalam senarai.
Belum Jumpa Nama Sesuai
Namun, beliau dan isteri, Datin Zai Izzati Khiruddin, 27, masih belum jumpa nama yang sesuai untuk anak perempuan mereka.
“Saya masih belum jumpa nama yang menarik minat saya. Kalau nama panjang sangat, tidak berapa sesuai pula. Saya mahu nama anak itu sedap untuk dipanggil.
“Bagaimanapun, nama dipilih mesti membawa makna yang baik. Selain itu, nama Yamani mesti dikekalkan,” katanya.
Ads
Nama Baik & Sedap Disebut
Jamal berkata, ketika ini, dia dan isteri masih membuat pertimbangan sewajarnya sebelum menentukan nama anak mereka.Malah, Jamal berharap proses memilih nama dapat diselesaikan sebelum tarikh kelahiran anaknya yang berbaki 16 hari lagi.
“Kami masih buat perbandingan nama yang sudah disenarai dan yang dicadangkan peminat.
“Semestinya kami mahu nama yang membawa makna baik dan sedap disebut. Kalau boleh, saya mahu dapatkan nama untuk anak keempat ini sebelum 1 April depan.
“Saya dan isteri pilih tarikh kelahiran anak keempat ini pada 1 April depan kerana sama dengan tarikh perkahwinan kami,” katanya ditemui pada rakaman program Cubit-Cubit Manja Muzikal – Kenduri Kahwin di Bizmilla Place Ballroom di sini, hari ini.
Ads
Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai pada 1 April 2017.
Hasil perkongsian hidup, mereka memiliki tiga anak iaitu Nur Azura Yamani, 3; El Isaac Yamani atau Zack, 2 dan Isksndar Rayyan Yamani yang dilahirkan pada 22 Februari tahun lalu.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal memiliki dua anak iaitu Osama Yamani, 22, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.
Mira Filzah kongsi tentang ibadah,“Saya pun kadang-kadang terlajak, terlambat, tertinggal, terpaksa qada’ (ganti).” Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkongsi pengalamannya menjaga ibadah selepas menerima pertanyaan daripada seorang pengikutnya berhubung pendekatan yang dilakukannya agar dapat menjaga solat lengkap lima waktu sehari.
Mira Filzah Kongsi Tentang Ibadah, “Saya pun kadang-kadang terlajak, terlambat, tertinggal, terpaksa qada’ (ganti)”
Ujar Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman, 31, berkata, sebagai insan biasa dia juga pernah terlambat atau tertinggal solat namun tetap cuba melunaskan kewajipan umat Islam itu sebaik-baiknya.
Mira Filzah mengakui masih dalam fasa menjaga ibadah dengan sempurna terutama soal melengkapkan solat lima waktu sehari.
“Saya pun kadang-kadang terlajak, terlambat, tertinggal, terpaksa qada’ (ganti) dan sebagainya.
“Tapi kita sama-sama perbaikilah. Yang penting usaha, buat juga,” tulisnya dalam hantaran Instagram Story.
Menurut pelakon drama rantaian Lelaki Kiriman Tuhan itu, apabila menjadikan solat sebagai rutin wajib harian, seseorang akan berasa tidak selesa andai rukun Islam kedua itu ditinggalkan begitu sahaja.
“Macam mana ya nak cakap. Bila anda lakukan solat seperti rutin harian, anda akan terbiasa dan rasa pelik atau janggal sekiranya tidak buat.
“Contoh, anda bangun pagi keluar pergi kerja tak gosok gigi, tak boleh kan?” ujarnya.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu juga aktif berkongsi pandangan mengenai pelbagai isu dalam laman sosialnya terutama berkaitan keibubapaan serta isu semasa sejak memperlahan karier seni.
Imej yang ditampilkan oleh Mira juga mempamerkan peribadi selebriti berhijab yang sering dipuji. Pendek kata meskipun berhijab dan dalam masa sama berfesyen namun tetap menjaga aurat.
Nad Sudah Boleh Bercakap & Pegang Telefon Bimbit. Alhamdulillah, perkembangan yang sangat memberangsakan dari Nad Zainal.
Seperti yang semua sedia maklum pelakon Nad Zainal kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak 22 November lalu sejak semalam sudah mula sedar dan doktor juga memutuskan untuk mengeluarkan tiub bantuan pernafasan.
Menerusi perkongsian rakan artis yang juga tema rapatnya Ungku Ismail menerusi satu rakaman video yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya menyatakan berita baik mengenai keadaan kesihatan Nad.
Khabarnya Nad sudah boleh bercakap dan memegang telefon.
Nad Sudah Boleh Bercakap & Pegang Telefon Bimbit
Ungku Ismail mengucapkan ribua terima kasih kepada orang ramai yang tidak putus-putus mendoakan kesembuhan buat Nad. Malah pelakon lelaki itu juga menerangkan Nad menunjukkan perkembangan amat positif. Cuma, keadaannya perlu dipantau lagi oleh doktor kerana masih dirawat di ICU.
“Sesungguhnya kekuatan doa itu sangat benar. Terima kasih saya ucapkan atas doa kalian yang tidak putus-putus untuk Nad dan saya juga ingin kembalikan doa itu pada kalian semua.
“Alhamdulillah, Nad juga sudah boleh bercakap, cuma suaranya sangat kecil.
“Begitu juga dengan pergerakan, dia boleh memegang telefon bimbit, cuma tidak dapat menaip kerana sudah lama tidak menggunakan anggota tangannya dan perlu membuat fisio.
“Apapun, Nad banyak menunjukkan perkembangan yang positif dan proses penyembuhannya juga bagus.
“Namun, dia masih di bawah pengawasan rapi doktor dan saya mohon kita teruskan berdoa untuk Nad,” sambungnya.
Terima Kasih Hulurkan Sumbangan Buat Nad
Selain itu Ungku Ismail juga berterima kasih kepada semua yang sudah menghulurkan sumbangan untuk membantu Nad. Difahamkan juga tabung kecemasan bagi mengumpul sumbangan buat Nad yang dilancarkan sejak beberapa hari lalu berjaya mengutip sebanyak RM70,000 setakat ini.
Peningkatan gelombang pandemik COVID-19 memang cukup membimbangkan.Pelbagai langkah berusaha dilakukan oleh setiap negara bagi menurunkan jangkitan kes COVID-19 ini.
Darurat Sebulan
Terbaru, Kerajaan Jepun mengisytiharkan darurat selama satu bulan bermula Jumaat di Tokyo dan tiga wilayah sekitarnya berikutan peningkatan kes Covid-19 selepas cadangan pengisytiharannya diluluskan oleh panel penasihat.
Menerusi laporan Reuters, Menteri Ekonomi Yasutoshi Nishimura dipetik berkata, cadangan pengisytiharan darurat yang berlangsung dari 8 Januari hingga 7 Februari itu dipersetujui dalam mesyuarat pagi ini (Khamis).
Kes Jangkitan Harian 6,000
Sekatan itu sebagai langkah untuk memerangi penularan wabak terutama di bar dan restoran yang disebut oleh pemerintah sebagai risiko utama.
Walaupun penularan wabak berkenaan tidak serius berbanding negara lain, Jepun menyaksikan jangkitan harian baru meningkat 6,000 untuk pertama kalinya pada hari Rabu, apabila 1,591 ujian didapati positif di ibu negara, Tokyo, menurut media tempatan NHK.
Perdana Menteri, Yoshihide Suga akan mengadakan sidang akhbar pada jam 6 petang Khamis waktu tempatan untuk mengumumkan keputusan rasmi melibatkan Tokyo termasuk wilayah Saitama, Kanagawa dan Chiba.
Pegawai pemerintah telah mengadakan perbincangan dengan para pakar minggu ini untuk menilai langkah-langkah mengendalikan lonjakan penularan dengan mengambil kira faktor ekonomi.
Menurut Nishimura, langkah-langkah yang akan dikenakan dalam tempoh darurat dengan meminta restoran dan bar ditutup pada jam 8 malam termasuk larangan mengadakan acara, mengehadkan acara sukan dan acara besar melebihi 5,000 orang.
Sebelum ini pada April, Jepun pernah mengisytiharkan darurat.
MW: Di Malaysia pun sedang berlaku gelombang peningkatan kes COVID-19. Memang cukup membimbangkan. Semoga kita dapat menjaga diri dan mematuhi SOP yang ditetapkan bagi menangani serta mengurangkan kes penularan jangkitan COVID-19 ini.