Sekarang bukan masa menuding jari salahkan sesiapa. Dalam keadaan yang penuh menekan, mak ayah perlu berbalik pada saranan agama dalam menyatukan kembali hati ahli keluarga yang hampir retak. Sebelum jadi parah, muhasabah diri sebentar. 10 saranan eratkan kasih sayang ini telah diberikan oleh para ulama.
Setiap kita adalah anak dan satu hari nanti, kita semua juga akan menjadi mak dan ayah. Maka hormatilah mak dan ayah agar apabila kita menjadi mak dan ayah kelak, kita akan turut dihormati dan disayangi oleh anak-anak kita pula. Firman Allah SWT dalam surah Al-Furqan, ayat 74 mafhumnya:
“Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata :”Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertaqwa
”Kredit foto : newsrescue.com