10 Tip Ini Selamatkan Ibu Anak 2 Dari Hutang Keliling Pinggang, Yang Berpunca Dari Kad Kredit

Share

Ibu anak 2, Aqil Farhana rela berkongsi pengalaman dibelenggu hutang keliling pinggang. Ketika itu dia mengandungkan anak keduanya. Hutangnya berpunca dari penggunaan kad kredit yang tidak terkawal.

Berpandukan 10 tip, ibu ini dapat membebaskan dirinya dari bebanan hutang kad kredit yang hampir memporak perandakan hidupnya.

Sebaik tamat pengajian, fresh graduate saya bekerja sebagai eksekutif bank. Dapatlah saya 2 kad kredit. Bila dah pegang kad kredit, saya mula tambah hutang. Setahun bekerja saya berkahwin. Hutang tak juga selesai, makin bertambah.

Waktu itu, hutangnya termasuklah komitmen bayaran kad kredit, loan kereta sampai personal loan. Ketika mengandungkan anak kedua, ibu ini terpaksa ambil keputusan berhenti kerja. Ekonomi yang tidak menentu buatkan dia ambil keputusan begitu.

Bermulalah zaman kesusahan saya. Yang mana saya perlu tanggung hutang keliling pinggang. Komitmen bulanan tanpa gaji tetap. Saya ambil upah buat kuih, cucuk lidi satay. Masa itu, kandungan dah sarat. Sampailah saya hampir berputus asa.”

Disaat jiwanya semakin lelah, Allah bukakan jalan untuknya memulakan perniagaan atas talian sebagai stokis produk. Berkat kesabaran, sedikit demi sedikit wanita dapat mengembalikan apa yang dia hilang selama ini. Iaitu membebaskan diri dari hutang kad kredit.

Syukur, saya mampu keluarkan kereta Navara dengan titik peluh sendiri.” Dia juga mempunyai ejen dan bakal menunaikan umrah bulan Disember nanti dengan duit berniaga Choc&Nuts.

Mak-mak di luar sana, selagi nyawa di kandung badan. Selagi itulah kudrat seorang ibu masih ada. Carilah jalan yang betul-betul boleh membantu masa depan. Jangan sesekali berputus asa

.”

10 Tip Bebaskan Diri Dari Hutang Kad Kredit

1. Hubungi pegawai bank dimana anda dapatkan kad kredit tersebut. Kenalpasti nilai baki terakhir penggunaan kad kredit anda

2. Ambil tahu tarikh perlu bayar dan nilai caj yang terlibat serta jumlah minimun bayaran bulanan

3. Bayar sebelum tarikh perlu bayar setiap bulan untuk elakkan caj lambat bayar . Pastikan bayaran lebih dari jumlah minimum supaya interest tidak naik dengan cepat.

4. Set target untuk bayaran dalam nilai tertentu setiap bulan. Kalau boleh letakkan satu nilai yang besar.

5. Daripada pendapatan perniagaan online anda, target untuk setahun pertama perniagaan adalah untuk habiskan hutang kad kredit

6. Apa jua jenis perniagaan online yang anda pilih, anda berkuasa untuk tentukan pendapatan anda dengan cara tingkatkan volume jualan.

7. Amalkan Al-Matsurat setiap pagi dan petang

untuk bebas daripada hutang piutang

8. Sentiasa berdoa dan minta restu suami dalam apa jua tindakan atau pekerjaan yang anda lakukan.

9. Jangan putus asa dan fokus betul-betul untuk selesaikan hutang kad kredit tersebut. Pada masa yang sama jangan tambahkan lagi baki hutang yang sedia ada. Kawal diri.

10. Belajar ilmu kewangan dari mereka yang mahir sehingga anda mampu kawal penggunaan kad kredit. Dalam masa yang sama mengurus kewangan perniagaan online anda walaupun bermula dari dropshipper.

sumber/foto : Aqil Farhana

Published by
Netty Ah Hiyer